-->

4 Nov 2016

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31

Assalammualaikum..
Nampaknya Separuh Akhir Muzik Muzik Ke - 31 kembali lagi dan 30 lagu akan berentap untuk menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu (AJL31) yang akan berlangsung Januari 2017 nanti. Dari 30 lagu yang bertanding hanya 12 lagu yang akan ke AJL31 nanti. Apapun semua 30 lagu yang bertanding ni memang best dan hebat2 belaka. Lagu manalah yang akan berjaya ke AJL nanti kan? Apapun jom tengok senarai 30 lagu tersebut kat bawah ni k..

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 31 

1.   Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2.   Akim & The Majistret - Obses
3.   Amyra Rosli feat Waris & Juzzthin - Ada Saja
4.   Ayda Jebat - Pencuri Hati
5.   Azhael - Mencinta
6.   Black - Anugerah Terindah
7.   Ezad Lazim - Demi Cinta
8.   Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
9.   Estranged feat Fazura - Hancur Aku
10. Faizal Tahir ft Elizabeth Tan - Setia
11. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
12. Harris Baba - Katakan
13. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
14. Hyper Act - Takkan Pergi
15. Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
16. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
17. Janna Nick - Mungkin Saja
18. Khalifah - Hang Pi Mana
19. KRU - Hingga Ke Jannah
20. Mal Imran - Cinta Sukar Ditafsirkan
21. Mark Adam - Berat
22. Projector Band - Sudah Ku Tahu
23. Sakura Band - Polaroid
24. Shiha - Seperti Novel Cinta
25. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
26. Stacy - Romeo
27. Sufian Suhaimi - Terakhir
28. Syamel - Hidup Dalam Mati
29. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
30. Tasha Manshahar & Syed Syamim - Ragu-Ragu
Read More »

Baca Online Novel Mr. Donat Karamel

Baca Online Novel Mr. Donat Karamel (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Mr. Donat Karamel karya Novelis Hanny Esandra telah pun diadaptasi menjadi drama bersiri di Tv3 untuk Slot Lestary. Hafidz Roshdi akan melakonkan watak sebagai Faiq Faiqal manakala Azira Shafinaz (De Fam) akan melakonkan watak Anggun Qairah, Idris Khan sebagai Zharif dll. Jadi sambil layan drama Mr Donat Karamel kat Tv tu, meh la gak baca Novel Mr Donat Karamel ni secara online, just klik jer link kat bawah ni k..
Baca Online Novel Mr Donat Karamel Bab 1 - 10

Read More »

3 Nov 2016

Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas - Drama Filipina TV3

Sinopsis Drama Filipina TV3 - Akin Pa Rin Ang Bukas

Assalammualaikum..
Drama Filipina yang bertajuk Akin Pa Rin Ang Bukas adalah drama terbaru di Slot Telenovela TV3, menggantikan Drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin yang telah tamat episodnya. Drama Akin Pa Rin ang Bukas ini sudah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2013 yang lalu dan kini disiarkan di Malaysia pula. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Lovi Poe, Rocco Nacino, Cesar Montano, Charee Pineda, Liza Lorena, Gary Estrada, Solenn Heussaff, Gloria Romero dan ramai lagi. Aku ada tengok gak drama ni, dan boleh tahan gak jalan ceritanyer, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Telenovela TV3 - Akin Pa Rin Ang Bukas

