-->
Memaparkan catatan dengan label ZiZaN Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZiZaN Razak. Papar semua catatan

21 Ogo 2018

Jozan Live (Astro Warna)

Jozan Live, JOZAN, Johan, Zizan, Hos, Santai, Segmen Dalam Jozan Live, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat, 2018, Johan Zizan Bergabung Jadi Jozan, Jozan Live 40 Episod, Astro Warna, Raja Lawak, Lawak, Pelawak, Hos Raja Lawak, MLM2012, Juara Maharaja Lawak Mega 2012, Juara Super Spontan, Comedian, Bromance, Jozan Bromance,
Jozan Live Di Astro Warna

Jozan kembali lagi dengan rancangan baru iaitu Jozan Live yang bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di Astro Warna dan Warna HD sebanyak 40 episod. Last Jozan beraksi dan bergabung bersama adalah ketika bertanding di Maharaja Lawak Mega 2012. Selepas itu diorang ada jadi Hos Raja Lawak Musim ke - 7 pada tahun 2013, kemudian mereka dah tak bergabung tapi pernah bertanding sekali dalam pertandingan Super Spontan All Stars 2015 yang lalu. Selepas tu ada nampak juga Johan dan Zizan dalam satu rancangan yang sama, tapi tak adalah diorang bergabung kan. Akhirnya pada tahun 2018 barulah Johan dan Zizan bergabung sebagai Jozan dan buat come back semula dan kali ini diorang menjadi Hos gitu. Rindu juga nak tengok Jozan jadi hos sama - sama kan lepas Raja Lawak dah tamat kan. 
Jozan Live, JOZAN, Johan, Zizan, Hos, Santai, Segmen Dalam Jozan Live, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat, 2018, Johan Zizan Bergabung Jadi Jozan, Jozan Live 40 Episod, Astro Warna, Raja Lawak, Lawak, Pelawak, Hos Raja Lawak, MLM2012, Juara Maharaja Lawak Mega 2012, Juara Super Spontan, Comedian, Bromance, Jozan Bromance,
Konsep rancangan Jozan Live ni memang nampak santai, slumber dan gila - gila, ada beberapa segmen dalam program Jozan Live ni contohnya seperti Sketsa, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat dan lain - lain lagi. Segmen Sidang Media Kekwat itu diinspirasikan dari rancangan Oh Yeah!, no wonder la sebab memang layannnn kan lagi pun Johan, Zizan, Nabil dan ramai lagi memang pernah terlibat pun dalam rancangan Oh yeah ini. Sidang Media Kekwat dan Jo vs Zan antara segmen favorite aku, pada yang mengikuti blog ini dari awal pasti tahu aku antara peminat Jozan dari Raja Lawak 1 lagi, happy juga bila diorang buat comeback kan dan pasni tiap - tiap minggu Jozan di tv uolls haha. Selain itu aku suka tengok promo / iklan Jozan Live kat TV tu sebab nampak gah dan menarik gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Ogo 2018

Super Spontan Xtravaganza 2018

Super Spontan, Pertandingan, Super Spontan Xtravaganza, Astro Warna, Super Spontan Xtravaganza 2018, Bekas Juara Super Spontan, Zizan, Jep, Johan, Kamal Adli, Pelakon, Penyanyi, Pelawak, 2018, Juri Super Spontan Xtravaganza, Adibah Nor, Afdlin Shauki, Kumpulan, Sotong Kangkung, Peserta Super Spontan Xtravaganza, Ahli Kumpulan Sotong Kangkung, Izzue Islam, Siti Elizad, Modee, Shaheol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu, Nizam JJ, Lobster Leleh, Ahli Kumpulan Lobster Leleh, Fad Bocey, Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh, Abam Bocey, Tersingkir, Lawak, Lawak Spontan, Komedi, Kelakar, Hos Super Spontan Xtravaganza, Dato AC Mizal, Game, Permainan Spontan,
Super Spontan Xtravaganza 2018

