-->

23 Sep 2016

Lets Fight Ghost - Korean Drama Review

Review Drama Korea Let's Fight Ghost / Bring It On Ghost

Assalammualaikum..
Ada lebih kurang 4 atau 5 Drama Korea yang dah habis aku tonton tapi masih tak buat review lagi hehehe. So hari ni aku nak buat review tentang drama Korea yang bertajuk Lets Fight Ghost / Bring It On Ghost. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di Korea bermula 11 Julai hingga 30 Ogos 2016 yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah seperti Taecyeon (2 PM), Kim So Hyun, Kwon Yool, Kim Song Ho, Kang Ki Young, David Lee, Baek Seo E dan ramai lagi. Drama Lets Fight Ghost ni disiarkan menggantikan drama Another Miss Oh yang telah tamat episodnya dan setelah itu, ianya akan digantikan dengan drama Drinking Solo. Ada ramai special guest / cameo dalam drama ni, ada yang melakonkan watak hantu dan sebagainya, antaranya adalah Seo Hyun Jin dan Yoo Doo Jin. Mereka berdua jadi cameo dalam drama ni dan mereka berdua jugalah adalah hero dan heroin drama Let's Eat 2 yang pernah disiarkan di TVN sebelum ini. Memang dah jadi trend channel TvN ni, yang mana diorang akan jemput hero dan heroin drama2 yang terdahulu untuk jadi guest/ cameo dalam drama terbaru channel mereka. Tambahan lagi Seo Hyun Jin juga adalah heroin drama Another Miss Oh yang disiarkan sebelum drama Lets Fight Ghost ni.
Berbalik pada drama ini ianya mengisahkan tentang Park Bong Pal yang mempunyai kebolehan untuk melihat Roh / Hantu disamping boleh berlawan dan menghapuskan hantu berkenaan. Mempunyai masa silam yang tragis membuatkan Park Bong Pal gemar hidup bersendirian dan sekali sekala dirinya dilawati oleh Monk Myung Cheul (sami) yang rapat dengan dirinya dan mengetahui seluruh kisah hidupnya. Walaubagaimanapun hidupnya mula berubah dengan kehadiran hantu wanita yang cantik bernama Kim Hyun Ji yang gemar mengekorinya ke mana saja. Park Bong Bal menjadi rapat dengan hantu Kim Hyun Ji dan kelebihan Park Bong Pal yang boleh menghapuskan hantu diketahui oleh 2 pelajar senior di Universiti yang sama dengan Park Bong Pal iaitu Chun Sang dan In Rang dan mereka memujuk Park Bong Pal untuk menyertai Kelab mereka, sekaligus bekerjasama dalam menyelesaikan kes2 misteri dan hantu. Aku rasa semua pelakon drama ni memberikan lakonan yang terbaik, aku suka watak Kim Hyun Ji yang jadi hantu tu, walaupun jadi hantu tetap qiut. Ingatkan die dah mati pastu jadi hantu rupanya tak, sebab Hyun Ji sebenarnya masih hidup cuma die koma selama 5 tahun. Bila Hyun Ji dah sedar dari koma die terus lupa semua ingatannya ketika dirinya menjadi hantu. Kwon Yool pula melakonkan watak jahat sebagai Prof Joo Hye Sung yang dirinya dirasuki roh jahat. Mukanya memang nampak baik dan innocent gitu tapi berkesan juga lakonan die jadi jahat.
Selain itu aku suka tengok scene2 lawak yang ada In Rang ngan Chun Sang tu, bila ada scene diorang jer mesti akan ada juga sound effect yang comel2 hahaha. Seronok gak tengok diorang bekerjasama dengan P. Bong Pal dan Eun Ji dalam menyelesaikan kes2 hantu ni semua. Dah la Chun Sang dan In Rang ni jenis penakut tapi buat2 berani, asal nampak hantu jer terus menjerit bagai nak gila hahaha. Nama kelab diorang juga lawak, boleh plak letak nama makanan sebagai nama kelab yang menjalankan kerja2 menghalau hantu ni. OST drama ni biase2 jer, xde yang menarik perhatian aku pun. Di penghujung setiap episod akan ada sedikit sedutan untuk episod yang akan datang tapi yang lawaknya di penghujung episod 15 dah ditunjukkan spoiler untuk episod 16 dan endingnyer. So memang dah tahu jalan ceritanyer tanpa perlu tengok episod akhir hahaha. Endingnyer memang happy endinglah kan, cuma ada beberapa persoalan yang tak terjawab misalnya adakah Hyun Ji dan ingat semula semua memorinyer ketika die jadi hantu tu sebab die akhirnya akan join Park Bong Pal, Chun Sang dan In Rang untuk jadi satu team dalam meneyelesaikan kes2 hantu ni. Kat situ agak musykil jugaklah hehehe. Di episod 15 dan di awal episod 16 ada tunjuk diorang lawan watak jahat tu, kiranya Hyun Ji, Bong Pal dan Monk Myung Cheul melawan roh jahat yang ada diri dalam Joo Hye Sung.
Ingatkan bila roh jahat dah keluar dari badan Joo Hye Sung tu, akan buat die mati tapi nasiblah tak, n then bila die disoal siasat oleh polis, die terus mengaku semua kesalahan. Banyak orang dah mati disebabkan perbuatan roh jahat tu. Secara keseluruhannya drama ni boleh tahan jugalah, kalau boring2 nak layan tu kira okeylaa kan. Walaubagaimanapun drama Lets Fight Ghost ni bukanlah drama favourite aku n drama ni tak berjaya buat aku tertunggu-tunggu episod seterusnya, maknanya bagi aku drama ni biase-biase jer, xdelaa best giler pun, setakat boleh tonton jerlaa n aku tak rasa perasaan excited nak tengok drama ni berbanding drama2 lain. Cuma aku teruskan menonton drama ni sampai ke akhirnya sebab dah tengok dari awal kan. Apapun aku bagi 6.8 bintang untuk drama ni dari 10 Bintang.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017