-->

22 Feb 2017

Romantic Doctor, Teacher Kim - Korean Drama Review

Review Drama Korea Romantic Doctor Teacher Kim By Miss Banu
Review Drama Korea - Romantic Doctor Teacher Kim

Assalammualaikum..
Tibalah giliran Drama Korea yang bertajuk Romantic Doctor Teacher Kim untuk direviewkan, drama ini mula disiarkan pada 7 November 2016 dan berakhir pada 17 Januari 2017 dan mempunyai 20 episod kesemuanya serta mempunyai 1 special episode dan menjadikannya 21 episod. Drama ini dilakonkan oleh Han Suk Kyu, Yoo Yeon Seok, Seo Hyun Jin, Jin Kyung, Lim Won Hee, Choi Jin Ho, Yang Se Jong, Jang Hyuk Jin, Byeon Woo Min, Joo Hyun dan ramai lagi. Selain itu, drama ini disiarkan untuk menggantikan Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Innocent Defendant lakonan Ji Sung. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Incarnation Of Money, You're All Surrounded, Mrs Cop dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pernah menulis skrip drama - drama best seperti Hotelier, King Of Baking Kim Tak Goo, Glory Jane, Gu Family Book, What Happens To My Family dan banyak lagi. Pelakon utama Drama Romantic Doctor Teacher Kim iaitu Han Suk Kyu dan Yoo Yeon Seok sudah pernah bergandingan sekali dalam Filem The Royal Tailor. Kemudian mereka reunion pula dalam drama ini. Bagi heroin drama ini pula, yang sebelum ini sukses dengan drama Another Oh Hae Young, iaitu Seo Hyun Jin turut melakonkan watak sebagai doktor dalam drama ini.
Pelakon Utama dalam Korean Drama Romantic Doctor Teacher Kim, Han Suk Kyu, Yoo Yeon Seok, Seo Hyun Jin, Jin Kyung, Lim Won Hee, Choi Jin Ho, Yang Se Jong.
Pelakon Kim Hye Soo turut membuat kemunculan khas untuk episod 21 drama ini, dia menjadi Ex Girlfriend Master Kim yang datang mencari master Kim untuk meminta pertolongan. Kalau korang masih ingat, Kim Hye Soo ini adalah heroin untuk Drama Signal. Aku sebenarnya tidak suka dengan drama - drama yang bergenre medical ataupun perubatan, mahupun doktor. Disebabkan drama ini mendapat rating yang tinggi serta ramai yang memuji drama ini maka aku pun cuba jugalah layan drama ini. Ternyata drama ini juga seronok untuk ditonton walaupun berkisarkan tentang doktor tapi banyak pengajaran yang terselit dalam drama ini, sebab itulah drama ini ditambah satu episod lagi kerana menjadi kesukaan penonton. Last drama yang bergenrekan medical yang aku tengok adalah drama Good Doctor lakonan Joo Won itu, selepas drama itu, aku memang dah tak tengok drama - drama yang bergenrekan sebegini sampailah aku jumpa drama ini baru aku tengok semula. Selain berkisarkan tentang kisah doktor dan pesakit, drama ini turut menyelitkan scene - scene percintaan antara Doktor Kang Dong Joo yang dilakonkan oleh Yoo Yeon Seok dan Doktor Yoon Seo Jung yang dilakonkan oleh Seo Hyun Jin. Selain scene - scene serius dan suspen yang banyak berlaku dalam drama ini, scene - scene lawak pun turut ada dalam drama ini.
Yoo Yeon Seok sebagai watak Kang Dong Joo dan Seo Hyun Jin sebagai watak Yoon Seo Jung dalam Drama Korea Romantic Doctor Teacher Kim
Antaranya yang aku ingat apabila Kang Dong Joo dan Yoon Seo Jung cuba menyembunyikan percintaan mereka dari diketahui oleh doktor dan staf hospital yang lain. Satu lagi scene kelakar bila Yoon Seo Jung excited nak tahu tentang gosip cinta antara sorang lagi doktor perempuan dengan doktor Do In Bum, tapi last - last dia dapat tahu yang doktor perempuan tu sebenarnya sukakan boyfriend Yoon Seo Jung iaitu Kang Dong Joo hehe, terkejut sekejap Yoon Seo Jung tu, sebab tak menyangka yang Boyfriendnya itu ada peminat pula. Scene - scene suspen memang banyaklah dalam drama ini antaranya ketika Doktor Kang Dong Joo sedang bertugas dan dia telah suspek yang pesakitnya menghidap sejenis penyakit yang virusnya boleh merebak kepada orang lain dengan mudah. Kemudian berlakulah kekecohan dalam Hospital Doldam itu kerana sebahagian besar hospital, doktor, pesakit dan nurse terpaksa di kuarantin. Manakala doktor lain tak dapat nak membantu kerana takut dan juga tidak mempunyai pakaian khas. Seterusnya adalah ketika Master Kim dan pasukan pilihannya tengah membedah CEO Shin di hospital tersebut, pelbagai tekanan yang terpaksa dihadapi oleh Master Kim angkara Do Yoon Wan yang sentiasa mencari peluang untuk mengenakan dan memalukan Master Kim. 
Pelakon - Pelakon yang memegang watak Doktor dalam Drama Korea Romantic Doctor Teacher Kim
Dalam drama ini juga, korang akan berjumpa dengan beberapa watak yang sangat annoying contohnya seperti Doo Yoon Wan yang merupakan ayah kepada Do In Bum dan juga ayah angkat pada Yoon Seo Jung. Kiranya Doo Yoon Wan ni memang jahat orangnya, dia pernah memfitnah Master Kim sehingga Master Kim terpaksa berhenti berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital. Bila dia dapat tahu Master Kim berkhidmat di Doldam Hospital, dia letakkan spy yang terpilih untuk memantau aktiviti Master Kim dan juga kakitangan lain di hospital Doldam. Malah anaknya Do In Bum turut dijadikan spy sehingga membuatkan Do In Bum tersepit di tengah - tengah. Memang menjadilah watak Doo Yoon Wan yang dilakonkan oleh Choi Jin Ho ini sebab penonton akan rasa menyampah betul dengan wataknya itu. Kalau korang perasan Choi Jin Ho ini juga turut berlakon dalam drama Oh My Venus dan wataknya dalam drama tersebut memang baik dan kelakar. Kiranya dia ni pelakon serba bolehlah kan, sebab boleh bawa pelbagai watak. Watak annoying yang seterusnya adalah Song Hyun Chul, dia ini dikategorikan sebagai seorang doktor yang berpangkat besar yang gemar mengampu dan membodek orang atasannya seperti Doo Yoo Wan.
Best Scene In Korean Drama Romantic Doctor Teacher Kim Lakonan Han Suk Kyu, Seo Hyun Jin, Yoo Yeon Seok,
Do In Bum dan Kang Dong Joo juga sangat annoying pada awalnya, malah mereka berdua juga turut membenci antara satu sama lain dan pernah bergaduh serta bertumbuk akibat tidak puas hati antara satu sama lain. Do In Bum juga menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran,  doktor dan staf lain di hospital Doldam itu. Manakala Kang Dong Joo pula tidak suka untuk berkhidmat di hospital itu kerana hospital itu kecil dan terpencil, malah dirinya juga tak sabar - sabar untuk keluar dari hospital tersebut sehinggalah dia mengetahui perkara sebenar tentang Master Kim yang menjadi penyebab dirinya menjadi seorang doktor. Apabila dia mula mengenali dan menyaksikan kehebatan Master Kim ketika melakukan pembedahan, dirinya mula kagum dan berazam untuk menjadi seperti Master Kim. Walaubagaimanapun Doktor Do In Bum dan Kang Dong Joo akan berubah sikap dan menjadi doktor yang terbaik di hospital tersebut. Malah hubungan persahabatan diorang juga makin baik dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. Ending drama ini mestilah happy ending dan tak sangka juga di episod 21 pun masih ada konflik yang berlaku dalam drama ini antara adalah ketika beberapa doktor rasa cuak dan takut untuk membuat pembedahan ke atas pesakit yang menghidap AIDS. 

