-->

12 Feb 2017

Wajah Baru Blog Miss BaNu Story 2017

 Wajah Baru Blog Miss BaNu Story 2017

Assalammualaikum..
Setelah sekian lama, Blog aku bertukar wajah juga akhirnya. Design dan Template gambar diatas memang dah lama aku gunakan sejak tahun 2014 hingga 11 Februari 2017. Aku tempah design diatas dari blogger Cik Rose Cute, sekarang ni nampak dia dah tak aktif berblogging dah. 

Header & Design berwarna Pink Blog Miss Banu Story 2012-2013
Design & Template Blog Miss BaNu StoRy 2012 - 2013
Manakala Design / Template kat atas ini aku gunakan pada tahun 2012 hingga tahun 2013. Paling best design ini, sebab ianya percuma sebab aku ada menang satu giveaway anjuran blogger dan hadiahnya merupakan edit blog. Jadi merasalah juga blog diedit dan jadi lawa. Malah kedua - dua header diatas ini juga adalah percuma. Blogger yang buat design ini ada buat entry tentang ini so bolehlah baca kat --> Klik SiNi.. Aku pun tak pasti sama ada aku ada download template di atas ini atau pun tidak or mungkin juga template diatas ini aku save di laptop lama. Jarang pula guna laptop lama sebab keyboard hurufnya banyak yang dah hilang angkara kucing aku yang duduk atas laptop itu lalu mencakar dan mengorek keyboard aku hehehe, nasib comel tak jadi nak marah kucing aku tu ;)
Design Baru Blog Miss Banu Story Bermula 11 Feb 2017

Bahagian Footer Bawah Sekali

Bermula 11 Feb 2017 inilah rupa baru Blog Miss BaNu Story, template / design baru blog ini direka dan dihasilkan oleh Sis Hawa. Aku merupakan customer pertama sis Hawa gitu, Kalau korang nak design yang best2 dengan harga yang berpatutan bolehlah tempah dengan Sis Hawa ni. Selain full edit blog aku juga turut menempah watermark / Logo untuk Blog Miss BaNu Story ini serta Menu Tab Khas yang di design oleh beliau juga. Kebetulan, sis hawa juga turut membuat entry tentang blog aku, jadi bolehlah korang singgah baca yer ➔ Klik SiNi.. Kat Bawah ni pula adalah watermark / logo Blog Aku yang lama hinggalah yang terbaru.
Old Watermark / Logo For My Blog
Selain gambar diatas, sepatutnya ada satu lagi watermark / logo yang berbentuk Teddy Bear, tapi entah kemana menghilang, aku cari tak jumpa - jumpa pula watermark itu. So watermark kat bawah ini adalah yang paling terbaru.
Watermark / Logo Blog Miss BaNu StoRy 2017

7 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017