-->

7 Okt 2015

Sinopsis Drama Keluarga Pontimau Slot Aksi TV3

Assalammualaikum..
Drama Keluarga Pontimau adalah drama terbaru di Tv3 untuk Slot Aksi bermula 6 Oktober ini. Drama ini mempunyai 13 episod dan dilakonkan oleh Keith Foo, Marsha, Sean Lje, Amelia Henderson, Isma Daniel, Yasmin Hani, Julia Ziegler dan ramai lagi. Drama Keluarga Pontimau ini merupakan terbitan Filmscape dan diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Nurhanisham (labu). Nampak menarik drama ni kan, jalan ceritanya lain dari yang lain dan bergenre komedi aksi gitu. Haruss layann cite ni nanti. Apapun jom tengok Sinopsis drama Keluarga Pontimau kat bawah ni k..

Sinopsis Keluarga Pontimau

Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejiranannya itu.

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.
Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.
Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.
Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?

Read More »

6 Okt 2015

Yong Pal - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Yong Pal adalah antara drama popular yang dah aku tengok, drama ni baru saja habis ditayangkan di Korea pada 1 Oktober 2015 yang lalu. Drama Yong Pal ni sentiasa mendapat rating yang tinggi, tambahan lagi drama ni dibintangi oleh pelakon terkenal dan popular iaitu Joo Won dan Kim Tae Hee. Drama ni awalnya hanya 16 episod, lepas tu dengar cite ianya akan dipanjangkan menjadi 20 episod namun akhirnya ianya dipanjangkan hanya 2 episod jer dan menjadikan kesemuanya 18 episod. Aku memang excited nak tengok cite ni sebab pelakonnya adalah Joo Won dan Kim Tae Hee yang cantik tu hehe. Start dari awal episod memang dah seronok tengok cite ni sebab jalan ceritanya bergerak laju dan penuh suspen. Namun bila masuk episod 7 camtu, jalan cerita jadi sedikit perlahan dan bosan sedikit bila ianya lebih memfokuskan tentang kisah percintaan watak hero dan heroin drama ni iaitu Yeo Jin dan Tae Hyun. Ada komen yang aku baca mengatakan percintaan watak Yeo Jin dan Tae Hyun tu terlampau awal sangat. Walaubagaimanapun drama ni kembali menarik bila Yeo Jin mula menjalankan misi balas dendamnya itu.
Aku juga suka tengok hubungan baik Tae Hyun dengan ketua gangster tu, diorang ni lah yang akan tolong Tae Hyun masa die susah dan setia jer bersama nyer walau dimana pun Tae Hyun pergi. Sama juga dengan 2 jururawat yang sentiasa bersama dan menolong Tae Hyun. Awalnya aku ingat watak Chief Lee ni jahat sebab die macam tak suka jer Tae Hyun terlibat untuk merawat Yeo Jin tu tapi last2 baru tahu yang die xdela jahat sgt pun cuma die risau dan tak nak Tae Hyun jadi macam die. Memang menyampah dengan watak jahat Han Do Joon tu sebab sanggup buat macam2 kerana tamakkan harta dan kuasa, tapi dalam masa yg sama kesian jugak dgn die sbb die sunyi dan ni semuanya macam berpunca pada ayah diorang yg macam pilih kasih dan lebihkan adik perempuannya Yeo Jin. Isteri H.Do Joon ni iaitu Chae Young ni awalnya nampak macam baik sikit tapi ada agendanya yg tersendiri dan jahat laa jugak. Apapun memang tak puas hati dengan ending untuk watak2 jahat ni sebab diorang just kena tangkap dengan polis jer, x tunjuk apa yg jadi seterusnya. Kiranya diorang ni macam tak dapat balasan yg setimpal dengan perbuatan diorang.
Aku suka tengok Kim Tae Hee berambut panjang dalam drama ni, nampak ayu dan cantik je die, tapi die berambut panjang sekejap jer sampai di pertengahan episod die dah potong rambut die sampai paras bahu. Bila die berambut pendek nampak biasa jer laa tapi still okey. Aku juga suka tengok karakter watak Yeo Jin yang digambarkan sebagai seorang yang berani dan tak lemah. Tapi tulaa die begitu nekad untuk membalas dendam dan akhirnya memakan diri sendiri. Di pertengahan jalan cerita, drama ni macam memfokuskan pasal Yeo Jin dan dendamnyer tu jer, sedangkan tajuk drama ni pasal Yong Pal hehe macam tak kena lak jln cerita dengan tajuk drama. Lagi satu tak leh blah tengok watak nurse psiko yang jaga Yeo Jin waktu die koma tu, mmg giler betul, die obses dan buat Yeo Jin macam anak patung die jer hahaha. Pembantu Yeo Jin tu pun jahat jer, kenapa ler Yeo Jin tu tak pecat jer die awal2 last2 die yg berkomplot nak jatuhkan Yeo Jin tu.
Ending drama ni agak kelam kabut gak bagi aku sebab masa episod akhir lah diorang nak buat macam2 benda, dramatik sangat, kena racun, kena cancer, ada pembedahan semua. Ending untuk watak Yeo Jin dan Tae Hyun juga simple sangat sampai aku konfius gak sama ada Yeo Jin ni bermimpi ataupun pembedahan tu brjaya dan die hidup. Akhirnya memang happy ending ler jugak sbb Yeo Jin tu hidup tapi takat takat tu jerlaa pastu tamat jalan cerita. Apapun drama ni still menghiburkan juga dengan drama ni dibarisi pelakon popular membuatkan drama ni seronok ditonton. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni. Lepas ni ada cite baru yang ganti drama Yong Pal ni lakonan Moon Geun Young, tengok dari preview nampak macam best jer cite tu ada misteri2 gitu.
Sinopsis Yong Pal

