-->

10 Feb 2017

Review Filem Dorm Melati

Filem Dorm Melati
Review dan Sinopsis Filem Dorm Melati

Assalammualaikum,.
Baru - Baru ini aku berkesempatan juga menonton Filem Seram yang bertajuk Dorm Melati. Filem ini baru saja ditayangkan di pawagam pada 12 Januari yang lalu. Filem ini dilakonkan oleh Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Nadia Aqilah, Sabrina Ali, Syaa Nasir, Adam Shahz, Aizat Hassan dan ramai lagi. Filem Dorm Melati ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah universiti tempatan dan diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Metrowealth. Aku suka tagline Filem ini iaitu "Jangan sampai tak terjumpa diri sendiri" unik dan misteri tagline tu. Pada pendapat aku, filem Dorm Melati ini tidak seram mana pun, sesuai untuk ditonton oleh semua orang. Tarikan utama filem ini mestilah sebab penonton nak tahu tentang kisah Melati dan kenapa dia bunuh diri dan menganggu ramai penghuni di dorm Melati itu. Ada satu babak yang buat aku terfikir, kenapa mereka tak lari atau buat sesuatu, bila tahu kawan - kawan dia dah dibunuh oleh Melati tu dan boleh pula releks2 jalan - jalan seorang diri di waktu malam tanpa ditemani rakan. Jadi memang senang - senanglah Melati tu bunuh hehe. Bila masuk tentang kisah 5 sekawan tu nampak dah makin menarik jalan ceritanya, sebab kelima - lima mereka mempunyai perangai dan personaliti yang berbeza. 
Pelakon Utama Filem Dorm Melati
Ada yang memang penakut, ada yang jenis cool dan tenang tak kurang juga ada yang terlebih berani seperti watak Adam tu. Ketika menghadapi situasi yang menakutkan, mereka berlima memang panik tapi boleh pula mereka ni semua masih ikut cakap Adam tu, patutnya biarkan Adam tu pergi cari hantu Melati tu seorang diri manakala yang lain patutnya minta pertolongan ke, tapi semua boleh ikut Adam buat kerja gila, iaitu cari Melati yang dah mati. Hantu dalam filem ni memang ada warna temanya yang tersendiri iaitu baju hitam, lipstik hitam, muka putih dan matanya yang paling scary sekali hehe. Ikutkan sebelum Melati tu jadi hantu lagi, memang dia dah suka pakai baju hitam dan make up macam tu. Jadi tak nampak perbezaannya sebelum dan selepas jadi hantu cuma mata Melati tu jerla yang macam menakutkan sikit. Aku ingatkan ada banyak konflik atau pun twist di penghujung cerita tapi biasa - biasa saja. Mereka berlima selamat dan sempat keluar dari Dorm Melati tu. Apa pun lokasi shooting filem ni memang sangat cantik, kat atas bukit gitu, penuh dengan pokok - pokok hijau. Apa pun jom layan sinopsis movie ini kat bawah ye..
Syaa Nasir dalam Dorm Melati
Sinopsis Filem Dorm Melati

Mengisahkan tentang 5 sahabat baik iaitu Adam, Zafira, Eddy, Raihana dan Carol yang baru sahaja menamatkan peperiksaan STPM mereka dan memutuskan untuk melakukan aktiviti ‘Summer Camp’. Lokasi ditetapkan oleh Adam yang sememangnya menyukai cabaran dan luar dari kebiasaan. Maka beliau memutuskan untuk memilih Dorm Melati sebagai lokasi percutian Summer Camp mereka. Lagipun, beliau ingin mengetahui misteri dan rahsia tentang wanita bernama Melati Putih yang dikaitkan dengan Dorm Melati yang digembar-gemburkan dalam internet. Ada yang mengatakan Melati mati bunuh diri selepas diperkosa, ada juga yang menyatakan beliau dibunuh. Bagaimanapun tiada sesiapa tahu ke mana Melati menghilang. Tidak lupa juga dengan peristiwa kematian misteri beberapa orang pemuda yang dikaitan dengan kes perkosaan Melati Putih. Walaupun niat beliau ditentang habis-habisan oleh 4 orang temannya, namum mereka terpaksa akur dengan keputusan Adam. Dan ketibaan mereka di sana, disambut dengan gangguan demi gangguan selepas Adam mencabar Melati untuk muncul di depannya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
P/s- Seram lagi Filem Jengka dari filem ni hehehe
my signature

7 ulasan:

  1. Hmm..baru lepas tengok trailer dia. tak tahulah nak cakap cmne. Kalau rajin nnti tengok. hehe..hantu dia tuh kalau lagi scary lagi best kot..hehe

    BalasPadam
  2. aril dh tngok dh . best gilerr filem ni .. seram jerr ..

    BalasPadam
  3. Elsa sampai ke sudah tak sempat nak tengok dekat wayang hahahaha. Tunggu raya nantilah baru keluar dekat tv kan hikhik. Tapi gaya macam best baca sinopsis and tengok trailer

    BalasPadam
  4. Saya rasa ending, diorang sesat dalam Zaman dulu Sebab bas2 lama.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017