-->

6 Sep 2016

Sinopsis Drama Lara Aishah (Astro)

Sinopsis Drama Lara Aishah Lakonan Fasha Sandha & Nazim Othman

Assalammualaikum..
Selepas Drama Rumi & Jawi tu, memang takde drama baru yang disiarkan di Astro Prima / Maya HD. Walaubagaimanapun, bermula 29 Ogos yang lalu Drama Lara Aishah mula disiarkan. Drama 100 episod ini dilakonkan oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Sasqia Dahuri, Dayana Roza, Shah Jaszle, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff, Maria Farida, Dian P. Ramlee, Afzan, Ainul Aishah, Adam Lee, Liza Abdullah, Watie Sadali dan ramai lagi. Drama Lara Aishah ni diadaptasikan daripada Siri Telenovela Popular Mexico La Loba, kiranya ni drama kedua yang diadaptasikan dari Drama popular Mexico selepas drama Memori Cinta Suraya tu. Diarahkan oleh Muhammad Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Aku dah tengok beberapa episod drama ni, boleh tahan gak laa tambah2 ada Fasha Sandha gitu. Apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lara Aishah

Mengisahkan seorang gadis bernama Aishah yang dibesarkan oleh bapa angkatnya dan hidup dalam kesusahan. Aishah adalah seorang wanita yang cantik dan bijak, berjaya menawan hati Iskandar, seorang anak hartawan yang telah berikrar untuk tidak jatuh cinta lagi. Ibu kandungnya, Zurin yang meringkuk di penjara selama 27 tahun di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya kini mencari semula anaknya itu dan mahu membalas dendam terhadap mereka yang menyebabkannya meringkuk ke dalam penjara. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Lagu Tema / OST Lara Aishah
--> Dirgahayu Nyanyian Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017