Kim Tae-hyun is a talented surgeon. Desperate for money to pay for his sister's medical bills, he adopts the code name Yong-pal and offers his medical skills to those in need of medical attention but who cannot do so publicly, dealing with criminals and corrupt plutocrats. Joining a team of corrupt physicians Kim rescues "sleeping beauty" Han Yeo-jin, a chaebol heiress, from a medically induced coma, leading to unintended consequences.
Read More »

5 Okt 2015

Senarai Lagu-Lagu Untuk Konsert AF2015 Minggu Ke 9 (Separuh Akhir)


Duet (Bersama Artis Jemputan)
  • Bila - Pening (Ezlynn & Datuk M. Daud Kilau)
  • Lisa & Forteen - One Sweet Day (Mariah Carey & Boys II Men)
  • Rachel - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti & Ajai)
  • Sharul & Misha Omar - Tak Kenal Maka Tak Cinta (Francissca Peter & Roy)
  • Sufi & Aisyah - Seluruh Cinta (Dato' Siti Nurhaliza & Chakra Khan)
  • Syamel & Aizat - Hanya NamaMu (Caliph Buskers)   
Keputusan Separuh Akhir AF2015- LISA & RACHEL TERSINGKIR

FINALIS AF2015
  • SUFI
  • SHARUL
  • SYAMEL
  • BILA
Read More »

4 Okt 2015

Filem Pan - Every Legend Has A Beginning

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu dan pernah tengok cite Peter Pan kan sebelum ni. Ni ada filem terbaru Peter Pan yang berkisarkan tentang kisah awal dan permulaan Peter Pan. Kiranya kisah masa die kecik sampai laa die jadi Peter Pan. Filem Pan - Every Legend Has A Beginning ini akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Oktober 2015 dan dilakonkan oleh Hugh Jackman, Garrett Hedlund, Rooney Mara, Levi Miller dan ramai lagi. Macam best dan menarik jer filem ni sebab tengok dari trailernyer pun dah gempaq dan best. So jom semua kita layannn trailer filem ni kat bawah k, just klik jer link kat bawah ni untuk korang tonton Trailer cite ni yang best ni.
Sinopsis Pan - Every Legend Has A Beginning

