-->
Memaparkan catatan dengan label Syafiq Kyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syafiq Kyle. Papar semua catatan

18 Jun 2019

Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku

Bukan Cinta Aku, Drama Bukan Cinta Aku, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Melayu TV3, Kisah Kahwin Paksa, Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku, OST Bukan Cinta Aku, Cast, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir, Poster Drama Bukan Cinta Aku,
Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku Slot Akasia TV3

Drama Bukan Cinta Aku Lakonan Janna Nick, Syafiq Kyle dan Baim Wong sudah mula disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 5 Jun 2019, bagi menggantikan drama 30 Pesanan Suara yang telah tamat episodnya. Drama Bukan Cinta Aku ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd. Antara pelakon drama Bukan Cinta Aku ini adalah Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir dan ramai lagi. Ada ramai pelakon popular yang berlakon dalam drama ni, siap ada pelakon Indonesia Baim Wong gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..


Mengisahkan Riana (Janna Nick), baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna (Baim Wong), pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna. Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania. Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma (Syafiq Kyle), anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.
Bukan Cinta Aku, Drama Bukan Cinta Aku, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Melayu TV3, Kisah Kahwin Paksa, Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku, OST Bukan Cinta Aku, Cast, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Mimi Lana, Drama Malaysia Pertama Lakonan Baim Wong,
Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju. Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania. Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya. Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?

Lagu Tema / OST Bukan Cinta Aku
⏩ Bukan Cinta Aku nyanyian Khai dan Dinie

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

~ Blog Miss Banu Story ~
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

12 Apr 2019

Sinopsis Drama Nur 2 (TV3)

Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,
Sinopsis Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3

Drama Nur 2 sudah pun bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 2 April 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur 2 masih mengekalkan pelakon asal drama ini seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan. Drama Nur 2 ini turut diserikan dengan watak - watak baru yang dilakonkan oleh Azar Azmi, Eyra Hazali, Noryati Taib dan ramai lagi. Selain itu drama Nur 2 ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Baru nak masuk episod pertama, drama ini telah pun trending di Twitter, memang popular habis drama ni. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon drama Nur 2 di bawah ini ye.
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam

Azar Azmi sebagai Juita

Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin

Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah

Azhan Rani sebagai Syed Hamadi

Noorkhiriah sebagai Aishah

Atiq Azman sebagai Amirul

Eyra Hazali sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Nekma
Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin
Uchee Fukada sebagai Uchee
Munaa Bella sebagai Ustazah Nurul
Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana. Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.
Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. 
Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,
Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.
Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.
Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu. Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Lagu Tema / OST Nur 2
➤ Tetap Kamu nyanyian Amylea & Megat
➤ Bimbang nyanyian Marsha
➤ Pudar nyanyian Indah Ruhaila
➤ Dua nyanyian Roman
➤ Cintaku nyanyian Megat
➤ Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea & Kaer Azami

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi

~ Blog Miss Banu Story ~ 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

9 Feb 2019

Drama Senafas Rindu Lakonan Syafiq Kyle & Elizabeth Tan

Senafas Rindu, Drama Adaptasi Novel Senafas Rindu, Drama Senafas Rindu, Drama Melayu 2019, Drama Melayu Astro 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novel Senafas Rindu, Karya Damya Hanna, Novelis Damya Hanna, Sinopsis Drama Senafas Rindu, OST Senafas Rindu, Lagu Bahagia Nyanyian Eza Edmond, Cast, Pelakon Drama Senafas Rindu, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida,
Drama Senafas Rindu Lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan

Drama Senafas Rindu adalah drama terbaru di slot Mega Drama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Kan Kukejar Cinta Kamu yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Senafas Rindu ini adalah Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida dan ramai lagi. Drama Senafas Rindu ini juga adalah adaptasi daripada Novel Senafas Rindu karya novelis Damya Hanna. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd serta sudah bersiaran di Astro Ria sejak 4 Februari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Nampak menarik juga drama ini kan, jom tengok sinopsisnya di bawah ini okey.
Senafas Rindu, Drama Adaptasi Novel Senafas Rindu, Drama Senafas Rindu, Drama Melayu 2019, Drama Melayu Astro 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novel Senafas Rindu, Karya Damya Hanna, Novelis Damya Hanna, Sinopsis Drama Senafas Rindu, OST Senafas Rindu, Lagu Bahagia Nyanyian Eza Edmond, Cast, Pelakon Drama Senafas Rindu, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida,

Kisah Fariz Ashman (Syafiq Kyle) dan Vivianna (Elizabeth Tan) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika (Alya Iman) di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin (Kahoe Hon) dan ditingalkan tanpa sebab. Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz. Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah (Liza Abdullah) dan kakaknya, Marina (Zarina Zainoordin) enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah (Azizah Mahzan) banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

Lagu Tema / OST Drama Senafas Rindu
➔ Bahagia nyanyian Eza Edmond

Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Senafas Rindu..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

15 Jun 2018

Sinopsis Telefilem Taubatku (Cerekarama TV3)

Taubatku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Taubatku, Telemovie Raya, TV3, Kisah Sedih, Telemovie Malam Raya, 2018, Pelakon Telemovie Taubatku, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Sinopsis Telemovie Taubatku,
Sinopsis Telefilem Taubatku Lakonan Syafiq Kyle & Azar Azmi (Cerekarama TV3)

