-->

3 Feb 2017

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Assalammualaikum..
Hari ni giliran Drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo untuk direviewkan, ianya mempunyai 16 episod dan release pada 16 November 2016 hingga 11 Januari 2017. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk, Kyung Soo Jin, Lee Jae Yoon, Lee Joo Young, Cho Hye Jung, Ahn Kil Kang dan ramai lagi. Drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo ini disiarkan bagi menggantikan Drama Shopping King Louis yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Missing Nine. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular yang lain seperti Dr.Jin, 7th Grade Civil Servant, A New Leaf dan banyak lagi manakala penulis skrip cerita ni pula pernah menulis skrip untuk Drama King Of High School, Oh My Ghost dan lain - lain lagi. Pelakon popular Lee Jong Suk turut membuat kemunculan khas dalam drama ni manakala hero dan heroin drama ini iaitu Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk dah pernah berlakon sekali dalam Drama kegemaran ramai iaitu Cheese In The Trap. Walaubagaimanapun mereka tidak banyak scene bersama sebab masing - masing memegang watak pelakon pembantu dalam drama tersebut. Selain itu, Nam Joo Hyuk juga dah pernah membawa watak sebagai seorang atlet renang dalam dramanya yang terdahulu iaitu School 2015: Who Are You?.
Nampak lakonan Lee Sung Kyung sebagai Kim Bok Joo ada sedikit kelainan berbanding drama - dramanya yang terdahulu, dia tak perlu jadi gila - gila mahupun perlu feminin dan make up tebal - tebal sebaliknya perlu jadi sedikit tomboy, kuat dan kasar gitu, maklumlah atlet angkat berat gitu. Gelagat Bok Joo dan kawan - kawannya iaitu Lee Sun Ok dan Jung Nan Hee yang sehati sejiwa tu turut membuat drama ni jadi lebih menarik. Awalnya agak menyampah juga dengan perangai bekas kekasih Jung Joon Hyung tu iaitu Song Shi Ho yang merupakan atlet Gimnastik. Dia tak boleh terima hakikat yang Jung Joon Hyung dah tiada hati pada dirinya, siap cuba kenakan Bok Joo lagi sebab cemburu, tapi nasib baiklah selepas tu Song Shi Ho ni mula sedar dan jadi lebih baik. Jalan cerita drama ni mula jadi menarik bila Bok Joo buat pertama kalinya jatuh cinta pada Dr Jung Jae Yi yang juga merupakan abang kepada Jung Joon Hyung. Banyak perkara kelakar yang berlaku masa ni, aku juga suka bunyi suara lelaki yang sebut perkataan What!? tu, terutamanya bila ada scene - scene kelakar tu. Bagi yang dah tengok drama ni pasti tahu apa yang aku maksudkan tu hehe. Satu lagi scene kelakar bila berat badan Bok Joo sekejap berkurang sekejap bertambah disebabkan Bok Joo tersepit kat tengah - tengah antara arahan jurulatihnya untuk tambah berat badan dan juga Dr Jung Jae Yi yang cuba membuatkan berat badan Bok Joo turun.
Aku juga suka karakter Jung Jae Yi yang sangat baik tu sampai Bok Joo pun boleh jatuh hati, tapi itulah Jung Jae Yi ni pun naif juga, sebab terlebih baik dan langsung tak nampak tanda - tanda Bok Joo tu sukakan dirinya. Kelihatan Ji Soo dan juga Seohyun (Girl Generation) turut jadi cameo dalam drama ni, mereka ni serta hero drama ni iaitu Nam Joo Hyuk pernah berlakon sekali dalam Drama best iaitu Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Walaubagaimanapun Nam Joo Hyuk tidak ada scene berlakon bersama dengan Seohyun tu cuma dia ada berlakon sekali dengan Ji Soo jer. Tak sangka juga yang kawan baik Jung Joon Hyung iaitu Jo Tae Kwon tu boleh ada hati pula pada kawan baik Bok Joo yang sedikit tomboy tu iaitu Lee Sun Ok. Terfikir juga macam mana laa reaksi Jung Nan Hee, bila tahu kawan baik dia sorang lagi pun dah ada kekasih tapi die masih lagi single. Sayangnya sampai ke last episod pun, Jung Nan Hee tak tahu pasal ni, manakala Lee Sun Ok dan Jo Tae Kwon tu macam bercinta senyap - senyap dan akan cover line depan Nan Hee tu. Bila Bok Jo dan Joon Hyung tu dah start dating, memang sakan betul lah diorang bercinta kan sampai susah nak bercinta secara senyap - senyap. Akhirnya kantoi juga bila kawan - kawan mereka dapat tahu juga pasal hubungan cinta diorang tu.
Bila dah bercinta tu, nampak Bok Joo yang kuat cemburu sebab Joon Hyung sangat handsome dan ramai perempuan yang suka dekat Joon Hyung. Jadi Bok Joo risau kalau - kalau Joon Hyung berubah hati tambah - tambah kalau dia dan Joon Hyung berjauhan lagi la Bok Joo risau. Apapun nasiblah Joon Hyung ni jenis yang setia gitu. Gelagat bapa saudara Kim Bok Joo iaitu Kim Dae Ho juga kelakar bila dia ada hati pada jurulatih Bok Joo tapi jurulatih tu pula sukakan orang lain. Nasiblah last sekali dia jumpa juga kekasih baru tu. Pelakon Kim Seul Gi turut jadi cameo dalam drama ini dan dialah juga yang akan jadi kekasih baru Kim Dae Ho. Lagu Tema / OST Weightlifting Fairy Kim Bok Joo biasa - biasa je bagi aku. Manakala ending drama ni mestilah happy ending kan dan ramai yang suka menonton drama ni sebab jalan ceritanya yang ringan dan simple. Konflik dalam drama ni juga tak begitu berat apapun drama ni menghiburkan juga walaupun aku lebih sukakan drama yang banyak konflik, suspen dan banyak twist berbanding drama yang ringan. Aku bagi 7 Bintang untuk drama ini dari 10 Bintang.

4 ulasan:

  1. Ok, masuk dlm list.. Skrg tengah layan goblin :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai pemenang Back To School Giveaway by Abam Kie. Untuk maklumat lanjut tentang cara2 menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih diatas sokongan dan kerjasama anda.

    http://www.zukidin.com/2017/02/senarai-pemenang-back-to-school.html

    BalasPadam
  3. cite ni kelakarl lebih2 lagi bila book joo jeles..hehe..

    BalasPadam
  4. Kita pon review juga cerita ni. Best kan? http://syerantomarcello.blogspot.my/

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017