Pan is a new take on JM Barrie’s classical story which we all know and love. The adventure follows the story of an orphan who is spirited away to the magical Neverland where he finds both fun and danger. He also finds his destiny, to become the hero who will forever be known as Peter Pan.
Read More »

3 Okt 2015

Super Spontan All Stars - Uqasha Senrose Tersingkir Di Minggu Ke-6

Assalammualaikum..
Seperti yang dijangkakan Uqasha Senrose tersingkir di minggu ke-6 Super Spontan All Stars. Selepas ini tiada lagi peserta perempuan di SS All Stars tu yang ada lepas ni hanya yg hebat2 jer. Memang susah laa nak jangka siapa yg bakal tersingkir minggu depan nanti. Apapun game yg diorang main di minggu ke-6 ni agak best juga especially game Dahiku Dahimu hahaha, best tengok, Shahrol dan Achey terror siap seri manakala Johan kalah dengan Zizan untuk game ni. Apapun Johan balas balik dengan mengalahkan semua team Silat Dongibab untuk game Soal Menyoal. Seterusnya diorang main game Dialog Dalam Tin dan Cerita Sampai Kecut.
Last sekali diorang main game Demonstrasi, yang mana untuk game ni team Silat Dongibab mmg best hahaha kesian Zizan, tapi berbaloi jugalah sebab diorang menang minggu ni dan team Kungfu Kipidap kalah. Pasni team Kungfu Kipidap hanya tggl 4 orang iaitu Johan, Tauke, Shahrol dan Rahim. Manakala team Silat Dongibab tinggal  Zizan, Achey, Ajak, Pak Yus dan Along. Makin sengit laa pasni kan.

Read More »