Pertandingan Super Spontan Xtravaganza sudah pun berlangsung beberapa minggu dan menyaksikan 2 Kumpulan berentap iaitu kumpulan Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Antara Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018 ini terdiri daripada Izzue Islam yang merupakan ketua kumpulan Sotong Kangkung manakala ahli kumpulannya adalah Siti Elizad, Modee, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu dan Nizam JJ. Manakala Fad Bocey pula akan menjadi ketua kumpulan Lobster Leleh dan ahli kumpulannya adalah Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh dan Abam Bocey. Setakat ini sudah ada beberapa peserta yang tersingkir, Tomok hampir tersingkir di minggu pertama namun nasib tiada penyingkiran di minggu pertama. Jaa Suzuran tersingkir di minggu kedua, manakala Modee dari kumpulan Sotong Kangkung tersingkir di minggu ketiga SS Xtravaganza ini. Minggu keempat pula menyaksikan ada 2 penyingkiran dan Achey memperoleh imuniti. Anas dan Zara Zya tersingkir di minggu ke – 4 Super Spontan Xtravaganza 2018.
Super Spontan Xtravaganza, 2018, Astro Warna, Pertandingan, Lawak Spontan, Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018, Ahli Kumpulan Sotong Kangkung, Izzue Islam, Siti Elizad, Modee, Shaheol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu, Nizam JJ,
Aku rasa Anas dan Zara Zya patut kekal lebih lama dalam Super Spontan 2018 ini, dari segi kumpulan pula, aku tengok kumpulan Sotong Kangkung lebih banyak menang dari Lobster Leleh ini. Antara pembaharuan untuk musim ini dalam Super Spontan Xtravaganza 2018 ini adalah dengan adanya juri tetap iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Nor serta juri jemputan. Kesemua juri ini akan memberi markah dalam 50 peratus dan 50 peratus lagi adalah dari undian sms / online penonton. Pengacara Super Spontan 2018 ini masih sama dan maintain iaitu Dato Ac Mizal, manakala di minggu kedua, Kamal Adli yang juga bekas juara Super Spontan Superstar 2017 menjadi hos sekejap untuk minggu kedua saja bagi menggantikan Dato AC. Manakala Johan dan Zizan pula menjadi juri untuk di minggu kedua yang lalu. Agak kelam kabut jugalah permainan bila Dato AC dan Afdlin takde, Cuma antara yang menarik di minggu kedua bila tanpa disangka Johan jatuh kerusi live di TV haha, apa pun semua benda tu dah lepas. Bestnya di minggu kedua tu bila 3 bekas juara ada di Super Spontan iaitu Kamal Adli, Johan dan Zizan.
Super Spontan Xtravaganza, 2018, Astro Warna, Pertandingan, Lawak Spontan, Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018, Ahli Kumpulan Lobster Leleh, Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh, Abam Bocey,
Apa pun banyak juga benda lawak dalam Super Spontan 2018 ni datangnya dari Dato Ac Mizal, interaksinya dengan peserta yang lain juga menarik dan kelakar, sampai aku yang susah nak gelak pun boleh tergelak sekali hehe. Part yang aku suka bila Dato AC suka kacau Tomok yang pakai rambut palsu tu hahaha. Malah para peserta pun lawak gak, dari segi game yang diorang main, terdapat juga beberapa game yang baru tapi setakat ni diorang masih belum main game Dahiku Dahimu lagi hehe. Apa pun baguslah sebab dah ramai penyanyi dan pelakon yang berani join Super Spontan yang sebelum ini dikuasai oleh para pelawak kan. Selain itu aku juga tak dapat nak ramal siapa bakal juara Super Spontan Xtravaganza ini nanti? sebab semua pun ada peluang gitu, asalkan belum tersingkir kan. 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

