-->

6 Mac 2016

Sinopsis Drama Cinta 100kg Slot Dahlia TV3


Assalammualaikum..
Drama Cinta 100kg akan disiarkan mulai 5 March ini, setiap Sabtu dan Ahad, mengantikan drama Inikah Cinta yang telah tamat episodnya. Drama Cinta 100kg ini dilakonkan oleh Fezrul Khan sebagai Khairul, Sherry Alhadad sebagai Dian, Sharifah Amani, Ungku Hariz, Zain Saidin, Christina Suzanne, Ruzana Ibrahim, Bront Palarae, Safia Hanifah, Amyza Adnan, Amran Ismail, Arja Lee dan ramai lagi. Diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Playground2film. Macam menarik jer drama ni, camnelaa gelagat kapten Khairul dengan cinta hatinya yang bersaiz 100kg tu. Apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Cinta 100kg

Bila hati sudah jatuh cinta, rupa paras pulak yang dipersalahkan. Wati baru putus dengan teman lelakinya Faliq yang lebih inginkan wanita cantik. Dian pula iri hati melihat kawan-kawan teman lelakinya, Khairul, bersama barisan pramugari yang jauh lebih kurus. Macam-macam ragam yang terjadi diantara mereka ni.


Read More »

5 Mac 2016

Sinopsis Telemovie Anak Ibu Buangan Ibu (Cerekarama TV3)

Anak Ibu Buangan Ibu


Assalammualaikum..
Telemovie Anak Ibu Buangan Ibu akan disiarkan pada 5 March ini di slot Cerekarama Tv3 sempena DFKL2016 (Drama Festival Kuala Lumpur 2016) yang akan berlangsung tak lama lagi. Telemovie Anak Ibu Buangan Ibu ini dilakonkan oleh Johan As'ari, Janna Nick, Azri Iskandar, Aida Aris dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Ellie Suriati dan diterbitkan oleh Art Ornament. Wah pelakon yang berlakon dalam telemovie ni semua best2, ada Janna Nick gitu kan. Apapun jom layan sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Anak Ibu Buangan Ibu

Hanim dan Roslan mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Putri Aisyah. Semuanya tampak indah sehinggalah sikap Putri mula berubah apabila menginjak remaja. Putri menjadi sangat degil dan nakal. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..



Read More »

Bos Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2016 (Minggu Ke- 6)

Assalammualaikum..
Di minggu ke 6 Maharaja Lawak Mega 2016 menyaksikan kumpulan Bos yang dianggotai oleh Ajo, Abu dan Ezad Lazim tersingkir. Kumpulan Saywho dan kumpulan Cham juga berada dalam kedudukan bottom three pada minggu ini. Cham menjadi satu2 nya kumpulan yang mendapat 2Ha dari juri manakala kump Enjen dan Rayza mendapat 5Ha dari juri untuk minggu ini. Kebanyakan kumpulan mendapat 4Ha / 3Ha dari Juri. Tema Majlis menjadi tema minggu ke-6 MLM2016 ini. Rahim (Joras) dinobatkan sebagai Man Of The Match pada minggu ini. Kebanyakan peserta agak cemerlang pada minggu ini. 

Sketsa dari kumpulan Puteh, Rayza, Enjen, Joras dan Bocey menjadi kegemaran aku. Bocey dan juga Joras agak konsisten dari segi prestasi dan lawak mereka setiap minggu. Muzikal Komedi menjadi tema untuk minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)

Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..
Read More »

Baca Online Novel Aku Bukan Bimbo

Assalammualaikum..
Drama Aku Bukan Bimbo lakonan Shaheizy Sam sebagai Dani Ikram dan Nadiya Nisaa sebagai Elsuraya tu kini tengah hangat disiarkan di Astro Ria. Rasanya semua pun tahu yang drama Aku Bukan Bimbo tu adalah adaptasi daripada Novel BIMBO karya Rin Ahmad. Bagi yang dah baca Novel Bimbo ni mestilah tahu camne jalan ceritanya kan, so bagi yang belum baca novel ni, apa kata sambil2 tengok drama tu, kita baca online Novel Bimbo ni. Just Klik jer link kat bawah ni k.


Read More »

4 Mac 2016

Sinopsis Drama Married Tapi Benci Slot Lestary TV3


Assalammualaikum..
Drama Married Tapi Benci adalah drama terbaru di Slot Lestary, menggantikan drama Cinta Teruna Kimchi yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Shafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Cat Farish, Badrul Muhayat, Nor Albaniah dan ramai lagi serta mempunyai 13 episod. Drama ini diarahkan oleh Ahmad Idham, apapun jom layan sinopsis drama Married Tapi Benci kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Married Tapi Benci

Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal (Shafiq Kyle) merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel (Mustaqim Bahadon), musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar? 

