-->

2 Mac 2017

Kisah Kawan Dan Birthday

Kisah Kawan Dan Birthday

Assalammualaikum..
Jawapan pada soalan dalam gambar diatas tu adalah pernah, hehehe tapi masa jadi pelajar dululah, ketika semester pertama di UM. Masa 1st Year stay dalam UM so senanglah nak sambut Birthday ke apa ke kan, tambah - tambah senang nak suprisekan kawan sebab semua duduk dalam kolej kediaman yang sama, siap pergi menyorok semua, buat kad ucapan sendiri tapi takde kek hahaha beli muffin jer, maklumlah student lagi, duit pun tak banyak. Mana - mana member yang hari jadinya jatuh pada bulan Feb ataupun Mac memang untunglah sebab masa tu tak begitu busy. Birthday aku pertengahan April dan masa tu memang minggu peperiksaan haha, jadi gila ker apa nak sambut birthday minggu peperiksaan, tambahan lagi birthday aku jatuh pada hari peperiksaan hahaha, maka dengan itu, redha jerla hehe. Bila masuk second year dan seterusnya, semua dah duduk umah sewa, memang hari - hari jumpa dan terlampau busy dengan tesis semua, maka setakat wish happy birthday dan mendoakan yang baik - baik sajalah. Apapun bab mendokan itulah yang paling sesuai betul tak hehe, moga kawan - kawan aku tu semua bahagia dan sihat sentiasa, aminn..

4 ulasan:

  1. Betul..sentiasa mendoakan itu hadiah terbaik.

    BalasPadam
  2. Haha. Soalan tu buat kak ana tersenyum. Takpe janji kita ikhlas dan doakan yg terbaik utk mereka 😘

    BalasPadam
  3. seronok gak sambut bday kawan sebab bole buat dia happy dan kita happy at the same time..but kadang2 ada la gak terasa bday kita takde orang nak sambut kee...haha

    BalasPadam
  4. huhu elsa tiap tiap tahun rasa macam tu tau sis. birthday orang kitalah surprise planner, tapi sampai had birthday kita aduhai, daun pun tak sempat nak lalu depan mata :'(

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017