28 Okt 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 Meriah

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 berlangsung dengan meriah sekali, dari awal rancangan sampailah ke penghujung rancangan berjaya buat aku ketawa dan gelak sekali. Bertambah meriah apabila bekas juara Super Spontan iaitu Johan dan Zizan turut menjadi artis undangan di Pertandingan Akhir Super Spontan Superstar 2017 ini. Antara game yang diorang main di malam final itu adalah game Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke dan akhir sekali game Dahiku Dahimu. Malah Dato Ac Mizal , Amir, Johan dan Zizan turut bermain sekali dalam game terakhir itu iaitu Dahiku Dahimu. Antara yang menarik dalam final ini apabila Zizan dan Kamal Adli bertemu hahaha, maklumlah kedua - duanya sebelum ini ada kaitan dengan Emma Maembong kan, so akhirnya dapat tengok dua - dua sekali kat atas pentas tu. Malah hubungan Zizan dan Kamal Adli juga nampak baik, dan kedua - duanya juga cukup sporting dan gila - gila. Kontroversi Kamal Adli menjadi bahan lawak para peserta hahaha, banyak kali juga nama - Emma Maembong, Zahirah Macwilson dijadikan bahan lawak.
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Antara game yang menarik yang aku tengok diorang main adalah game Beku dan juga dalam game Emosi Tidak Stabil, part paling best adalah ketika dalam situasi marah sambil main cak cak dan juga tuding - tuding jari tu, memang kelakar habis. Game Sinetron Kehidupan juga best apabila sketsa mereka akan bertukar mengikut muzik. Dalam game Muzik Video Karaoke, Johan dan Zizan akan memberikan step tarian pada peserta. Game Dahiku Dahimu juga best, cuma kelihatan para peserta agak berhati - hati dalam game ini. Dato AC Mizal dan Amir juga sama - sama kalah masa main game ini, part paling best bila diorang salah teka. Apa pun tak puas tengok Johan dan Zizan main game Dahiku Dahimu ni, sebab sekejap sangat, baru cakap sikit, Johan dan tersebut perkataan di dahinya itu dan akhirnya Zizan menang hehehe. Apa pun Kamal Adli menjadi artis pertama yang bukan dari kalangan pelawak yang berjaya menjadi juara. Hope di edisi akan datang akan ada lebih ramai pelakon yang berani jadi peserta Super Spontan ini.

Apa pun memang rasa meriah SS Superstar kali ini, mungkin sebab ada 8 finalis dan lebih ramai berbanding musim -musim terdahulu yang ada 6 finalis saja.

Keputusan Penuh Super Spontan Superstar 2017

Juara - Kamal Adli
Naib Juara - Fad Bocey
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Ozlyn
Tempat Kelima - Shuk Joras
Tempat Keenam - Mamak Puteh
Tempat Ketujuh - Shahrol Shiro
Tempat Kelapan - Sharif Zero
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Jom kita imbas kembali siapa yang pernah menang dan bergelar Juara Super Spontan dari musim pertama hingga sekarang:-

Zizan - Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)
Jep Sepahtu - Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)
Johan - Juara Super Spontan Musim Ke -3 (2014)
Zizan - Juara Super Spontan All Stars (2015)
Johan - Juara Super Spontan Superstar 2016
Kamal Adli - Juara Super Spontan Superstar 2017

Gambar2 di atas credit to Facebook Zon Lawak
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Apr 2017

Video Lawak Johan, Zizan (2017)

Video Lawak Johan, Zizan (2017), Jozan, Era, Hanif Era, Johara Pagi Era, Jozanhara Pagi Era,
Video Lawak Jozan 2017

Assalammualaikum..
Dah lama tak post video dalam blog ini, so terjumpalah satu video yang menunjukkan Johan dan Zizan bermain game tentang diri masing - masing di bawah ini. Kelihatan Hanif Era yang bertanyakan soalan pada mereka berdua dan masing - masing perlu memberikan jawapan yang sama dan ditulis atas white board kecil itu. Lawak juga video ini, siap ada suara - suara orang gelak beramai - ramai gitu. Durasi video dibawah ini sekejap saja, sekitar 4 minit macam tu je, jadi siapa - siapa yang rindu nak tengok gelagat Johan, Zizan bolehlah try menonton video dibawah ini, selamat menonton.

My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta, Senarai Pelakon Telemovie Jula Juli Bintang Cinta Arahan Osman Ali
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Mira Filzah & Zizan

Assalammualaikum
Telefilem Jula Juli Bintang Cinta akan disiarkan pada 25 Mac ini di Astro Citra / Mustika HD. Telemovie arahan Osman Ali ini dilakonkan oleh Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Affendi, Adriana Adnan dan ramai lagi. Telemovie Jula Juli Bintang Cinta ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Kalau Osman Ali yang mengarah mestilah best kan, ini ditambah lagi dengan barisan pelakonnya yang popular dan best. Apa pun jom tengok Sinopsis telemovie ini dibawah ye dan Selamat Menonton
Pelakon Utama Telemovie Jula Juli Bintang Cinta, Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Affendi, Adriana Adnan,
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta

