-->

6 Mei 2014

Sinopsis Drama Kusinero Cinta Astro Mustika HD

Assalammualaikum
Pastinya ramai x sabar nak tengok drama ini kan sebab ada Jericho Rosales, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Ni drama melayu pertama Jericho Rosales, sebelum ini die pernah berlakon dlm beberapa babak dalam filem Bilut. Apapun drama ni mesti meletop punye hehe, perkataan Kusinero adalah dari bahasa Tagalog (Filipina) yang bermaksud Chef Lelaki. Drama ini mempunyai 60 episod dan akan disiarkan di channel 134 Astro Mustika HD setiap isnin-rabu. Jom layan Sinopsis drama ni k.
Sinopsis Kusinero Cinta

Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana. Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.
Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne. Apa yg terjadi seterusnya? kenalah tengok drama Kusinero Cinta.

3 ulasan:

  1. wahhh mcm best jer.. memula tgk jericho tu ingatkan pelaokn melayu yg mcm muka dia tu yg berlakon.. ntah x ingt lak nama dia..hihi..

    BalasPadam
  2. EH sape name betul hafizul fitri?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017