-->

18 Jun 2019

Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku

Bukan Cinta Aku, Drama Bukan Cinta Aku, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Melayu TV3, Kisah Kahwin Paksa, Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku, OST Bukan Cinta Aku, Cast, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir, Poster Drama Bukan Cinta Aku,
Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku Slot Akasia TV3

Drama Bukan Cinta Aku Lakonan Janna Nick, Syafiq Kyle dan Baim Wong sudah mula disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 5 Jun 2019, bagi menggantikan drama 30 Pesanan Suara yang telah tamat episodnya. Drama Bukan Cinta Aku ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd. Antara pelakon drama Bukan Cinta Aku ini adalah Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir dan ramai lagi. Ada ramai pelakon popular yang berlakon dalam drama ni, siap ada pelakon Indonesia Baim Wong gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..


Mengisahkan Riana (Janna Nick), baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna (Baim Wong), pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna. Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania. Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma (Syafiq Kyle), anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.
Bukan Cinta Aku, Drama Bukan Cinta Aku, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Melayu TV3, Kisah Kahwin Paksa, Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku, OST Bukan Cinta Aku, Cast, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Mimi Lana, Drama Malaysia Pertama Lakonan Baim Wong,
Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju. Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania. Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya. Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?

Lagu Tema / OST Bukan Cinta Aku
⏩ Bukan Cinta Aku nyanyian Khai dan Dinie

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

~ Blog Miss Banu Story ~
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

19 ulasan:

  1. rindu nak tengok baim wong berlakon... maintain comel

    BalasPadam
  2. Nak thu cinta riana yang terakhir untuk tengku isma atau arjuna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau isma yg dpt xadil..arjuna kecewa..riana kecewa..pacarnya isma juga kecewa..ptut pun arjuna yg dpt

      Padam
  3. Lebih suka riana dgn arjuna..tapi darjat memisahkan..😂😂😂

    BalasPadam
  4. Bagi sy cerita ni agak jahat sikit..even kalu pun isma byk pengorbanan pun dgn riana selepas kawen sy rasa in a real life isma is selfish guy..sanggup tinggalkn gf,pastu why tiba2 dia ble pegang pistol n tembak arjuna? Perlu ke? Then kawen paksa..darjat pun jadi tema ceta ni..

    BalasPadam
  5. best citer nie :).. setelah lama tak terjebak dengan drama melayu

    BalasPadam
  6. Last2 siapa riana pilih..hrp2 isma hahha

    BalasPadam
  7. Aku rase.. arjuna akan kembali semula ngan x-gf dia dulu, mgkin berita dia mengalami kecederaan membuatkan xgf dia tu balik n jage dia.. n for the seek of riana n keikhlasan x gf dia ni.. membuatkan dia trpaksa memilih utk melupakan hubungan dulu dgn membina hubungan lain.. riana.. bila dapat tahu apa yg brlaku kt arjuna n how arjuna can move on.. pon trpaksa menerima suaminya sendiri yg tlah byk brsusah payah.. dgn bermula sbg kawan.. mungkin akan jatuh cinta n seterusnya.. walaupun ending tak best.. tipikal malay story.. what else

    BalasPadam
  8. Kalau arjuna x ade certa ni x best

    BalasPadam
  9. Ni lebih kurang mcam cite industan..yg belakon shalman khan aisywararay n ajaydevgan....lebih kurang jlan cite ni.last2 skali istri blik k suami dia..hahHhahahhahahha

    BalasPadam
  10. suka lagi riana ngn isma

    BalasPadam
  11. sapa dah baca novel dia.... last skali sapa dengan sapa

    BalasPadam
  12. Saya tak nampak d mana baik nya tg isma.selain pentingkn diri, mak dia nk dia kawin dgn riana pn sbb harta.so sejahat arjuna yg tk mengenang budi atleast dia msh mpunyai rasa mengenang budi & ikhlas menyayangi riana & fmly dia..tk sbr nk tggu last episode.. Lama tk tgk drama tv3 ni.tp oleh krn janna nick & baim wong yg blakon..i followww..huhu

    BalasPadam
  13. riana dan arjuna patut bersama at the end..sebab riana uda jaga kesetiaannya kepada arjuna.. tak best klu takde arjuna dlm beberapa episod ni..dia lakon cute dan baik orgnya.. baru skrng minat tengok drama melayu bila nmpk gandingan mantap janna nick & baim..love you janna & baim

    BalasPadam
  14. Hrp2 isma dpt Cinta Riana,,hahaahah

    BalasPadam
  15. Harap2 riana balik.. Ngan suami die

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017