Make a Woman Cry - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Akhirnya aku habis juga menonton drama Korea yang best ni yang bertajuk Make A Woman Cry yang dilakonkan oleh Kim Jung Eun, Song Chang Eui, Ha Hee Ra, Lee Tae Ran dan ramai lagi. Aku terfikir jugak awalnya kenapalah diorang guna tajuk macam tu untuk drama ni hehehe tapi biasalah dalam drama ni memang banyak gak babak2 sedih gitu. Drama ni agak panjang juga episodnya iaitu sebanyak 40 episod, tapi bila korang dah start tengok drama ni memang tak boleh berhenti dah lepas tu sebab asyik nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Satu yang aku perasan tentang drama ni ialah kalau korang tengok online memang susah nak cari yang full episode ada English Subtitle. Tak faham jugak kenapalah lambat diorang masukkan sarikata untuk drama ni, tapi kalau korang nak tengok online sekarang memang dah lengkap dah semuanya beserta sarikatanya sekali. Aku suka dengan gandingan hero dan heroin drama ni nampak sepadan dan serasi gitu, kisah cinta diorang juga sweet jer, slow and steady gitu walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan berat.
Selalunya drama yang banyak episod macam ni sememangnya berkisarkan tentang kisah kekeluargaan gitu. Seronok tengok kesemua watak dalam drama ni. Aku juga suka dengan karakter watak heroin drama ni yang digambarkan sebagai seorang yang tegas, pandai berlawan, baik hati, penyabar dan bijak, lagipun watak die ni merupakan bekas polis gitu. Selain itu aku juga suka tengok persaingan antara menantu dalam drama ni yang mana watak Na Eun Soo dan Choi Hong Gran sering bersaing antara satu sama lain untuk membuatkan anak mereka menjadi pewaris utama harta keluarga. Pelakon Lee Tae Ran yang membawakan watak C.Hong Gran tu ada iras2 pelakon Lee Da Hae laa sikit2 tang muke die tu hihihi. Apapun aku memang geram giler tengok perangai suami heroin cite ni, dah la curang pastu tak sedar diri plak tu, slumber jer menghina isteri die macam2. Isteri die ni mulanya sabar jerlaa dengan perangai suami die tu tapi last2 suami die tu kena gak penumbuk kat muka hehehehe.
Aku juga suka dengan fesyen rambut hero cite yang pelbagai jenis, awal episod rambut die pacak2, pastu rambut die belah depan pulak dan akhir sekali rambut belah tepi pulak hihi manakala heroin cite ni awalnya rambut die agak kerinting dan messy sikit kemudian dirinya makin cantik dengan gaya dan stail rambut yang lurus. Selain itu aku agak menyampah juga dengan perangai Na Eun Soo yang sangat tamakkan harta tu sampai sanggup merancang macam2, tapi seronok tengok die berperang psikologi dengan bapa mertuanyer tu untuk tengok sape yang akan berjaya akhirnya. Selain Na Eun Soo aku juga menyampah gak dengan adik ipar N.E.Soo merangkap suami C.Hong Gran iaitu Kang Jin Myung yang tak habis2 nak membela dan melindungi Na Eun Soo yang tamak tu. Berbanding kisah berebut harta di pihak Na Eun Soo tu, aku lebih suka dengan kisah hidup serta kisah cinta heroin cite ni iaitu Duk Kin. OST cite ni sesuai dengan juga dgn drama ni tapi aku xdela suka mana2 lagu dalam cite ni. Aku juga suka tengok hubungan baik Duk Kin dengan keluarga mertuanya nampak sweet jer.
Awalnya memang cite ni memfokuskan tentang kisah watak utama cite ni iaitu Duk Kin dan Kang Jin Woo tapi bila watak utama ni menghadapi konflik besar dan berpisah sekejap, cite ni dah berubah sikit bila terlampau memfokuskan pasal Na Eun Soo tu jer. Dah macam watak Na Eun Soo tetiba naik pangkat plak bila asyik fokus tentang die dan misi jahat die tu jer. Apapun Ending drama ni tetap sweet dan happy ending gitu bila ianya berakhir dengan majlis perkahwinan watak utama cite ni. Manakala ending untuk watak2 lain dalam cite ni juga dilakukan dengan baik sekali, kiranya macam nice ending for all gitu. Mula2 aku pun macam tak yakin nak tengok ke tidak drama Make a Woman Cry ni tapi bila sekali dah tengok memang terus tersuka sampai tak boleh berhenti untuk tengok episod yang seterusnya. Apapun aku bagi 8.5 bintang untuk drama ni. Jom tengok Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Make A Woman Cry

Mengisahkan Duk Kin yang merupakan bekas Polis yang bersara selepas kematian anaknya. Duk Kin akhirnya membuka sebuah kedai makan di depan sekolah sebagai tanda mengingati anaknya itu. Die kerap menjadi pelindung kepada pelajar sekolah yang menjadi mangsa buli di sekolah tersebut. Dirinya turut berkenalan dengan seorang guru lelaki sekolah tersebut yang bernama Kang Jin Woo, yg mana K.Jin Woo gemar singgah makan di kedainya. Lama-kelamaan diorang menjadi semakin rapat, tambahan lagi Kang Jin Woo juga telah kematian isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki. Manakala Duk Kin pula dalam proses penceraian dengan suaminya yang curang. Ketika mereka saling menyintai, timbul konflik apabila adik bongsu K.Jin Woo bercinta dengan suami Duk Kin dan K.Jin Woo sebenarnya merupakan anak orang kaya. Walaubagaimanapun Bapa Kang Jin Woo sangat menyukai Duk Kin untuk menjadi menantunya.
Timbul perasaan tidak selesa dikalangan kakak2 ipar (Na Eun Soo) Kang Jin Woo mengenai kehadiran Duk Kin dalam keluarga mereka kerana risau Duk Kin akan mempengaruhi K.Jin Woo untuk bekerja dlm syarikat bapa mertua sekaligus menjadi pewaris. N.Eun Soo mula mencari jalan untuk memisahkan mereka. Akhirnya Duk Kin mengetahui satu kebenaran terbesar yang mana anak Kang Jin Woo iaitu Yoon Suh merupakan penyebab utama anaknya mati. Duk Kin mendapati dirinya sangat sukar untuk memaafkan Yoon Suh dan seluruh keluarga K.J.Woo. Mereka sama2 terseksa tapi masih merasakan cinta di hati antara satu sama lain. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More »

