-->

18 Jan 2015

Sinopsis Drama Asam Pedas Untuk Dia Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru Tv3 yang merupakan adaptasi Novel yang bertajuk Asam Pedas Untuk Dia, telah mula menemui penonton pada setiap sabtu dan ahad, pukul 7 malam. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Dayana Roza dan ramai lagi. Sape dah baca novel Asam Pedas Untuk Dia, novel tu antara yang terlaris juga, so kalau versi drama mesti best gak. apapun jom layan sinopsis drama ini kat bawah k..

Sinopsis Drama Asam Pedas Untuk Dia..
Ainin Sofiya hanya pembantu rumah separuh masa. Tugasnya bukan setakat mengemas rumah malah urusan dapur juga. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian. Dalam diam,dia diperhatikan anak majikan Ahmad Ziyad. Asam pedas Ainin menjadi kegemarannya. Tanpa diduga, Ainin dilamar, hanya ingin membantu dari segi kewangan. Ainin berkata pada dirinya, Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini adalah rahsia,ia tidak boleh diketahui oleh keluarganya mahupun girlfriend dia. Aku juga tak boleh hamil! Sampai bila harus aku sorrokkan statusku? jiwaku terseksa! Ziyad tidak memahami perasaanku. Takdir menentukan aku hamil anaknya!

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017