-->
Memaparkan catatan dengan label MasterCheF Selebriti Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MasterCheF Selebriti Malaysia. Papar semua catatan

18 Jan 2014

Top 5 Masterchef Malaysia All Stars

1. ZaMir
2. CeLina
3. So Wincci
4. Brian
5. Michael Ang
Assalammualaikum..
Itulah senarai Top 5 Masterchef Malaysia All Stars. Pilihan aku untuk top 3 adalah Zamir, Celina dan So Wincci. Sape pulak pilihan korang untuk top 3? manakala untuk calon juara aku pilih Zamir hehehe lagipun die satu-satunya orang Melayu yang berjaya kekal setakat ini. Hope die sampai final n menang hehe. Tapi Celina juga antara calon yg hebat dan berpotensi juga untuk menang lagipun dia adalah Naib Juara Masterchef Selebriti Malaysia sebelum ni dan setakat ini die belum pernah masuk pusingan penyingkiran lagi. So Wincci juga antara calon yang memberi saingan sengit. 

Walaubagaimanapun tahniah gak untuk Michael Ang kerana berjaya capai sasarannya untuk masuk ke top 5 dan juga untuk Brian kerana berjaya sampai sejauh ini. Mungkin mereka ini boleh buat kejutan sape tahu..sape pula pilihan juara korang?..
Top 6..
Read More »

26 Nov 2013

Masterchef Malaysia All Stars Kembali Dengan Sajian Hidangan Pembalasan

Assalammualaikum..
Setelah berakhirnya 2 musim Masterchef Malaysia dan juga 2 musim Masterchef Selebriti Malaysia, kini program yang menjadi fenomena masakan di Malaysia kembali lagi. Dengan tema Sajian Hidangan Pembalasan akan menampilkan 20 peserta. 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia dan 10 peserta daripada program Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap. Masterchef Malaysia All Stars masih mengekalkan juri yang sama iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Antara peserta adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Emelda, Zamil, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah. Episod pertama Masterchef Malaysia All Stars ini telah pun ditayangkan bermula sabtu lalu, dan akan bersiaran dari Sabtu hingga Selasa. Rasanya Masterchef kali ini lebih meriah dan havoc bila semua bekas peserta berkumpul dan bersaing semula. Seronok tengok gelagat peserta Masterchef ni, sebab mcm2 ada, perang mulut mmg selalu berlakunyer hehe. Aku paling suka tengok masa Sajian Luar, yang cabaran berkumpulan tu, tu lebih happening n byk drama gitu hihi.

Apapun Masterchef Malaysia All Stars ni memang layannnn. Promo iklan Masterchef tu pun best hehe.

Update!!
#-Kencana Dewi & Enot tersingkir dari Masterchef Malaysia All Stars di minggu pertama.
Read More »

25 Jun 2013

JuaRa MasterChef SeleBRiti Msia MuSim Ke-2 SyuRa Atau CeliNa?


Assalammualaikum..
Akhirnya Masterchef Selebriti Malaysia bakal melabuhkan tirainya malam ni..Semalam menyaksikan Rozita Che Wan tersingkir dan memberi laluan kepada Syura dan Celina untuk ke Final MasterChef. Kalau kita imbas balik Final Masterchef Selebriti Msia Musim pertama menyaksikan kaum lelaki yang mendominasi final. Berbeza untuk musim ini yang menyaksikan wanita yang ke Final. Seimbang gitu hehe..Berbalik pada sape yang akan menang malam ni?? kalau tengok Syura memang teror bab2 masakan melayu manakala Celina pula mmg cekap memasak masakan barat.
Dari segi konsistensi mungkin Celina ada peluang nak menang sebab cabaran2 sebelum ni die yang selalu menang..Tapi Syura pun ada gak menang..n ada gak dengar khabar angin yg mengatakan Syura yang bakal menang sebab Masterchef ni bukan siaran langsung sebaliknya rakaman. Jadi pemenangnya memang sudah diketahui cuma dirahsiakan jer..

Jadi betul ke Syura yg menang? tunggu jerla malam ni..hehe sebab Celina juga bukan calang2 peserta untuk dikalahkan..

Read More »

13 Mei 2013

Pak NiL (Dato Aznil) Tarik Diri Dari MasterChef Selebriti Msia Musim Ke-2

Assalammualaikum..
Sesiapa yg tengok Masterchef semalam mesti terkejut dgn pengumuman Pak Nil yg ingin menarik diri dari MasterChef Selebriti Malaysia musim ke-2. Semalam adalah pusingan penyingkiran yg menyaksikan Syanie, Lydiawati, Michael Ang dan Paknil berentap sesama sendiri untuk terus berada dalam Masterchef. Mereka dikehendaki memasak Tuna..dan ternyata Michael Ang diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.. Walaubagaimanapun Pak Nil tiba-tiba datang ke hadapan dengan wajah yang sedih mengumumkan ingin menarik diri atas sebab masalah kesihatan ibunya..Hal ini telah mengejutkan semua peserta dan juga juri..Selebriti lain semua dah menangis dah masa ni..begitu juga Pak Nil..semua x menyangka yang Pak Nil akan menarik diri..namun ibu lebih penting dari segala -galanya..menyebabkan Pak Nil nekad menarik diri sekaligus menyebabkan Michael Ang terselamat dari penyingkiran..

Apapun semoga Ibu Pak Nil cepat sembuh..sunyilah Masterchef pasni..walaubagaimanapun sepanjang berada dalam MasterChef ni Pak Nil telah berjaya menjadi juara dalam Peti Saji Misteri, serta dah merasa menjadi Ketua Kumpulan Biru..mana tau mungkin dalam MasterChef Selebriti musim ke-3 Pak Nil boleh bertanding balik ke kan..

Pic credit to murai.com.my
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017