9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta
Assalammualaikum..
Hari ini nak kongsi tentang 9 Tips untuk "Move On" setelah putus cinta, aku bukannya pakar sebab tips - tips ini semua aku ambil dan aku olah sikit - sikit dari satu website ni, credit to https://siraplimau.com manakala untuk gambar - gambar dalam entry ini aku search googlelah dan aku gunakan gambar - gambar Shin Min Ah yang comel tu hehe. Siapa yang pernah putus cinta kat sini? apa yang korang buat untuk move on dan teruskan hidup korang serta melupakan bekas kekasih korang tu? Bagi sesiapa yang putus cinta tu, bolehlah mencuba dan guna 9 tips untuk move on setelah putus cinta di bawah ini ye..
9 Tips Untuk Move On Setelah Putus Cinta
1 ➤ Beri Masa Pada Diri
- Lelaki atau perempuan sama - sama akan terkesan dengan perpisahan dan cinta yang tak kesampaian. Jadi harus beri masa pada diri untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
2 ➤ Sibukkan Diri
- Padatkan jadual dan sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti supaya anda kurang mengingati kenangan dan memori lama bersama dengan bekas kekasih. Kalau asyik termenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sukar untuk move on, jadi sibukkan diri.
3 ➤ Simpan atau Buang Barang Kenangan Jauh - Jauh
- Hal ini kerana untuk mengelakkan korang dari terus mengingati bekas kekasih selepas melihat barangan atau hadiah yang korang dapat dari si dia masa bercinta dulu. Masukkan semua barang barang tersebut dalam satu kotak dan letakkan jauh dari pandangan, atau pun buang saja supaya korang tidak lagi melihat barangan tersebut dan terkenangkan kisah lalu.
4 ➤ Luaskan Kenalan Baru
- Cuba untuk mencari kawan - kawan baru dan meluangkan masa bersama mereka. Berkawan biar beribu gitu hehehe.
5 ➤ Dekatkan Hubungan Dengan Orang Sekeliling
- Ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan - kawan lama atau saudara - mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
6 ➤ Asah Bakat Atau Hobi Anda
- Cuba cari Hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan kerana sibuk bercinta. Travel, melukis, membaca buku, menyanyi atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi untuk diri sendiri.
7 ➤ Minta Bantuan atau Sokongan
- Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa, kawan - kawan baik boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih sekaligus merawat luka dihati. Kadang - kadang bila meluahkan apa yang dirasa boleh menenangkan hati dan minda.
8 ➤ Elak Simpan Marah Atau Dendam
- Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia. Sesungguhnya perancangan Tuhan lebih itu lebih hebat dari perancangan kita.
9 ➤ Jangan Hubungi Bekas Kekasih
- Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya. Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan apa cara jua pun
Nice sharing ^^
BalasPadamPoint no 8 tu payah sikit kan. Walaupun kita dah maafkan. Tapi akan ttp smpan dendam.
BalasPadamTak fokus nak baca, omeyyyyyy sangatttt Shin Min Ah tuuu..hahaha.
BalasPadamTapi setuju dengan point banu :D
Great tips, cuba amalkan 2 hingga 5..
BalasPadamMasa ni jangan biarkan duduk seorang diri nanti teringat kenangan silam.. - ops sis belajar dari pengalaman, hehehe
Terima kasih admin share tips move on ini. hehehe :D
BalasPadamflavour tempatan di Suci Harum.