Korean Drama Review - Missing Nine
Assalammualaikum..
Hari ini seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang aku dan habis tonton baru - baru ini iaitu Drama Korea Missing Nine / Missing 9. Drama 16 episod ini baru saja habis disiarkan pada 9 Mac yang lalu dan dilakonkan oleh Jung Kyung Ho, Baek Jin Hee, Oh Jung Se, Choi Tae Joon, Lee Sun Bin, Chanyeol (EXO), Kim Sang Ho, Tae Hang Ho, Ryu Won, Yang Dong Geun, Song Ok Suk, Min Sung Wook, Kim Pub Lae dan ramai lagi. Drama Missing Nine ini disiarkan bagi menggantikan Drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo yang telah tamat episodnya dan selepas itu ianya akan digantikan dengan Drama baru yang bertajuk Self Radiation Office. Awalnya watak hero untuk drama ini ditawarkan kepada pelakon Kang Ha Neul namun tak jadi dan akhirnya menjadi milik Jung Kyung Ho manakala heroin untuk drama ini ditawarkan kepada beberapa pelakon antaranya Kwon Yuri (Girl's Generation), Hyeri (Girl's Day) dan Jung Yu Mi namun mereka semua menolak dan akhirnya watak Ra Bong Hee menjadi milik pelakon Baek Jin Hee. Pada pendapat aku memang Baek Jin Hee sangat sesuai membawa watak ini, lagi pun dalam drama sebelum ini juga dia ada membawa watak yang sangat baik iaitu dalam drama My Daughter Geum Sa Wol manakala Jung Kyung Ho juga memang sesuai dengan watak Seo Joon Oh. Tak sangka juga gandingan mereka berdua dalam drama ini sangat serasi pula, seriously sangat cute, sweet dan adorable hehehe.
Awalnya aku tak begitu suka dengan Jung Kyu Ho ini, tapi lepas drama ini, aku makin suka pula dengan dia ini hehe. Aku suka betul tengok watak Seo Joon Oh dengan Ra Bong Hee ini sebab comel sangat diorang ni, pastu saling menjaga antara satu sama lain dan juga sanggup berkorban gitu. Ini juga kali pertama aku melihat Choi Tae Joon membawa watak jahat dalam drama iaitu sebagai Choi Tae Ho, sebelum ini Choi Tae Joon selalu juga membawa watak baik dalam drama contohnya drama All About My Mom dan Flower In Prison. Walaubagaimanapun aku dah biasa tengok pelakon Kim Pub Lae ini berlakon watak jahat dalam drama Glamorous Temptation dan diikuti pula dengan Drama ini sebagai Jang Do Pal. Selain keserasian antara Seo Joon Oh dan Ra Bong Hee itu, aku juga suka tengok kehidupan mereka ketika berada di pulau terpencil itu, masing - masing saling tolong menolong tapi itulah Choi Tae Ho ini memang pembawa masalah, kerja dia cuma nak bunuh orang je. Seo Joon Oh pula tak sampai hati nak bunuh Choi Tae Ho itu dan sebaliknya cuba beri peluang pada Tae Ho untuk berubah. Selain Choi Tae Ho, gelagat Yoon So Hee juga sangat annoying begitu juga dengan gelagat Tae Ho Hang yang terlampau penakut dan sangat takutkan Choi Tae Ho lalu bersubahat dengan Tae Ho dengan berdiam diri dan tidak mendedahkan perbuatan Tae Ho membunuh So Hee pada orang lain.
