-->
Memaparkan catatan dengan label Ceria Popstar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceria Popstar. Papar semua catatan

28 Mei 2016

Jun Juara Ceria Popstar 2016 Musim Ke-4

Keputusan Konsert Akhir Ceria Popstar 2016

Assalammualaikum..
Aku ada menonton final Ceria Popstar 2016 dan itu merupakan kali pertama aku tengok ceria popstar untuk musim ke-4 ini. Masa musim kedua ada tengok sikit2, musim 3 ada layannn gak sebab juri2 tetap semua lawak haha, musim ke-4 takde masa nak layan cuma dapat tengok final jer. Apapun Juara Ceria Popstar seperti Masha, Dayang dan juga Jun mempunyai suara yang power, kecik2 lagi dah nyanyi sedap hehehe. Suka dengar Jun nyanyi lagu Bahtera Merdeka ala-ala rock tu. Pembukaan Final Ceria Popstar diserikan dengan persembahan dari kumpulan Wings. Awie, Siti dan Zizan jadi juri untuk Final Ceria Popstar 2016. Bila Jun dan Rezza terpilih untuk ke pusingan Battle Round tu memang dah boleh jangka dah yang Jun akan menang nyer. Apapun jom tengok Keputusan Pemenangnya kat bawah ni k..

Keputusan Final Ceria Popstar Musim Ke-4 2016

Juara- Jun
Naib Juara - Rezza
Tempat Ketiga - Aniq
Tempat Ke-4 - Hazmil

Read More »

17 Jun 2015

Gelagat JOZAN Sebagai Juri Di Ceria Popstar Musim Ke-3

Assalammualaikum..
Ceria Popstar 3 sudah pun habis dan menyaksikan Dayang menjadi juaranya. Walaupun Ceria Popstar 3 ni hanyalah rancangan nyanyian kanak-kanak, namun Astro bijak meletakkan artis2 popular dalam rancangan ni untuk menarik perhatian penonton. Aku yang jarang tengok rancangan kanak2 ni pun terjebak sama sebab dalam program ni ada banyak nama2 besar seperti Johan, Zizan (JOZAN), Nabil, Dato Ac Mizal dan Paknil. Selain itu juri2 jemputan juga best2 macam Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Raja Azura, Yusry, Noh Hujan, Ajai, Ziana Zain dll. Selain tu suara budak2 yang bertanding tu sedap2 la gak macam si Vanessa, Dayang dll. 
Aku ada jumpa video2 gelagat JOZAN serta gelagat juri2 yang lain yang memang giler2 dan lawak habis. So memang terhibur laa tengok video2 kat bawah ni. Antara yang best adalah Dubmash yang dibuat JOZAN menerusi lagu Sakitnya Tuh Disini. Serta reaksi dan komunikasi antara juri, pengacara, penaung yang sangat havoc dan lawak. Paling aku suka masa diorang bandingkan umur menerusi aplikasi howoldareyou.net dengan gambar JOZAN yang muda remaja tu dengan gambar Paknil hihihi part ni memang lawak habis. Memang layannn video2 kat bawah ni..
 
   

Selamat Menonton k..hehehe..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017