Kisah dua gadis, Jula dan Juli pekerja kilang yang baru lepas dibuang kerja. Mereka telah memenangi percutian menginap di hotel mewah di Langkawi hasil daripada peraduan selfie. Disana mereka mula bergaya seperti anak orang kaya dan mengenali Dani dan Idzham. Akhirnya Jula dan Juli berpakat untuk memikat Dani dan Idzham kerana menyangka mereka juga kaya dan berpangkat besar. Pelbagai perkara yang dilakukan Jula dan Juli untuk menarik perhatian Dani dan Idzham. Akhirnya Juli mengetahui kerja sebenar Idzham yang merupakan seorang driver dan Juli kemudiannya bertindak untuk memutuskan hubungan mereka. Ketika hendak pulang, Juli telah didapati mengambil barang - barang hotel tanpa izin lalu Jula mencadangkan agar mereka diambil bekerja disitu bagi membayar kos barang - barang yang telah diambil oleh Juli. Apa yang bakal berlaku seterusnya bila Juli ingin kembali pada Idzham? dan bagaimana pula hubungan Jula dengan Dani?.
Read More »

6 Mac 2017

Mahaguru Spontan Di Istana Budaya

Antara Artis yang terlibat dalam Mahaguru Spontan ini adalah Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza.
Review Mahaguru Spontan 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya rancangan Mahaguru Spontan telah mula disiarkan di TV, Mahaguru Spontan ini telah dibuat di Istana Budaya pada Oktober 2016 yang lalu. Ramai pelawak yang menyertai Mahaguru Spontan ini iaitu Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza. Mahaguru Spontan ini bersiaran selama 2 Jam dan banyak games yang diorang main, ada game yang sama macam dalam Super Spontan tu dan ada juga game - game baru yang diperkenalkan. Seronok juga dapat tengok Dato Siti Nurhaliza main game, walaupun kadang - kadang nampak yang lain sengaja nak buli - buli manja Dato Siti tu hehehe. Semua game dimainkan secara spontan, penonton juga boleh memilih artis / pelawak mana yang diorang nak untuk bermain dalam game tersebut. Begitu juga dengan topik dan situasi yang semuanya ditentukan dan dipilih oleh penonton yang datang menonton di Istana Budaya itu. Permainan Sketsa Berabjad menjadi game pertama yang dimainkan di Mahaguru Spontan dan Dato Siti Nurhaliza, Dato Ac Mizal serta Johan menjadi pemain yang terpilih untuk bermain Sketsa Berabjad.

