-->

6 Mac 2017

Mahaguru Spontan Di Istana Budaya

Antara Artis yang terlibat dalam Mahaguru Spontan ini adalah Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza.
Review Mahaguru Spontan 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya rancangan Mahaguru Spontan telah mula disiarkan di TV, Mahaguru Spontan ini telah dibuat di Istana Budaya pada Oktober 2016 yang lalu. Ramai pelawak yang menyertai Mahaguru Spontan ini iaitu Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza. Mahaguru Spontan ini bersiaran selama 2 Jam dan banyak games yang diorang main, ada game yang sama macam dalam Super Spontan tu dan ada juga game - game baru yang diperkenalkan. Seronok juga dapat tengok Dato Siti Nurhaliza main game, walaupun kadang - kadang nampak yang lain sengaja nak buli - buli manja Dato Siti tu hehehe. Semua game dimainkan secara spontan, penonton juga boleh memilih artis / pelawak mana yang diorang nak untuk bermain dalam game tersebut. Begitu juga dengan topik dan situasi yang semuanya ditentukan dan dipilih oleh penonton yang datang menonton di Istana Budaya itu. Permainan Sketsa Berabjad menjadi game pertama yang dimainkan di Mahaguru Spontan dan Dato Siti Nurhaliza, Dato Ac Mizal serta Johan menjadi pemain yang terpilih untuk bermain Sketsa Berabjad.

Game Duduk, Bongkok, Berdiri dan Baring menjadi game kedua yang dimainkan di Mahaguru Spontan diikuti dengan game Pemandu Pelancong. Douglas Lim menjadi pemandu pelancong itu dan perlu meneka tempat dengan tepat berdasarkan klu, hint yang diberikan oleh peserta lain. Douglas Lim dapat meneka dengan tepat gitu. Seterusnya mereka bermain pula game Dahiku Dahimu, dan sememangnya game ini ditakuti oleh para pelawak tetapi disukai oleh penonton hehe. Dalam game ini Johan akan lawan Zizan dan seperti biasa Johan kalah dalam game ini dalam masa yang singkat hahaha dan Zizan menang. Kemudian Dato Siti lawan Abam Bocey dan Abam menang, kemudian Dato Ac Mizal lawan Amir dan Dato AC menang. Bukan main seronok lagi Dato AC bila menang game lawan Amir tu hehe. Game Ciptaan menjadi game ke-5 yang diorang main dan kali ini semua artis akan terlibat dan dibahagi kepada 3 team. Team pertama terdiri daripada Johan, Zizan dan Dato Siti Nurhaliza, Team kedua pula ialah Achey, Fad dan Rashid Salleh. Manakala Dato Ac Mizal, Abam dan Kuah Jenhan menjadi team ke-3. Best juga tengok mereka semua main game Ciptaan ini, siap tukar barang lagi. Kemudian permainan diteruskan lagi dengan Game Jamuan Cik Kiah dan Dato Ac Mizal yang jadi Cik Kiahnya manakala Afdlin, Achey, Fad dan Rashid menjadi tetamu Cik Kiah itu. Paling kelakar bila tengok gelagat Fad jadi Dato Seri Vida tu, manakala Achey jadi Syamel dan Rashid jadi Ultraman.
Mahaguru Spontan Di Istana Budaya (Oktober 2016) Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza.
Selepas itu Dato Siti Nurhaliza dan Afdlin Shauki bermain game Dialog Dalam Tin pula, kemudian Dato Ac Mizal, Rashid Salleh dan Achey bermain game baru iaitu Soundtrack Kehidupan yang mana mereka akan buat satu sketsa dan harus menukar emosi mengikut genre muzik, kelakar juga game ini. Seterusnya mereka main game Direktor Tak Siuman, Douglas Lim akan menjadi Direktornya manakala Dato AC, Zizan, Fad dan Jenhan akan jadi pelakonnya dan sketsa yang harus mereka lakonkan adalah daripada Filem Train To Busan, Lawak juga game ni sebab diorang kena tukar genre filem tersebut kepada Opera Cina, Muzikal, Bollywood dan lain - lain. Game Beku menjadi game kesepuluh yang mereka semua main dan kali ni turut melibatkan penonton termasuk Ray Era. Nampaknya semua pelawak memang sengaja buli Ray dalam game Beku tu hehehe, kesian pun ada juga dekat Ray tu, sebab nampak dia penat juga dan aku rasa kalau diorang kerap ganti - ganti orang untuk game Beku ini baru lebih best. Game terakhir yang diorang main adalah game baru yang bertajuk Album Kompilasi. Dalam game ini Zizan jadi Hos, manakala Douglas Lim jadi penerbit album kompilasi itu manakala Johan, Dato AC, Achey dan Dato Siti Nurhaliza akan jadi penyanyi yang akan menyanyikan lagu secara spontan mengikut tajuk dan genre yang diberikan seperti Dangdut, Irama Malaysia, Keroncong, Bollywood dll.

Masa tengok Mahaguru Spontan ini ada juga part - part yang berjaya buat aku tergelak jugalah hahahaha. Nampaknya Dato Ac Mizal paling banyak kali dipilih oleh penonton untuk bermain game, apapun semuanya memang sporting habis.

2 ulasan:

  1. Siqah tak sempat lagi nak tengok ni. Nak sangat tengok sebab ada Siti je. Hehe.

    BalasPadam
  2. Hahah. Banyak gak game. Mesti best tengok ni.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017