Ketika penggambaran di hospital, pelakon Yoo Yeon Seok (Kang Dong Joo) terserempak dengan pelakon Lee Dong Wook dan beberapa pelakon lain dan krew untuk drama Goblin yang juga turut membuat pengambaran di hospital yang sama hehe. Lagu tema / OST drama ini biasa - biasa saja dan secara keseluruhannya Drama Romantic Doctor Teacher Kim memang best untuk ditonton dan aku bagi 7.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. 

6 ulasan:

  1. Drama ni kak Ana suka. Kak ana bg 9 bintang. Tapi tak leh lawan drama Doctors lakonan park shin hye tu. Tu kak ana bg 10 bintang terus. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ye ke, saya tak tengok pula drama doctors yg park shin hye berlakon, sbb ingatkan tak best.

      Padam
  2. Belum tengok lagi. Banyak yang recommend tapi saya tak jumpa web untuk tonton online drama ni. Minggu ni saya layan healer. Hahah. Ketinggalan kereta api saya.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak je laman web yg siarkan drama ini secara online contohnya seperti goodrama.com, dramabay, dramafire, dramacool, dramanice dan banyak lagi.

      Padam
  3. tengok iklan jer...
    cerita x pnah tengok lagi..
    mood bnyak nk tengok Running Man jer.

    BalasPadam
  4. Try tengok medical top team,brain,the third hospital, blood, kill me heal me, d'day,dr jin, dr john... Mcm mcm lagi cerita korea. Nie semua tema kedoktoran tapi best.. Rugi tak tgk. Byk lagi sebenar nya...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017