2 Okt 2015

Ciri - Ciri Lelaki Yang Nampak Seksi Di Mata Wanita

Assalammualaikum..
Definisi Seksi selalunya dikaitkan dengan wanita, tetapi kalau nak kaitkan seksi dengan lelaki macam mana pulak? Adakah kalau lelaki itu kacak, berkulit putih, tinggi dan berbadan sado itu tergolong dalam golongan lelaki yang seksi? tidak semestinya kerana setiap wanita mempunyai pandangan yang berbeza. Tidak semestinya kalau seseorang lelaki itu tidak hensem atau tinggi, die tidak seksi kerana jika lelaki itu mempunyai 7 ciri-ciri ini ataupun sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, mereka sudah pun tergolong dalam lelaki yang seksi di mata wanita. Korang semua mesti nak tahu kan apakah ciri-ciri lelaki yang nampak seksi di mata wanita itu?. Okey meh aku gtau antara ciri-cirinya adalah seperti Pandai Memasak, Kelakar, Berkeyakinan Tinggi dan lain-lain lagi. 

Jika korang nak tahu dengan lebih lengkap mengenai ketujuh-tujuh ciri lelaki yang nampak seksi di mata wanita tu korang boleh jer klik link kat bawah ni, kat sana ada huraian yang lebih best untuk dibaca, klik jer link ni --> Ciri - Ciri Lelaki Yang Nampak Seksi Di Mata Wanita..
Read More »

1 Okt 2015

Oh My Ghost - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Rasa macam lama pulak tak buat Review Drama Korea ni hehehe. Ikutkan aku nak buat review cite Oh My Ghost ni dah lama tapi tak sempat plak sebab busy sikit. Drama Oh My Ghost ni dah habis ditayangkan di Korea dalam bulan Ogos hari tu, sekarang ni cite Twenty Again tengah hangat disiarkan menggantikan drama ini. Drama Oh My Ghost ni mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Park Bo Young, Jo Jung Suk, Kim Seul Gi, Lim Ju Hwan dan ramai lagi. Jarang tengok Park Bo Young ni berlakon drama sebab die ni lebih banyak berlakon dalam filem gitu. Ini adalah kali kedua aku tengok lakonan Jo Jung Suk, sebelum ni aku ada tengok die jadi guest dalam Running Man bersama Shin Min Ah dan juga aku ada tengok filem lakonan mereka berdua. Awalnya agak stress juga tengok karakter watak Park Bo Young sebagai Na Bong Sun yang lemah, senang dibuli, rendah diri dan macam2 lagi tapi bila wataknya bertukar menjadi sebaliknya jadi lawak la plak hehehe.
Kebolehan Park Bo Young menukar karakter wataknya dari pasif menjadi agressif dan agak gedik membuatkan jalan cerita bertambah happening. Rasanya kesemua watak utama mempunyai karakter yang unik dan menarik. Watak Choi Sung Jae yang dilakonkan oleh Lim Ju Hwan juga agak best untuk ditonton sebab ianya akan membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada wataknya baik atau jahat. OST drama ni juga boleh tahan, aku suka dengar lagu yang dinyanyikan sendiri oleh heroin cite ni iaitu P. Bo Young. Aku juga suka tengok gelagat rakan sekerja Na Bong Sun yang giler2 tu, disamping hubungan baik antara bomoh dan hantu Shin Soon Ae yang agak sweet tu, dah macam kawan baik gitu. Awalnya aku sangka watak C. Sung Jae ni sememangnya jahat walaupun muka die nampak baik dan mesra tapi rupa-rupanya die jadi jahat sebab kena rasuk dengan roh jahat.
Diselitkan juga cinta tiga segi dalam drama ni bila watak Kang Sun Woo konfius sama ada die cintakan Bong Sun ataupun roh Shin Soon Ae yang menggunakan badan N.Bong Sun tu. Disamping itu, Na Bong Sun dan roh Shin Soon Ae sama2 cintakan K.Sung Woo. Ending drama ni memang happy ending ler cuma aku tak jelas dengan watak C. Sung Jae tu, ingatkan die mati di penghujung episod tapi rupanya tidak, die akhirnya ada kat hospital kot kalau tak salahlaa kan. Manakala ending untuk watak Na Bong Sun dan Kang Sun Woo juga berakhir dengan happy gitu apabila Na Bong Sun balik dari luar negara dan kembali ke pangkuan kekasihnya K.Sun Woo tu. Paling best bila pelakon Seo In Guk membuat penampilan istimewa dalam episod akhir drama ni, yang mana die jadi chef gitu hehehe. Apapun drama Oh My Ghost ni kira okey dan boleh layannn, jalan cerita die ada kelakar, ada misteri, ada sedih dan mcm2 lagi. Aku bagi 7.5 bintang untuk drama ini.
Sinopsis Oh My Ghost