Ramai juga tidak puas hati apabila watak Chanyeol EXO iaitu sebagai Lee Yeol dalam drama Missing 9 ini tidak begitu banyak. Lepas dia kena belasah dengan Tae Ho dan kemudian Tae Ho mencampak Yeol ke laut untuk menghanyutkannya kerana Tae Ho menyangka Yeol sudah mati tapi memang mati betullah wataknya itu sebab memang sampai ke akhir Yeol tidak muncul. Aku ingatkan mungkin ada twist dalam drama ini dan kita semua dapat lihat Yeol masih hidup dan buat kejutan untuk semua tapi sampai ke ending drama ini pun Yeol langsung takde dan macam Missing Yeol pula bukan Missing Nine dah hehe. Walaubagaimanapun drama ini ada banyak scene - scene suspen yang seronok untuk ditonton dan aku juga suka twist yang ada dalam drama ini contohnya bila Seo Joon Oh itu tidak mati tapi sebaliknya. Selain itu scene ketika mereka semua berpakat menipu Choi Tae Oh itu juga menarik dan kreatif. Manakala scene - scene kelakar juga best, rasanya banyak scene - scene kelakar yang membabitkan watak Seo Joon Oh. Aku juga sentiasa tertunggu - tunggu drama ini disiarkan setiap minggu, jalan ceritanya yang misteri dan suspen buatkan penonton jadi tak sabar nak tengok episod yang seterusnya. Disebabkan terlalu fokus dengan jalan ceritanya, aku sampai tak perasan dengan lagu - lagu OST Missing Nine ini. Walaubagaimanapun aku suka satu lagu dalam drama ini iaitu lagu yang bertajuk Kiss or Kill nyanyian Gain (Brown Eyed Girls).
Lagu Kiss or Kill itu akan muncul di hujung - hujung episod ketika dekat - dekat nak masuk episod akhir. Lagu tu unik habis dan sesuai betul dengan jalan cerita drama ini yang unik dan suspen gitu. Aku siap download lagu tu hehehe, dari awal aku tertunggu - tunggu juga macam manalah ending drama ini nanti kan dan ternyata ending drama ini agak mengecewakan. Jalan cerita Missing Nine ini dah okey cuma endingnya pula mengarut dan tak logik. Choi Tae Ho yang awalnya digambarkan sanggup melakukan apa saja asalkan dirinya suksess boleh pula jadi lemah dengan beberapa ayat yang disebut oleh Seo Joon Oh, tak logik di sini, apabila cepat betul dia insaf hehe dan lawaknya dia insaf secara mengejut pula tu, dalam tengah nak bunuh Jang Do Pal tu, boleh pula Choi Tae Ho berubah jadi baik dan serah diri semua. Part dia nak bunuh Jang Do Pal di tengah - tengah jalan tu juga tak masul akal sebab masa itu boleh pula takde satu kenderaan yang lalu di kawasan tu sedangkan tu kat kawasan jalan raya, Rasa macam tak puas pula tengok kes Seo Joon Oh dibicarakan di mahkamah, rasa macam sekejap sangat. Disamping itu, aku juga memang stress tengok gelagat pendakwaraya yang sengaja menuduh dan meletakkan semua kesalahan pada Seo Joon Oh bagi menutup ketidakcekapan mereka dalam penyiasatan kes tersebut. Geram jer tengok gelagat peguam tu semua yang memihak pada Choi Tae Ho.
Aku rasa lebih menarik kalau diorang fokus perbicaraan di mahkamah berbanding buat ending yang terburu - buru dan tak masuk akal. Dah elok - elok Choi Tae Ho tu berada dalam penjara, boleh pula dia keluar sekejap ditemani dengan polis dan bersuka ria dengan mereka yang lain ketika semua sedang sibuk mengecat rumah. Senang betul dia keluar penjara dengan alasan macam tu, ending Choi Tae Ho join diorang bersuka ria tu memang tak logik langsung hahaha. Ending drama Missing Nine ini memang merapu habis, aku sampai blur sekejap masa tengok ending drama ini hehehe. Aku juga tak puas hati dengan ending untuk watak Seo Joon Oh dengan Ra Bong Hee ini, adakah mereka dah betul - betul bercinta ataupun masih main tarik tali sebab tak nampak pula Seo Joon Oh betul - betul meluahkan perasaannya pada Bong Hee, diorang macam saling memahami tanpa perlu meluahkan perasaan cinta gitu hahaha, aku rasa kalau ending drama ini berakhir dengan perkahwinan Seo Joon Oh dengan Bong Hee pun, mesti lagi best dan sweet betul tak? ataupun berakhir dengan cara lain yang penting penonton dapat tahu apa kesudahan kisah cinta mereka berdua ini. Memang endingnya agak mengecewakan sebab tidak menepati jangkaan penonton.
Episod Pertama drama ini mungkin sedikit bosan, tapi bila masuk episod kedua, drama ini dah makin best. Apa pun drama Missing Nine ini masih menghiburkan dan berbaloi untuk menontonnya cuma endingnya saja yang agak kurang best. Aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Korea Missing 9 ini.
Tak sempat tengok lagi.. Tgh layan LOTBS
BalasPadam