-->

21 Jan 2015

Lagu & Lirik Apa Khabar – Joe Flizzow Feat SonaOne (AJL29)

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu lagu Apa Khabar ni menang besar di Anugerah Juara Lagu ke-29 AJL29 ahad lalu. Pastinya ada yang tertanya-tanya apa kelebihan lagu ni sampai boleh jadi juara gitu. Rasanya kekuatan lagu ni terletak pada liriknya yang mendalam mengenai kerinduan kepada seorang sahabat. Kalau tengok pada liriknya memang ketara maksudnya, Tak nak cite panjang jom layannn lirik lagu Apa Khabar dan muzik video lagu ni kat bawah k..

Lirik Lagu Apa Khabar

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut

Lihat bintang di angkasa

Purnama menerangi gelapku

Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah

Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan

Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi

Engkau tiada di sampingku

Tapi lebih seringkali

Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah

Ini semua sebelum semua anugerah

Masa bila lapar semua makan mee segera

Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi

Engkau tiada di sampingku

Tapi lebih seringkali

Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah

Dan kita berdua budak belasan

Kau pandai buat percaturan

Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi

Engkau tiada di sampingku

Tapi lebih seringkali

Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017