-->

26 Sep 2016

AF2016 - Ikram & Asha Tersingkir

AF2016 - Ikram & Asha Tersingkir

Assalammualaikum..
Baru kali ni ada kesempatan untuk bercerita pasal Akademi Fantasia 2016 ini, dah masuk minggu suku akhir dah pun, minggu depan dah separuh akhir n pastu Final. Di minggu suku akhir ini semua peserta akan menyanyikan 2 lagu secara Medley dan akhirnya menyaksikan Ikram dan Asha tersingkir. Ikram menyanyikan lagu Ratnaku dan Joget Inang Bujang Dan Dara manakala Asha pula menyanyikan lagu Elegi Sepi yang muziknya diberi nafas baru menjadi sedikit rancak serta lagu Keabadian Cinta. Ogy Ahmad Daud menjadi pengkritik jemputan dan banyak kritikan pedas dan panas yang diberikannya pada peserta AF2016. Rasanya yang menyerlah di AF2016 ni terdiri daripada Reshma, Amal dan Amir. Rahila pun okey gak. Antara persembahan yang paling aku ingat masa Reshma menyanyi lagu Jamal Abdillah tu yang bertajuk Aku Penghiburmu minggu ketujuh kot, best betul. Agak2 sape yang akan ke final nanti ek??..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017