Review & Sinopsis Filem Aku Haus Darahmu
Assalammualaikum..
Filem Aku Haus Darahmu telah pun ditayangkan di pawagam pada 2 Februari 2017 yang lalu dan filem ini dilakonkan oleh Nad Zainal, Deanna Yusoff, Farhanna Qismina, Zoey Rahman. Amalia Syakirah dan lain - lain lagi. Filem Aku Haus Darahmu ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunus, diterbitkan oleh Tsar Asia Sdn Bhd dan berdurasi 103 minit. Kalau tengok dari tajuk dan poster filem ini, pasti korang dah tahu yang filem ini bergenre seram dan misteri, aku dah tengok filem ini dan aku suka jalan ceritanya yang menarik dan unik kerana menjadikan tarian sebagai antara fokus penting dalam filem ini. Pelakon utamanya seperti Nad Zainal dan Deanna Yusoff perlu belajar dan menguasai seni tarian terlebih dahulu sebelum shooting filem ini. Tarian yang dipersembahkan dalam filem ini memang best dan memukau sesuai dengan mood seram yang ditampilkan, Kalau nak ukur tahap keseraman filem ini rasanya mungkin dalam tahap biasa - biasa je kot sebab bagi aku filem ini seronok ditonton tapi tidaklah terlalu seram cuma mungkin dari segi pergerakan tarian yang unik dan pelik menimbulkan sedikit rasa suspen.
Filem ini mengambil latar masa sekitar tahun 1980 an, ini dapat dilihat dari segi pakaian pelakon - pelakon utamanya yang agak colourful sekali dengan walkman, kereta serta rumah kampung dan pakaian serta gaya dan cara pertuturan watak Deanna Yusof yang ala - ala zaman dulu - dulu. Karakter Lia yang dilakonkan oleh Nad Zainal tak nampak macam ahli antropologi yang bersungguh - sungguh untuk membuat kajian tapi nampak macam student yang buat kajian sambil bercuti dan makan angin hehe. Filem seram selalunya tak dapat lari dari scene - scene clisye seperti mimpi hantulah, jumpa hantu dalam tandas, makan ulat dan cacing dan sebagainya. Walaubagaimanapun aku suka dengan lokasi shooting filem ini yang nampak cantik terutamanya ketika mereka dalam perjalanan untuk ke hujung kampung bagi menyaksikan tarian pelik tersebut, suasana rumah yang mereka duduk tu juga nampak unik dan antik gitu. Selain itu aku suka dengan lakonan Deanna Yusoff sebagai Cik Cempaka yang nampak ramah tapi misteri begitu juga dengan pembantu Cik Cempaka iaitu Cik Kenanga yang nampak mencurigakan, pelik dan menakutkan yang mana watak Cik Kenanga ini dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Amalia Syakirah.
Walaubagaimanapun aku tak begitu suka dengan ending filem ini yang berakhir dengan mimpi dan kemudian perkara yang dimimpikan Lia itu berulang di alam realiti dan membuat Lia menjerit dan kemudiannya tamat. Ending filem ini lebih kurang sama dengan filem seram Mistik yang berakhir dengan mimpi tu. Diorang siap dah bunuh sana bunuh sini, last - last mimpi hahahaha. Ending filem ini patutnya lebih realistik, tak puas hati pula dengan endingnya walaupun jalan cerita dah okey. Selain itu watak Lia yang amat degil tu juga agak annoying sebab dia tetap nak tinggal di rumah Cik Cempaka tu walaupun kawan - kawannya dah berusaha untuk ajak Lia balik sebab mereka yakin yang rumah tersebut berhantu. Tapi Lia tetap berdegil untuk stay dekat situ. Apa pun kawan - kawan Lia ini baiklah juga sebab diorang tetap berusaha untuk yakinkan Lia untuk pergi dari situ, kalau orang lain dah lama kot cabut dari situ kan hehe. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye.
Sinopsis Filem Aku Haus Darahmu
Lia (Nad Zainal) seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya, Ezza (Farhanna Qismina) dan Arin (Zoey Rahman) mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus. Mereka memilih untuk menginap di homestay milik Cik Cempaka (Deanna Yusoff) yang selama ini hanya tinggal berdua bersama Cik Kenanga (Amalia Syakirah). Seperti yang dijanjikan, mereka bertiga dibawa ke suatu tempat yang jauh dan asing dari perkampungan itu untuk melihat tarian tersebut yang dimana hanya boleh ditonton pabila matahari sudah terbenam. Mereka bertiga sangat teruja dengan setiap lenggang-lenggok serta perincian tarian tersebut yang dikatakan turun-temurun dari keluarga Cik Cempaka Sulastri.
Menurut Cik Cempaka, tarian ini sangat istimewa kerana hanya yang terpilih sahaja yang layak mewarisinya iaitu Cik Cempaka sendiri. Tambahan lagi tarian yang 'mengasyikkan' ini memang bisa 'menghantui' seseorang yang melihatnya jika tidak kuat dan yang sebenarnya, pada malam pertama itu Lia sudah pun dikuasai oleh 'tenaga' yang lahir dari tarian tersebut. Tingkah-laku Lia semakin berubah. Ezza dan Arin yang sedar akan perubahan itu segera mengajak Lia untuk pulang kembali ke bandar kerana dalam masa yang sama, Ezza dan Arin sering diganggu oleh pelbagai peristiwa seram.
Namun, Lia yang tidak lansung diganggu apa-apa menafikan hal itu dan berkeras mahu terus tinggal dan melengkapakan hasil kajiannya. Keesokan harinya, Lia terus menemubual Cik Cempaka tentang asal-usul tarian ini. Cik Cempaka tanpa ragu-ragu mengiyakan yang dakwaan tarian ini mempunyai unsur-unsur Ilmu Hitam adalah benar dan dimana darah si dara dan si teruna diperlukan dalam upacara tarian! Dalam masa yang sama, Ezza dan Arin telah menjumpai satu 'rahsia' dan berkeras untuk pulang dan meninggalkan sahaja Lia sementara mendapatkan bantuan. Dapatkah Lia, Ezza dan Arin meninggalkan rumah tersebut? Siapakah Cik Cempaka sebenarnya?
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem Aku Haus Darahmu ini memang menarik, best dan unik cuma endingnya yang kurang best. Walaubagaimanapun filem ini tetap menghiburkan dan aku bagi 8.2 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.
Akk suka kalau nad zainal berlakon. 😊
BalasPadambaru perasan template baru la.. unni x boleh layan hantu2 ni mau x tidur malam di buatnya...
BalasPadamdatang terjah dan klik iklan. (Kami Suka Terjah Blog )
filem baru ker?
BalasPadamPaling xblh diterima akal time srh cik kenanga bkk pintu bilik..tercari gak mana dtg tmpt kunci sdgkn pintu tu guna selak je..kikiki..
BalasPadam