Mengisahkan Na Bong Sun yang bekerja sebagai pembantu chef di Restoran Sun, dirinya mempunyai kebolehan melihat hantu dan membuatkan dirinya sering berada dalam ketakutan, lemah, pasif dan pendiam. Sikap Na Bong Sun yang lemah, rendah diri membuatkan majikannya iaitu Chef terkenal Kang Sun Woo berasa marah padanya. Walaubagaimanapun dalam diam-diam N.Bong Sun menaruh hati pada majikannya itu. Suatu hari Roh/hantu Shin Soon Ae merasuk dirinya dan Shin Soon Ae berpura-pura menjadi N.Bong Sun dan mula menyukai serta cuba menggoda Chef Kang Sun Woo. Sikap N.Bong Sun yang tiba2 berubah menjadi ceria dan aggresif membuatkan Chef K.Sun Woo mula memberi perhatian pada dirinya. N.B.Sun mula sedar yang dirinya telah dirasuk hantu dan ketakutan apabila hantu S.Soon Ae mula mengganggu nyer untuk mendapatkan kebenarannya untuk menggunakan badan N.B.Sun.
Atas sebab cemburu serta risau jika Chef K.Sun Woo bercinta dengan kenalan rapat Chef sewaktu di zaman universiti itu membuatkan N.Bong Sun tekad untuk bekerjasama dan meminjamkan badannya pada hantu S.Soon Ae dengan syarat Chef K.Sun Woo akan menyukai dirinya. Hantu S.Soon Ae berjaya membuatkan Chef K.S.Woo jatuh cinta padanya dan dalam masa yang sama hantu S.S.Ae tu juga turut ada hati dengan Chef. Na Bong Sun berasa gembira apabila Chef benar2 menyintainya. Dalam masa yg sama Adik Ipar Chef iaitu Choi Sung Jae yang merupakan seorang polis mula berasa sangsi dengan identiti dan sikap N.Bong Sun yg berubah-ubah. Keadaan mula menjadi sukar apabila N.B.Sun mula berterus-terang pada Chef berkenaan Shin Soon Ae dan segalanya.
Manakala hantu Shin Soon Ae mula berasa syak yang kematiannya ada kaitan dengan adik ipar chef itu iaitu C.Sung Jae. Akhirnya Chef, N.B.Sun serta S.Soon Ae bekerjasama dalam menyelesaikan misteri kematian S.Soon Ae dan identiti sebenar C.Sung Jae. Keadaan mula rumit apabila Sung Jae menculik N.B.Sun dan bersembunyi di suatu tempat. Apa yg bakal berlaku seterusnya??.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017