Lagu Tema / OST Married Tapi Benci
--> Elok - Elok nyanyian Othello Feat Cat Farish & Tiga Swagger

Read More »

3 Mac 2016

Sinopsis Drama Bodyguard Slot Aksi TV3

Assalammualaikum..
Drama Bodyguard adalah drama terbaru di Slot Aksi Tv3 menggantikan drama Cinta Hati Abah (Slot Samarinda) yang telah tamat episodnya. Drama Bodyguard ini dilakonkan oleh Fattah Amin sebagai watak Fariz, Sabhi Saddi sebagai Basri, Lan Siro (Rahul), Azrel Ismail (Rayyan), Idris Khan (Daniel), Faradhiya (Natasha), Wan Sharmila dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan diarahkan oleh Nuad Haji Othman serta merupakan terbitan A.Aida Production. Kalau tengok dari sinopsis cite ni memang nampak menarik jalan ceritanyer, apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bodyguard

Bodyguard mengisahkan Fariz lakonan Fattah Amin, Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) dan Rahul (Lan Siro) bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka.

Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan. Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi). Apa yang berlaku seterusnya?

Read More »

2 Mac 2016

All About My Mom - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Akhirnya habis sudah drama Korea yang best ni iaitu All About My Mom, ianya merupakan drama kekeluargaan dan bergenre melodrama. Drama ni mempunyai 54 episod dan mula disiarkan pada bulan Ogos 2015 dan tamat episodnya pada 14 Feb 2016 yang lalu. Drama All About My Mom dilakonkan oleh Eugene, Lee Sang Woo, Go Doo Shim, Kim Kap Soo, Oh Min Suk, Choi Tae Joon, Kim Mi Sook, Jo Bo Ah, Son Yeo Eun dan ramai lagi. Rating drama ini juga tinggi setiap minggu dan menjadi antara drama kesukaan penonton disebabkan jalan ceritanya yang bertemakan kekeluargaan. Walaupun episod cite ni agak panjang namun ianya sangat best dan memberi pengajaran pada penonton. Antara sebab utama aku tengok cite All About My Mom ni mestilah sebab para pelakonnya. Hampir separuh dari pelakon cite ni aku kenal sebab dah pernah tengok diorang berlakon dalam drama lain sebelum ini. Contohnya macam heroin cite ni Eugene, aku pernah tengok Eugene ni berlakon sekali dengan Joo Won dalam drama King Of Baking Kim Tak Goo manakala Jo Boh Ah pulak adalah heroin untuk drama Surpluss Princess..
Dah genre drama ni pun melodrama so mestilah banyak scene2 sedih dalam drama ni. Dari awal2 episod lagi dah sedih bila watak Eugene sebagai Lee Jin Ae berasa tertekan kerana ibunya agak pilih kasih sikit, sebab terlalu mengutamakan abang sulungnya dalam segala hal. Banyak kali juga Lee Jin Ae bergaduh dengan ibunya manakala ayahnya pula sangat rapat dengannya. L.Jin Ae juga sering bergaduh dengan abangnya sebab geram dengan kelakuan abangnya yang pentingkan diri sendiri, disamping cemburu melihat kasih sayang ibunya yang berlebihan pada abangnya tu. Kiranya scene2 yang melibatkan L.Jin Ae dan ibunya semuanya sedih2 gak, bila Jin Ae ni dah bercinta, die menghadapi masalah pula dengan bakal mertuanya merangkap majikannya itu bila percintaannya bersama Kang Hoon Jae tidak direstui. Lagu Tema / OST drama ini juga best sangat dan sedap didengar, rasanya aku suka 2 lagu dalam cite ni dan lagu2 tersebut sesuai dengan jalan cerita drama ni.
Drama ni juga turut memfokuskan tentang kehidupan adik-beradik L.Jin Ae yang lain iaitu abang L.Jin Ae iaitu Lee Hyung Kyu dan adik lelakinya iaitu Lee Hyung Soon. Aku juga suka tengok watak Jo Boh Ah sebagai Jang Chae Ri yang sangat qiut, comel dan kebudak-budakan tu, rasanya die nilah yang jadi penyeri dalam cerita ni sebab wataknya yang ceria tu. Walaupun wataknya juga mengalami suka dan duka namun die ni pandai mengambil hati terutamanya hati ibu mertuanya iaitu Im San Ok yang tegas tu yang juga merupakan ibu kepada L. Jin Ae. Kiranya Chae Ri ni adik ipar Jin Ae ler hehehe, Abang Kandung Chae Ri pula adalah BF L.Jin Ae ni hehehe, berbelit-belit sikit salasilah keluarga diorang ni. Sape yang tengok cite ni fahamlah kan hihi. Sepatutnya drama ni hanya 50 episod jer tapi disebabkan ratingnyer tinggi dan mendapat sambutan baik dari penonton so diorang tambah 4 episod lagi. Rata2 komen yang aku baca mengenai drama ni semuanya cakap best dan harus tonton drama ni, drama ni juga senang membuatkan korang sebak mahupun menangis bila menonton scene2 sedih dalam cite ni.