Game Duduk, Bongkok, Berdiri dan Baring menjadi game kedua yang dimainkan di Mahaguru Spontan diikuti dengan game Pemandu Pelancong. Douglas Lim menjadi pemandu pelancong itu dan perlu meneka tempat dengan tepat berdasarkan klu, hint yang diberikan oleh peserta lain. Douglas Lim dapat meneka dengan tepat gitu. Seterusnya mereka bermain pula game Dahiku Dahimu, dan sememangnya game ini ditakuti oleh para pelawak tetapi disukai oleh penonton hehe. Dalam game ini Johan akan lawan Zizan dan seperti biasa Johan kalah dalam game ini dalam masa yang singkat hahaha dan Zizan menang. Kemudian Dato Siti lawan Abam Bocey dan Abam menang, kemudian Dato Ac Mizal lawan Amir dan Dato AC menang. Bukan main seronok lagi Dato AC bila menang game lawan Amir tu hehe. Game Ciptaan menjadi game ke-5 yang diorang main dan kali ini semua artis akan terlibat dan dibahagi kepada 3 team. Team pertama terdiri daripada Johan, Zizan dan Dato Siti Nurhaliza, Team kedua pula ialah Achey, Fad dan Rashid Salleh. Manakala Dato Ac Mizal, Abam dan Kuah Jenhan menjadi team ke-3. Best juga tengok mereka semua main game Ciptaan ini, siap tukar barang lagi. Kemudian permainan diteruskan lagi dengan Game Jamuan Cik Kiah dan Dato Ac Mizal yang jadi Cik Kiahnya manakala Afdlin, Achey, Fad dan Rashid menjadi tetamu Cik Kiah itu. Paling kelakar bila tengok gelagat Fad jadi Dato Seri Vida tu, manakala Achey jadi Syamel dan Rashid jadi Ultraman.
Mahaguru Spontan Di Istana Budaya (Oktober 2016) Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza.
Selepas itu Dato Siti Nurhaliza dan Afdlin Shauki bermain game Dialog Dalam Tin pula, kemudian Dato Ac Mizal, Rashid Salleh dan Achey bermain game baru iaitu Soundtrack Kehidupan yang mana mereka akan buat satu sketsa dan harus menukar emosi mengikut genre muzik, kelakar juga game ini. Seterusnya mereka main game Direktor Tak Siuman, Douglas Lim akan menjadi Direktornya manakala Dato AC, Zizan, Fad dan Jenhan akan jadi pelakonnya dan sketsa yang harus mereka lakonkan adalah daripada Filem Train To Busan, Lawak juga game ni sebab diorang kena tukar genre filem tersebut kepada Opera Cina, Muzikal, Bollywood dan lain - lain. Game Beku menjadi game kesepuluh yang mereka semua main dan kali ni turut melibatkan penonton termasuk Ray Era. Nampaknya semua pelawak memang sengaja buli Ray dalam game Beku tu hehehe, kesian pun ada juga dekat Ray tu, sebab nampak dia penat juga dan aku rasa kalau diorang kerap ganti - ganti orang untuk game Beku ini baru lebih best. Game terakhir yang diorang main adalah game baru yang bertajuk Album Kompilasi. Dalam game ini Zizan jadi Hos, manakala Douglas Lim jadi penerbit album kompilasi itu manakala Johan, Dato AC, Achey dan Dato Siti Nurhaliza akan jadi penyanyi yang akan menyanyikan lagu secara spontan mengikut tajuk dan genre yang diberikan seperti Dangdut, Irama Malaysia, Keroncong, Bollywood dll.

Masa tengok Mahaguru Spontan ini ada juga part - part yang berjaya buat aku tergelak jugalah hahahaha. Nampaknya Dato Ac Mizal paling banyak kali dipilih oleh penonton untuk bermain game, apapun semuanya memang sporting habis.
Read More »

8 Okt 2016

Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan

Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan

Assalammualaikum..
Johan menepati ramalan apabila berjaya bergelar Juara Super Spontan Superstar 2016. Abam pula berada di tempat kedua, diikuti Achey, Fad, Ozlynn dan Tauke. Antara game yang diorang main di Final Super Spontan Superstar ini adalah game Beku, Pantun 2 Kerat, Maju Mundur, Dahiku Dahimu dan juga Muzik Video Spontan. Ada ramai artis jemputan di Final SS Superstar ni, antaranya adalah Tomok, Black, Kump Khalifah, Ayda Jebat, Zizan Razak dan Dato Hans Isaac yang menjadi komentator jemputan. Apapun suka tengok Zizan datang SS bagi sokongan kat Johan tu, bukan senang nak tengok Jozan sekarang ni hehe.
Banyak juga perkara lawak yang terjadi seperti Dato Ac Mizal kalah dengan Amir ketika diorang main game Dahiku Dahimu, begitu juga dengan Johan yang menang dalam game Dahiku Dahimu ketika berlawan dengan Tauke, Johan sebelum ni mmg lemah sikit dalam game tersebut. Ditambah juga dengan kata2 Amir pada Zizan pasal Kamal Adli tu buat aku tergelak gak. Disamping itu, aku juga terhibur dengan gelagat Dato Ac ketika dalam game Muzik Video dan juga ketika pengumuman pemenang. Apapun tahniah buat semua pemenang.
Read More »

3 Okt 2016

Zarol & Rahila Tersingkir - AF2016

Zarol & Rahila Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir AF2016

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tak menyebelahi Zarol dan Rahila untuk melangkah ke Konsert Akhir AF2016 apabila kedua-duanya tersingkir di Konsert Semi Final. Zarol menyanyikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal Afgan dan juga lagu Di Sebalik Rahsia Cinta berduet bersama Indah AF2013. Manakala Rahila pula menyampaikan lagu Cheap Thrills dan lagu Senja Nan Merah berduet bersama Black. Kelihatan Ara terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Samar Bayangan, Dato Hattan, Hazama, Tam Spider, Siti Nordiana dan juga Alyah menjadi penyanyi undangan untuk berduet dengan pelajar2 AF yang lain. Kudsia Kahar menjadi pengkritik jemputan untuk Konsert Separuh Akhir Akademi Fantasia 2016 ini. Johan dan Abam juga turut menjadi guest untuk konsert AF ni disamping mempromosi Final Super Spontan. Apapun agak2 korang sape yang bakal jadi juara nanti ek? apapun tak sabar nak tunggu Gegar Vaganza Musim Ke-3 start lepas AF2016 ni.

