-->

13 Feb 2017

Maharaja Lawak Mega 2017 Bertemakan Empayar Lawak

Poster MLM2017
Maharaja Lawak Mega 2017 Kini Kembali Dengan Bertemakan Empayar Lawak

Assalammualaikum..
Bermula 17 Februari ini, Maharaja Lawak Mega 2017 / MLM2017 akan kembali bersiaran setiap jumaat dengan menampilkan barisan peserta yang mantap dari tiga negara. Bekas Juara MLM 2014 & MLM 2016 iaitu Zero dan Bocey turut bertanding untuk edisi kali ini. Manakala Tema untuk MLM kali ini adalah Lanun / Empayar Lawak. Kalau pelawak - pelawak hebat seperti Sepahtu, Jozan, Nabil turut bertanding mesti lagi gempak kan, tapi nampaknya mereka seperti tidak berminat untuk bertanding lagi, sebaliknya memberikan ruang dan peluang untuk pelawak - pelawak baru menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega ini. Tapi itulah, ramai peminat yang merindui mereka semua kan, terutamanya Jozan. Sepahtu ada program sendiri di TV seperti Sepahtu Reunion Live yang baru saja tamat dan juga program baru iaitu Meja Bulat Sepahtu. Manakala Nabil pula akan kelihatan di rancangan MeleTOP jadi tiap - tiap minggu diorang akan muncul di TV berbanding Jozan betul tak?. Apapun berbalik pada MLM 2017 ini, pasti semua tertanya - tanya siapakah barisan juri untuk MLM kali ini?. jadi apa - apa pun jom kita lihat Senarai Peserta MLM 2017 kat bawah ni ye.
Senarai Peserta MLM2017
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

1) Bocey - (Achey, Fad dan Abam)
2) Zero - (Syaiful, Syariff dan Atu)
3) Shiro - (Ajak dan Shahrol)
4) XOXO - (Chot, One dan Wan Gegau)
5) Nice - (Tauke, Ropie dan Achong)
6) Pistol - (AG Hafiz dan Raja Azri)
7) Puteh - (Mamak dan Ali)
8) Mad (Naib Juara Lawak Solo) - Peserta Solo MLM2017
9) Mamu - (Abu dan Ajo)
10) Masin - (Vicha Saywho, Mamat Bora dan Jiggy)
11) Dzawin - (Indonesia) - Peserta Solo MLM2017
12) Hobit - (Amir, Bocil Saywho dan Dinn Lawak Solo)
13) Joras - (Rahim, Shuk dan Joey)
14) Danial (Juara Lawak Solo) - Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017
15) Abioso (Indonesia) - Amin, Sarip dan Mamad

Jom kita imbas kembali Senarai Juara dan Naib Juara MLM Ini

Juara - Juara Maharaja Lawak Mega

1) OSBON (2011)
2) JOZAN (2012)
3) SEPAHTU (2013)
4) ZERO (2014)
5) BOCEY (2016)

Naib Juara Maharaja Lawak Mega

1) BOBOI (2011)
2) JAMBU (2012)
3) SHIRO (2013)
4) SEPAHTU (2014)
5) JORAS (2016)

1 ulasan:

  1. Singgah sini dan selamat berhujung minggu. tak pernah layan maharaja lawak mega ni huhuhu.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017