Antara scene yang paling sedih giler dalam scene apabila Abang Jin Ae iaitu L.Hyung Kyu tu mengamuk sakan kat ibu die (San Ok) apabila ibu die tak bagi die kahwin dengan wanita pilihannya iaitu Sun Hye Joo yang merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Disebabkan ibu die membantah percintaan diorang tu membuatkan Hyung Kyu marah2 dengan ibunya. Pastu bila ibu die bagi die kahwin dengan Hye Joo tu, boleh plak Hyung Kyu tu mengutamakan isteri dan mak mertua die tu jer sekaligus membuatkan ibu die jadi sedih dan terasa hati dengan sikap Hyung Kyu yang pilih kasih tu. Scene yang paling sedih gilerr2 mestilah scene Im San Ok ada penyakit berbahaya tu dan dapat hidup bbrpa bulan jer dan reaksi bila semua anak2 die dapat tahu penyakit ibunya memang sedih giler laaa. Menantu San Ok yang dapat tahu dulu, tu pun dapat tahu secara tidak sengaja, kemudian anak bongsu pula tahu iaitu Hyung Soon diikuti ayah mereka. Bila Hyung Kyu pula tahu pasal penyakit ibu die tu memang die rasa bersalah giler2 lah siap bisu lepas tu sebab terlampau stress dan rasa bersalah sgt dan Jin Ae merupakan orang terakhir yang dapat tahu pasal ni.
Reaksi Jin Ae juga memang sedih habis, Waktu die menangis tu memang sedih habiss siap menangis sambil menjerit-jerit, penonton tengok scene ni pun akan sedih sekali, memang berkesan giler lakonan die, sangat menyakinkan, sedih sungguh scene Jin Ae menangis ni masa die berada kat dalam bilik die ni, dah la masa ni die pregnant semua. Episod 51, 52, 53 memang antara episod yang sedih giler cuma penghujung episod 53 dan di awal episod 54 agak happy sikit episodnya sebab kononnya penyakit ibu diorang ni dah stabil. So anak2 die ni semua dah rasa happy dah, siap diorang semua merancang nak buat majlis perkahwinan ibu dan ayah diorang ni, kira macam kahwin kali kedua gitu, mak diorang San Ok sempat merasa pakai wedding dress semua. Ending drama ni patutnya sad ending sebab San Ok akan mati jugak akhirnya sehari selepas majlis kahwin die tu, Namun hanya ditunjukkan reaksi ayah diorang jer yang tahu San Ok dah mati manakala reaksi anak2 diorang tak ditunjukkan sebab kalau tunjuk memang konform lah makin sedih la jadinyer kan.
Penulis cerita ni memang x nak bagi penonton rasa sedih dah kot so die twist sikit cerita ni dan skip satu tahun kemudian selepas kematian San Ok, maknanya die tunjuk yang happy2 jer dimana anak2 San Ok iaitu Jin Ae, Hyung Soon, Hyung Kyu dah dapat anak sendiri dah. Ending cite ni memang hapy ending lah sebab ada banyak baby muncul hahaha berderet-deret atas katil. Pelakon dalam cite ni memang semuanya berbakat besar serta berjaya menghayati dan membawa watak masing-masing dengan berkesan sekali. Diorang juga berjaya menang anugerah dalam KBS Drama Awards yang berlangsung Disember lalu. Antara yang menang adalah Eugene, Jo Bo Ah, Go Doo Shim dan Kim Kap Soo. Aku tengok online jer drama ni, kat Tv pun ade tayang drama ni di saluran KBS. Apapun memang berbaloi tengok drama All About My Mom ni sebab pelakon best dan jalan ceritanya pun menarik, aku bagi 8.7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.

Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..

Read More »

1 Mac 2016

Kawan Yang Paling Sejati

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017