Finalis AF2016 iaitu Amir, Amal, Reshma, Afi dan Ara.
Read More »

26 Sep 2016

AF2016 - Ikram & Asha Tersingkir

AF2016 - Ikram & Asha Tersingkir

Assalammualaikum..
Baru kali ni ada kesempatan untuk bercerita pasal Akademi Fantasia 2016 ini, dah masuk minggu suku akhir dah pun, minggu depan dah separuh akhir n pastu Final. Di minggu suku akhir ini semua peserta akan menyanyikan 2 lagu secara Medley dan akhirnya menyaksikan Ikram dan Asha tersingkir. Ikram menyanyikan lagu Ratnaku dan Joget Inang Bujang Dan Dara manakala Asha pula menyanyikan lagu Elegi Sepi yang muziknya diberi nafas baru menjadi sedikit rancak serta lagu Keabadian Cinta. Ogy Ahmad Daud menjadi pengkritik jemputan dan banyak kritikan pedas dan panas yang diberikannya pada peserta AF2016. Rasanya yang menyerlah di AF2016 ni terdiri daripada Reshma, Amal dan Amir. Rahila pun okey gak. Antara persembahan yang paling aku ingat masa Reshma menyanyi lagu Jamal Abdillah tu yang bertajuk Aku Penghiburmu minggu ketujuh kot, best betul. Agak2 sape yang akan ke final nanti ek??..
Read More »

28 Mei 2016

Jun Juara Ceria Popstar 2016 Musim Ke-4

Keputusan Konsert Akhir Ceria Popstar 2016

Assalammualaikum..
Aku ada menonton final Ceria Popstar 2016 dan itu merupakan kali pertama aku tengok ceria popstar untuk musim ke-4 ini. Masa musim kedua ada tengok sikit2, musim 3 ada layannn gak sebab juri2 tetap semua lawak haha, musim ke-4 takde masa nak layan cuma dapat tengok final jer. Apapun Juara Ceria Popstar seperti Masha, Dayang dan juga Jun mempunyai suara yang power, kecik2 lagi dah nyanyi sedap hehehe. Suka dengar Jun nyanyi lagu Bahtera Merdeka ala-ala rock tu. Pembukaan Final Ceria Popstar diserikan dengan persembahan dari kumpulan Wings. Awie, Siti dan Zizan jadi juri untuk Final Ceria Popstar 2016. Bila Jun dan Rezza terpilih untuk ke pusingan Battle Round tu memang dah boleh jangka dah yang Jun akan menang nyer. Apapun jom tengok Keputusan Pemenangnya kat bawah ni k..

Keputusan Final Ceria Popstar Musim Ke-4 2016

Juara- Jun
Naib Juara - Rezza
Tempat Ketiga - Aniq
Tempat Ke-4 - Hazmil

Read More »

2 Mei 2016

Johan & Zizan Di Anugerah Pilihan Online (APO2016)



Johan & Zizan Di Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada 30 April 2016 yang lalu. Tak sangka pula diorang duduk sebelah menyebelah jer haahaha. Dalam TV pun ada nampak diorang ni, Aku ambik gambar ni kat IG Johan dan Zizan. Caption Zizan kat gambar ni di ig die pun sweet jer, Kalau tengok komen2 kat gambar2 ni semua cakap rindu Jozan lah apalah, suruh join MLM lah, ada yg suruh buat comeback semua. Tula last tengok diorang berdua sama-sama kat tv masa program Super Spontan All Stars, tu pun lain2 kumpulan n dekat Anugerah Meletop Era dulu pun ada nampak gak diorang ni n kali ni nampak kat Anugerah Pilihan Online APO2016 plak. Diorang jumpa kat majlis anugerah gitu, apapun mmg ramai tertunggu program yg ada JOZAN ni. Sebab kalau ada diorang ni komform bertambah meletop dan havoc program tu nanti.

