-->

19 Feb 2017

Review Filem Bollywood - Wazir

Bollywood Movie Wazir Lakonan Amitabh Bachchan, Farhan Akhtar, Aditi Rao Hydari
Review Bollywood Movie - Wazir

Sudah lama aku nak buat Review Filem Wazir ini, baru sekarang sempat nak buat Review filem ini, Filem Wazir ini bergenre crime thriller, release pada 8 Januari 2016 dan Box Office di India. Dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, Farhan Akhtar, Aditi Rao Hydari, Manav Kaul dan ramai lagi. Manakala John Abraham serta Neil Nitin Mukesh menjadi cameo dalam filem ini dan diarahkan oleh Bejoy Nambiar dan diterbitkan oleh Vidhu Vinod Chopra. Hero filem ini iaitu Farhan Akhtar juga merupakan seorang produser, penyanyi dan pengarah filem. Aku suka jalan cerita filem Wazir ini, sebab ianya sangat unit dan terdapat plot twist di penghujung cerita manakala endingnya juga menarik kerana tidak dapat dijangka oleh penonton. Permainan Chess menjadi latar belakang filem ini kerana setiap pergerakan watak dan jalan cerita dikaitkan dengan permainan Chess membuatkan filem ini sangat unik. Mengikut trivia yang aku baca, sepatutnya Filem ini hendak dijadikan Filem Hollywood dan dilakonkan oleh pelakon - pelakon Hollywood juga, namun atas sebab - sebab tertentu produser filem ini terpaksa menukar dari Hollywood ke Bollywood. 

Pelakon utama filem Wazir ini iaitu Amitabh Bachchan dan Farhan Akhtar telah pernah berkerjasama sebelum ini, dimana Amitabh Bachan pernah berlakon dalam filem Lakshya (2004) yang diarahkan oleh Farhan Akhtar sendiri. Watak Amitabh Bachchan juga mencabar dalam filem ini apabila dia melakonkan watak sebagai seorang guru permainan Chess yang cacat kerana kehilangan kedua - dua kakinya akibat kemalangan. Manakala Farhan Akhtar pula terpaksa melakukan latihan berat dan menambah berat badannya untuk melakonkan watak sebagai Daanish Ali yang merupakan seorang Pegawai Skuad Anti Pengganas. Manakala Heroin filem ini iaitu Aditi Rao Hydari dipilih setelah penerbit filem ini melihat tariannya di suatu majlis, tambahan lagi Aditi Rao Hydari ini memang seorang penari pun dan aku juga suka tengok Aditi Rao ini berlakon, lagipun dia ni memang cantik orangnya. Apa pun jom lihat sinopsis filem Wazir ini dibawah ye.
Amitabh Bachchan as a Pandit and Farhan Akhtar as a Daanish Ali in Bollywood Movie 2016 - Wazir
Sinopsis Filem Bollywood - Wazir

Mengisahkan kehidupan Daanish Ali dan Ruhana yang bahagia bersama anak perempuan mereka Noorie. Suatu hari, ketika sedang memandu, Daanish telah ternampak 2 orang pengganas yang dikehendaki lalu mengekori pengganas tersebut, Kemudian berlaku adegan tembak - menembak antara mereka dan mengakibatkan anak perempuan Daanish terbunuh. Isteri Daanish iaitu Ruhana menyalahkan Daanish atas kematian anak mereka lalu meninggalkan Daanish seorang diri. Daanish yang berasa sangat bersalah hampir - hampir hendak membunuh diri ketika melawat kubur Noorie, namun Daanish diganggu oleh bunyi hon sebuah van yang misteri. Kemudian Daanish terjumpa dengan wallet seorang lelaki yang dipercayai pemandu van misteri itu lalu Daanish memutuskan untuk pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk memulangkan walletnya yang tercicir itu. Di situ dia bertemu dengan Pandit Omkar Nath Dar yang merupakan Pakar dan Guru permainan Chess yang cacat, berkerusi roda yang mendakwa dirinya juga adalah Guru Chess kepada anak Daanish yang telah mati itu, iaitu Noorie.

Pandit kemudiannya mula mengajar Daanish tentang permainan chess dan mula bercerita tentang anak perempuannya Nina, yang telah mati, yang juga merupakan seorang Guru Chess dan pernah mengajar permainan Chess pada Ruhi, yang merupakan anak Menteri Kebajikan iaitu Yazaad Qureshi. Kematian Nina penuh misteri apabila dikatakan dirinya jatuh tangga lalu mati di rumah Menteri tersebut. Pandit merasakan kematian Nina sememangnya disengajakan dan dirinya yakin bahawa anaknya Nina dibunuh oleh Menteri Yazaad Qureshi. Setelah mendengar cerita Pandit itu, Daanish mula menyiasat lebih dalam tentang kematian Nina dan juga perkaitannya dengan Yazaad Qureshi. Kemudian Pandit telah diserang dengan teruk oleh seorang pembunuh upahan yang bernama Wazir yang dihantar oleh Yazaad Qureshi untuk memberi amaran pada Pandit dan Daanish agar menghentikan segala penyiasatan berhubung kes Nina. Pandit kemudiannya ke Kashmir untuk mengekori Yazaad Qureshi manakala Wazir pula telah menelefon Daanish, mengugut untuk membunuh Pandit. Daanish kemudiannya mengejar Pandit namun Pandit akhirnya terbunuh apabila kereta Pandit diletupkan oleh Wazir.
Review Filem Bollywood Wazir By Miss Banu
Daanish kini telah kehilangan seorang kawan baik dan dia berasa amat marah pada Wazir dan Yazaad Qureshi dan ingin membalas dendam pada mereka. Daanish juga terhutang budi pada Pandit kerana telah menasihati dan menyedarkan isteri Daanish iaitu Ruhana supaya berbaik semula dengan Daanish. Setelah dendam terlaksana, Daanish mula menyedari tentang hal sebenar setelah menyaksikan satu pementasan teater yang diarahkan oleh Pandit. Di sinilah berlakunya sesuatu yang tak dijangka oleh penonton dan Daanish akhirnya mengetahui segala kebenaran yang terlindung selama ini. Begitulah sinopsis filem Wazir ini, rasa seronok juga bile tengok filem yang bergenre begini, Lagu Tema OST Wazir biasa - biasa saja, Jadi secara keseluruhannya, filem Wazir memang seronok ditonton, walaupun endingnya memang sesuatu sikit hehehe, apa pun aku bagi 7.6 Bintang dari 10 Bintang untuk filem Wazir ini.

5 ulasan:

  1. Alamak cerita ni belum tengok lagi, heheh.

    BalasPadam
  2. Hindustan ni biar pun jalan cerita hampir sama je, tapi tetap kita tengok... kenapa ya? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. jalan cerita hampir sama ke? hehe x semua jalan cerita hampir sama, ada gak yang unik dan berbeza contohnya macam filem Wazir ini. Biasalah itulah tarikan dan keistimewaan bollywood hehe..

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017