-->

22 Mac 2017

Sinopsis Filem Pak Pong

Sinopsis Filem Pak Pong, Review Filem Pak Pong, Pak Pong Review, Pelakon Utama Pak Pong Terdiri Daripada Hairul Azreen, Siti Saleha, Eizlan Yusof, Badrol, Fauzi Nawawi,
Sinopsis Filem Pak Pong Lakonan Hairul Azreen & Siti Saleha.

Filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi ini sudah ditayangkan di pawagam pada 23 Februari 2017 yang lalu. Filem Pak Pong ini dilakonkan oleh Hairul Azreen, Badrolshah, Siti Saleha, Fauzi Nawawi, Marsha, Izreen Azminda, Dato' Eizlan Yusof, Kaza, Rahim Sepahtu, Syawal, Joey Daud, Saiful Apek, Amber Chia, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Filem Pak Pong ini bergenre Fantasi / Drama serta diterbitkan oleh 9 Country Creativity Sdn Bhd dan berdurasi selama 110 minit. Dari review - review yang aku baca pasal filem ini, ramai yang memuji yang jalan ceritanya unik dan lain dari yang lain, walaubagaimanapun ramai yang keliru dengan jalan ceritanya yang tergantung dan mencetuskan pelbagai persoalan di minda penonton. Walaubagaimanapun ramai pelakon best yang berlakon dalam filem ini. Selain itu filem Pak Pong ini juga dah shooting sekitar tahun 2011 tapi baru sekarang ditayangkan di pawagam. Mesti korang tertanya - tanya apa maksud Pak Pong tu? Pak Pong bermaksud Ilmu Pengasih kalau aku tak silaplah hehehe. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye..

Sinopsis Filem Pak Pong
Kisahnya bermula bila si Muda cuba untuk memenuhi kehendak isterinya yang tengah sarat mengandung dan mengidam untuk makan ayam hutan . Usaha usaha nak tangkap ayam hutan ni bukannya senang, dan membuatkan si Muda ni confuse dan buntu memikirkan acaner nak tangkap ayam hutan ni demi nak memuaskan hati isteri dia yang tercinta tu . Lalu Muda pun menceritakan masalah dia kepada abang nya , Kadek . Kadek tu pulak boleh pulak pergi suggest kan kepada Muda supaya pergi berjumpa dengan Tok Bintara untuk mendapatkan ilmu pengasih . Baru lah senang nak tangkap ayam hutan tuu . Pun begitu, masa dah berjumpa dengan tok tu, Kadek mengambil kesempatan untuk belajar raja segala ilmu pengasih iaitu Pak Pong. Ha, yang Muda belajar tadi tu level amatur jee. Yang Kadek belajar ni baru betul level dewa dewa. Maka kemudiannya, bermulalah konflik antara Muda dan Kadek ni . Dan kemudiannya ada terselit pulak cerita pasal Muda ni tak semena mena termasuk dalam dunia bunian, dan tak semena mena juga terpaksa bertempur dengan Gragos , yang asyik duk kacau ketenteraman penduduk kampung bunian tu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Sinopsis diatas ini credit to Blog Farah Dafri.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017