Read More »

29 Feb 2016

Johan & Ayda Jebat Menang Besar Di #AME2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) menjadi milik Johan dan Ayda Jebat sebab diorang menang besar gitu, malah mereka berdua turut mengekalkan kemenangan dalam kategori utama iaitu Anugerah Top Top Meletop, dah dua tahun berturut-turut diorang menang anugerah utama ni. Tahniah diucapkan buat Johan n Ayda Jebat. Personally aku rasa AME2016 agak boring sikit, Best lagi Anugerah Meletop Era 2015, untuk AME2016 ni hos macam takde idea n kurang kelakar, banyak teknikal problem, penyampai anugerah pun ada gak yg macam blur hehe. Persembahan dari artis okey gak, semua best2, Di media sosial, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan Ayda Jebat, apapun dah rezeki masing2 kan. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era kat bawah ni k..
Keputusan Anugerah Meletop Era 2016

Drama Meletop - M.A.I.D
Artis Lawak Meletop - Johan

Hos Meletop - Dato Ac-Mizal

Pelakon Meletop - Ayda Jebat

Rancangan Meletop - Gegar Vaganza 2015

Lagu Meletop - Siapa Diriku -Ayda Jebat

Penyanyi Meletop - Ayda Jebat

Dua/Kumpulan Meletop - Akim & The Majistret
Penyampai Radio Meletop - Johan
Rancangan Radio Meletop - Johara Pagi Era
Filem Meletop - Polis Evo
Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Fesyen Meletop - Dato Ac Mizal
Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Bintang Online Meletop - Siti Nurhaliza
Couple Meletop - Johan dan Ozylyn
ARTIS TOP-TOP MELETOP Lelaki - Johan
Artis TOP-TOP MELETOP Wanita - Ayda jebat
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan (bekas pengulas sukan)



Read More »

16 Jan 2016

Sinopsis Telemovie Oh My GaNu 2 - Henry VS Zizang

Assalammualaikum..
Oh My English kembali dengan Telemovie terbaru yang bertajuk Oh My Ganu 2 yang akan disiarkan pada 16 Januari ini. Oh My Ganu 2! adalah telemovie kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telemovie ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah)Buat pertama kalinya dalam Oh My English, penonton diberikan kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka; dengan mengundi sama ada Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton.

Kiranya ada 2 ending gitu, agak2 Henry atau Zizang yang akan menang nanti yer? haha menarik gak bila penonton diberi kuasa untuk memilih ending kesukaan diorang. Jom layannn Sinopsis Oh My Ganu 2 kat bawah ni k..
Sinopsis Telemovie Oh My Ganu 2

Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, Cikgu Ayu hilang ingatan selepas terlibat dengan satu kejadian yang tidak diingini. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry ataupun sebaliknya menerima Zizang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English!
Izzue Islam, akan kembali memainkan watak Aiman, adik kepada Cikgu Ayu. Bekas pelajar SMK Ayer Dalam sebelum ini seperti Azlin (Izara Aishah) dan Jibam (Akhmal Nazri) akan turut bersama memeriahkan telefilem ini bersama-sama wajah-wajah kelas 5 Merah yang disayangi ramai; See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Jojie (Nadiya Nisaa), yang di dalam misi membantu Cikgu Ayu mengembalikan kembali ingatannya. Penonton juga pasti akan terhibur dengan penampilan istimewa Dato Rahim Razali sebagai Tok Kadi. 

Update!! 17/1
~ Wahh Cikgu Ayu pilih Zizang hahaha Team Zizang menang, x leh blah part diorang pakai tudung tu, n part zizan nak nikahkan tok kadi dengan Ayu tu, sakit jiwa rupanyer hihihi. Kesian Henry..
Read More »

3 Nov 2015

BROMANCE JOZAN

Assalammualaikum..
Bila scroll kat Instagram aku terjumpa ler gambar JOZAN ni dan komen sweet antara diorang hehe. Disebabkan di blog ni ada page khas tentang Jozan so aku pun buat laa entry pasal ni. Rasanya semua pun tahu salah satu keistimewaan Jozan pada peminat mereka adalah bromance diorang, yang mana diorang sangat sweet antara satu sama lain. Walaupun kadangkala diorang ni lama x berjumpa sebab masing2 busy dengan hal masing2 tapi bak kata pepatah Jauh di mata dekat di hati gitu. Johan sayang Zizan dan Zizan juga sayang Johan. Zizan pun releks jer kiss Johan live kat Tv gitu, sweet jer friendship diorang ni.. Apapun korang usha jer laa komen dan caption yang aku print screen dari Instagram Zizan ni.




