-->

15 Jan 2015

Sinopsis Drama Delina Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru iaitu Delina, untuk Slot Lestary Tv3 akan mula menemui penonton pada 14 Januari, setiap Rabu. Drama Delina ini mempunyai 13 episod dan dibintangi oleh Fadlan Hazim, Ezzaty Abdullah, Zara Zya, Aedy Ashraf dan lain-lain. Drama ini bergenrekan Fantasi, dan kalau tengok dari Sinopsis cite ini, nampak macam menarik jer jalan ceritanyer, ala-ala macam cite kartun Thumbelina gitu. Drama ini terbitan dari Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh Kabir Bhatia dan Rosh. Apapun Jom Layannn Sinopsis drama Delina ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Delina
Delina ialah pelajar perempuan yang paling comel dan cantik di sekolahnya tetapi dia juga seorang yang sangat angkuh. Satu hari, Delina telah disumpah oleh seorang nenek kebayan. Badannya mengecil dan hanya setinggi seperti Thumbelina.

Delina perlu menyempurnakan lima tugasan untuk melumpuhkan sumpahan dan kembali menjadi normal. Lima tugasan untuk kembali ke size asal telah dibertahu oleh Nenek Kebayan itu dalam bentuk pantun kunci adalah Delina hendaklah mencari Percintaan, Kemaafan, Kasih Sayang, Pengorbanan dan Kejujuran.
Mampukah Delina menjalani hukumannya sebagai seorang kerdil? Dapatkah Delina menyempurnakan kelima-lima tugasan Nenek Kebayan itu? Mampukah dia mendapatkan badannya kembali? Segala persoalan itu akan terjawab dalam Slot Drama bersiri Lestary, Delina.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017