Jalan ceritanyer bermula dengan Emma Ignacio yang bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah rumah orang kaya iaitu rumah Villacorta. Suatu hari Emma telah mengandung akibat hubungannya dengan Roel yang merupakan anak majikannya. Roel seorang Playboy tidak mahu bertanggungjawab manakala ibu Roel pula iaitu Beatrice menghalau Emma serta memfitnah Emma sehingga ditangkap polis. Akhirnya Emma dilepaskan setelah membuat perjanjian dengan Roel agar Emma tidak mengganggunya lagi. Emma kemudiannya melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakannya Lovelia. Disebabkan kehidupan mereka sangat miskin serta Lovelia juga menghidap penyakit jantung, memaksa Emma menerima pelawaan kekasihnya untuk tinggal bersama dan kekasihnya akan menanggung segala kos rawatan Lovelia. Walaubagaimanapun kekasih Emma mula berubah menjadi panas baran, hal ini diburukkan lagi dengan perangai anak sulung kekasihnya Agatha yang sangat bencikan Emma dan juga Lovelia. Mereka akhirnya keluar dari rumah kekasihnya dan Emma akhirnya sengaja membiarkan Lovelia tinggal di rumah keluarga Roel secara paksa dan menghilangkan dirinya. 
Kehidupan Lovelia mula berubah setelah tinggal dengan ayahnya yang kaya iaitu Roel, Lovelia mempunyai hubungan baik dengan ayahnya Roel. Walaubagaimanapun neneknya Beatrice masih benci dan enggan menerimanya dalam keluarga mereka. Lovelia kemudiannya membesar menjadi gadis yang cantik dan bijak, die bekerja sebagai Creative Director di Syarikat keluarga ayahnya. Lovelia juga mempunyai hubungan rapat dengan Conrad Alperos, kemudian Lovelia bertemu dengan Jerry yang menyamar sebagai jejaka kaya yang bernama Gerald, malah die turut bertemu semula dengan bekas kakak tirinya iaitu Agatha dan Agatha berpura-pura insaf dan meminta maaf pada Lovelia atas perbuatan kejamnya ketika mereka masih kecil. Lovelia akhirnya memaafkan Agatha tanpa mengetahui yang Agatha dan Jerry sudah sama - sama berpakat untuk merampas kekayaannya dan ayahnya Roel. Agatha dan Jerry menjalankan misi masing - masing yang mana Agatha akan memikat Roel ke dalam perangkapnya manakala Jerry pula akan cuba memenangi kepercayaan dan cinta Lovelia.
Agatha tetap fokus dengan rancangan jahatnya namun berbeza pula dengan Jerry, apabila dirinya sudah jatuh cinta dengan Lovelia dan membuatkan Agatha dan Jerry bergaduh. Lovelia berasa sedih apabila mengetahui keadaan kesihatannya yang semakin teruk dan perlu buat pembedahan pemindahan jantung dengan segera. Lovelia dan Jerry akhirnya lari dari rumah dan berkahwin. Tidak berapa lama selepas itu Lovelia mengandung dan dinasihati oleh doktor untuk mengugurkan kandungannya kerana masalah jantungnya itu. Roel pula membawa pulang Agatha untuk mengahwininya kerana Agatha mengaku yang dirinya juga dah mengandung. Keadaan mula rumit apabila Roel, Agatha, Jerry dan Lovelia tinggal dalam rumah yang sama. Lovelia kemudiannya keguguran dan membuatkan Jerry berasa sedih, namun selepas itu Jerry mula berasa cemburu apabila mengetahui yang Agatha juga mengandung dan keadaan mula menjadi semakin buruk. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Apa yang akan dilakukan Lovelia setelah mengetahui kebenarannya?
Read More »

2 Nov 2016

Sinopsis Drama Umairah TV3

Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3 

Assalammualaikum..
Drama Umairah adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan Drama Patahnya Sebelah Sayap yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula disiarkan sejak 25 Oktober yang lalu dan mempunyai 15 episod. Drama Umairah ini dilakonkan oleh Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Octovia Manrose, Shajiry, Shiqin Kamal, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan merupakan terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd. Rasanya kalau tak silap ni kali pertama Lufya pegang watak utama jadi heroin drama gitu. Apapu jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Umairah TV3

Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya. Kedatangan Shahrizal ke syarikat Garuda Global untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Akhirnya Shahrizal ditawarkan bekerja di syarikat Garuda Global sebagai Akauntan. Sementara itu Nadia, setiausaha Dato’ Amir tertekan apabila kekasihnya Andy yang merupakan bekas akauntan syarikat telah dipecat kerana kes pecah amanah. Dia mendesak Nadia untuk menjatuhkan Garuda Global secara perlahan-lahan dengan menyeludup beberapa dokumen penting untuk Andy.