Read More »

31 Okt 2015

Zizan Razak Juara Super Spontan All Stars 2015 Dan Johan Naib Juara

Assalammualaikum..
Berakhirnya Super Spontan All Stars 2015 yang menyaksikan Zizan menjadi Juara buat kali kedua setelah menjadi juara pada Super Spontan musim pertama (2012). Tahniah buat Zizan, memang nampak menyerlah Zizan di malam final tu. Manakala Johan menjadi naib juara walaupun pada awalnya kedudukan undian Johan berada di atas sekali namun rezeki lebih memihak pada Zizan. Manakala Achey berada di tempat ketiga diikuti Pak Yus, Rahim dan Tauke. Apapun tahniah buat semua finalis kerana dah memberikan yang terbaik di Final SS All Stars ni. Best gak game2 yang diorang main di final tu, tapi game yang paling aku suka mestilah game Dahiku Dahimu. Para peserta pun takut nak main game ni hehe. Johan memang lemah sikit dalam game ni hehe tapi tetap menghiburkan. 
Dato Ac Mizal juga turut bermain game tersebut menentang Amir, lawak dan best tengok diorang main ni. Cuma part nak umum juara tu agak kelam kabut sikit bagi aku, macam nak cepat habis jer, patutnya bagi lebih suspen baru syok dan berdebar. Antara game yang diorang main di Final ini adalah seperti Beku, Dahiku Dahimu, Cerita Sampai Kecut, Muzik Video Karaoke. Dengar cerita untuk Super Spontan All Stars 2016, yang dah jadi juara boleh masuk balik bertanding lagi hehe so mungkinkah Zizan join lagi nanti? sama2 kita tunggu, maybe season depan Jep Sepahtu pun join ker kan hahaha. Apapun pasni i will miss Jozan dan selepas habis SS All Stars ni muncul pulak program baru yg berjudul Juara Parodi yang mana ramai pelawak join program tu bersama-sama dengan penyanyi.

Keputusan Penuh dan Senarai Pemenang Super Spontan All Stars 2015

Juara - Zizan Razak
Tempat Kedua - Johan
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Pak Yus
Tempat Kelima - Rahim
Tempat Keenam - Tauke

Read More »

29 Okt 2015

Juara Super Spontan All Stars Milik Johan Atau Zizan?

Assalammualaikum..
Jumaat ini akan berlangsungnya Final Super Spontan All Stars yang mana finalisnya terdiri daripada Zizan, Johan, Tauke, Yus, Achey dan Rahim. Rasanya semua pun boleh mengagak sama ada Johan atau Zizan yang bakal menjadi juara. Finalis lain juga hebat-hebat belaka dan pastinya diorang juga nak menang, tapi kalau ikut dari segi populariti dan Johan, Zizan juga adalah bekas juara so peluang mereka menang lebih cerah. Aku sendiri tak dapat mengagak siapa yang akan menang sebab aku suka dua2 okey, susah nak pilih antara satu sebab aku peminat Johan, Zizan (Jozan) dari dulu lagi sejak diorang bermula dari Raja Lawak 1 sekitar tahun 2007. 
Adakah ulangan Super Spontan musim pertama 2012 akan berlaku yang mana Zizan Juara dan Johan jadi naib juara ataupun Johan pulak yg jadi juara kali ini?. Aku yakin undian peminat pastinya hampir seimbang dan sengit. Apapun good luck untuk Johan, Zizan dan semua finalis lain. Hope Final Super Spontan All Stars ni ada banyak sweet moment antara Johan dan Zizan macam dulu2 tu hehehe. Memang susah giler nak tengok Johan dan Zizan bergandingan sama ada dalam filem atau pun jadi hos bersama. Harapnya lepas ni lebih banyak gandingan mereka berdua.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017