-->

5 Feb 2017

Sinopsis Drama Namaku Bedah

Sinopsis Drama Namaku Bedah Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Drama Namaku Bedah akan mula disiarkan pada 5 Feb di slot Kelakarama Tv9 menggantikan Drama Sumpah Ibu yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Nadzmi Adhwa, Aishah Azman, Syainie Aida, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, drama Namaku Bedah ni juga merupakan adaptasi daripada Novel dan akan bersiaran pada setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam. Apapun jom layann sinopsis cerita ni kat bawah okey..

Sinopsis Drama Namaku Bedah

Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis. Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. 
Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya. Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkarDapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah?

5 ulasan:

  1. Pelik2 betul nama cerita sekarang ni kan haha.
    singgah sini ye, jemputlah datang blog baru saya.

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog nie. :)

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog nie. :)

    BalasPadam
  4. NOVEL skrg lebih klise tajuknya sebab ramai penulis muda dan di sebabkan drama banyak adaptasi dari novel nak tak nak kena go on. Apa boleh buat dah memang itu trend pembaca skerang yang lebih simple dan sweet (genre romantic comedy)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017