Telemovie Taubatku telah pun disiarkan pada malam raya yang lalu iaitu 14 Jun 2018 di TV3. Antara Pelakon Telemovie Taubatku ini adalah Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Telefilem Taubatku ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Telefilem Taubatku ini akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 28 Disember 2019 ini, jam 9 malam. Sedih juga jalan cerita telemovie taubatku ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Taubatku

Mengisahkan Maisarah (lakonan Azar Azmi) yang putus tunang dan kemudian dia terpaksa menerima lamaran Ismail (Syafiq Kyle) kerana di desak oleh ayahnya. Selepas berkahwin dengan Ismail, Maisarah terpaksa hidup susah, kerana Ismail hanya seorang peniaga Sate saja, namun Ismail seorang suami yang penyabar dan perkahwinan mereka terus bertahan walaupun tidak dikurniakan anak. Ismail mencadangkan supaya mereka mengambil anak angkat saja, namun Maisarah tidak bersetuju. Tak lama kemudian mereka terjumpa bayi yang dibuang dekat satu tempat dan akhirnya mereka berdua mengambil bayi itu menjadi anak angkat mereka yang dinamakan Iskandar. Ismail mendidik Iskandar dengan ilmu agama yang cukup sejak kecil, walaubagaimanapun tak lama kemudian, Iskandar telah mengalami kemalangan lalu lumpuh. Ismail juga tidak mengizinkan Maisarah untuk pergi bekerja supaya Maisarah boleh menjaga Iskandar. 

Walaubagaimanapun Maisarah makin tidak tahan dengan hidupnya yang susah dan terpaksa pula menjaga anak yang lumpuh pula. Keadaan makin rumit apabila bekas tunang Maisarah iaitu Safuan (Idris Khan) kembali menagih cinta Maisarah. Maisarah akhirnya meninggalkan suaminya dan juga anaknya itu dan mengikut Safuan. Sejak ditinggalkan isteri, Ismail perlu melakukan semua kerja seorang diri termasuk menguruskan anaknya yang lumpuh. Sikap Ismail juga semakin berubah dari seorang penyabar menjadi panas baran dan sering memarahi anaknya Iskandar dengan teruk. Perniagaan sate Ismail semakin laris dan menyebabkan Ismail menjadi sibuk dan menyebabkan anaknya terabai. Keadaan mula okey bila Ismail meminta bantuan jirannya untuk menjaga anaknya buat seketika namun keadaan mula menjadi teruk kembali apabila jirannya perlu pergi ke tempat lain. Manakala Maisarah pula telah ditipu oleh Safuan dan akhirnya melarikan diri dari Safuan dan pulang ke rumah Ismail. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi
 ➔ Telefilem Kisah Seram Hostel Lakonan Janna Nick dan Yuna Rahim
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Mei 2018

Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Nur, Islamik, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama Nur, 2018, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Poster,
Sinopsis Drama Nur Slot Samarinda TV3 Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli

Drama Nur adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula disiarkan sejak 14 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur ini akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini dan mempunyai 19 episod. Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Jalan cerita drama Nur ini menarik juga, islamik gitu dan ada pengajaran, memang sesuai sangat disiarkan dalam bulan Ramadan ini, plus para pelakonnya juga best. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Nur, Islamik, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama Nur, 2018, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak,
Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunang dengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan dan menghampakan keluarganya itu. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

Lagu Tema / OST Drama Nur
➔ Tak Pernah Hilang Nyanyian Amylea dan Kaer
➔ Gantikan Diriku - Idayu

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

16 Mac 2018

Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu (Astro)

Drama Adaptasi Novel, Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Sinopsis, Drama Melayu, Poster Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Astro Ria, Cinta, Tak Ada Cinta Sepertimu Cast, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Ardell Aryana, Nazeera Sardi, Hazman Al - Idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Novelis Anna Milia,
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria, bagi menggantikan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini adalah Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Ardell Aryana, Nazeera Sardi, Hazman Al - Idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson dan ramai lagi. Drama 16 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya novelis Anna Milia dan sudah mula disiarkan sejak 12 Mac yang lalu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Ini kali pertama aku melihat gandingan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson, kelihatan gandingan diorang berdua ini serasi malah jalan cerita drama ini juga menarik. Apa pun jom tengok sinopsis drama Tak Ada Cinta Sepertimu di bawah ini ye. Selamat membaca okey.
Drama Adaptasi Novel, Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Sinopsis, Drama Melayu, Poster Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Astro Ria, Cinta, Tak Ada Cinta Sepertimu Cast, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Ardell Aryana, Nazeera Sardi, Hazman Al - Idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Novelis Anna Milia,
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Permulaan hubungan Athea (lakonan Zahirah Macwilson) dan Hazran (lakonan Syafiq Kyle) tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qaleef. Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul (lakonan Hazman Al - Idrus) untuk memfitnah mereka demi merebut Bella (lakonan Ruhainies), tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. 
Drama Adaptasi Novel, Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Sinopsis, Drama Melayu, Poster Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Astro Ria, Cinta, Tak Ada Cinta Sepertimu Cast, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Ardell Aryana, Nazeera Sardi, Hazman Al - Idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Novelis Anna Milia,
Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea. Kemunculan Azam (Fadlan Hazim) semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Tak Ada Cinta Sepertimu

⏩ Hilang nyanyian Marsha
⏩ Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi
⏩ Demi Kita nyanyian Ismail Izzani
⏩ Jangan nyanyian Aziz Harun
⏩ Mimpi Indah nyanyian Amira Othman

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017