-->

16 Mac 2017

Sinopsis Filem Soulmate Hingga Jannah

Sinopsis Filem Soulmate Hingga Jannah Lakonan Taufik Batisah, Raja Ilya, Erra Fazira, Reen Rahim, Douglas Lim dan ramai lagi
Sinopsis Filem Soulmate Hingga Jannah

Assalammualaikum..
Filem Soulmate Hingga Jannah ini sudah pun ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2017 yang lalu. Filem ini dibarisi pelakon - pelakon hebat seperti Taufik Batisah, Raja Ilya, Erra Fazira, Reen Rahim Douglas Lim dan ramai lagi. Filem Soulmate Hingga Jannah ini bergenre Romantik Komedi dan diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen dan filem ini berdurasi 1 Jam 54 minit. Nampak macam menarik kan filem ini, ada sesiapa yang dah tengok filem Soulmate Hingga Jannah ini? Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..
Hero dan Heroin Filem Soulmate Hingga Jannah iaitu Raja Ilya dan Taufik Batisah, Pelakon Utama Filem Soulmate Hingga Jannah, Raja Ilya melakonkan watak Rokiah manakala Taufik Batisah melakonkan watak Azmeer.
Sinopsis Filem Soulmate Hingga Jannah

Soulmate Hingga Jannah memaparkan Rokiah, gadis kampung yang ‘comot’, selamba dan penuh semangat mendapat tawaran bekerja di syarikat korporat di Kuala Lumpur. Rokiah juga tidak menyangka dia terpaksa berdepan dengan kerenah majikannya, Azmeer yang sombong dan berkarakter baran, ‘terlalu jujur’ dan menggelar dirinya sendiri ‘Mr. Perfect’. Namun, di sebalik kebengisan Azmeer, tersimpan satu rahsia, iaitu janji Azmeer kepada arwah isterinya, Khalisa agar tidak berkahwin lagi atau mendekati mana-mana wanita yang dapat menggantikannya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Dapatkah Rokiah dan Azmeer bersama selamanya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017