Shahrizal diminta oleh Dato’ Amir untuk menjemput Umairah di lapangan terbang. Setibanya di lapangan, Rizal tercari-cari Umairah. Setelah menghubungi Umairah, dia seakan-akan tertarik dengan kelunakan suara Umairah memberi salam dan hatinya meronta-ronta untuk bertemu Umairah. Sangkaannya Umairah sudah tentulah cantik dan bergaya seperti Nadia namun sangkaannya meleset. Umairah memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Shahruzal yang sedang tercari-carinya. Sebaik saja Rizal toleh pandang Umairah. Dia sangat terkejut melihat penampilan Umairah yang berjubah dan tudung labuh serta nampak sangat kekampungan, muslimah sejati. Dato Amir mahukan anaknya-anaknya kelak mengambil alih tempatnya di syarikat namun anaknya Umairah mahupun Sabrina tidak mempunyai kemahuan untuk mewarisi syarikat ayahnya itu. Suatu hari di pejabat, Dato’ Amir meminta Shahrizal untuk menjadi manantunya dan mengahwini Umairah. Apakah keputusan Shahrizal? Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?
Read More »

1 Nov 2016

Sinopsis Filem Mat Moto Otai

Sinopsis Filem Mat Moto Otai

Assalammualaikum..
Filem Mat Moto Otai telah pun ditayangkan di Pawagam pada 6 Oktober yang lalu. Kalau sebelum ni dah ada filem Mat Moto, kali ni ada filem Mat Moto Otai pula yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Dato Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Cat Farish, Opie Zami, Jue Aziz, Maznah Zolkifli, Wan Sharmila, Shasha Saidin, Hairul Asri serta ramai lagi. Dari tajuk filem ni pun dah tahu kan filem ni berkisarkan tentang Motor hehehe. Apapun jom tengok sinopsis ringkas filem ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Mat Moto Otai

Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang empat sahabat yang berusia pertengahan, mempunyai minat yang sama iaitu terhadap Motorsikal. Ia memaparkan tentang perjalanan mereka sebagai "Mat Moto Otai". 
Read More »

31 Okt 2016

Senarai Lagu Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 2016

Senarai Lagu - Lagu Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 2016

Assalammualaikum..
Tema untuk minggu ke-4 Gegar Vaganza 2016 adalah Duet Vaganza, yang menyaksikan semua peserta GV3 akan berduet dengan bintang2 Gegar Vaganza musim pertama dan kedua. Lagu-lagu duet yang diorang dapat pun semuanya best-best belaka. Konsert ke-4 nanti mesti gempaknyer kan. Apapun jom tengok senarai lagu - lagu yang akan diorang nyanyikan di Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu Keempat nanti, kat bawah ni k..

Senarai Lagu - Lagu Minggu Ke-4 Konsert Gegar Vaganza 2016

- Ameng & Siti Nordiana - Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)
- Azharina & Haleeda - Doa Buat Kekasih (Khatija Ibrahim & Ramli Sarip)
- Elly Mazlien & Acong - Jangan Menangis Sayang (Safura & Oney)
- G-mie & Nizam - Pada Syurga Di Wajahmu (Lefthanded)
- Intan Sarafina & Fazli Zainal - Aku Yang Tersakiti (Judika)
- Nora & Ayai - Terlanjur Cinta (Rossa &  Pasha)
- Shidi & Ezlynn - Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan)
- Siti Sarah & Rahmad - Bunga Angkasa (Terrarossa)
- Zarul & Faradhiya - Lelaki Ini (Anuar Zain)
- Zur Eda & Mamat - Rindu Bayangan (Carefree)
Read More »

Gegar Vaganza 2016 - Rem Tersingkir Di Minggu Ke-3

Rem Tersingkir Di Minggu Ke-3 Gegar Vaganza 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tak menyebelahi Rem apabila tersingkir di Minggu Ketiga GV3 Ahad lalu. Rem dan juga Elly Mazlein berada di kedudukan Bottom Two. Alaa sayangnyer Rem terkeluar, tapi kalau Elly Mazlein yang terkeluar pun tak best gak sebab hilang seri GV3 ni nanti. Ni masalahnyer bila suka semua peserta hehehe. Rem menyanyikan lagu Penawar Rindu nyanyian asal Orkid Abdullah, manakala Elly Mazlein pula menyanyikan lagu dangdut Perawan atau Janda. Nampaknya Ameng Spring dan Elly Mazlein ada lupa lirik sikit masa persembahan diorang tapi still menghiburkan. Azharina berada di kedudukan pertama di minggu ini dan aku memang suka dengar suara Azharina ni sebab memang sedap. Teringin nak dengar die nyanyi lagu balada yang best2 macam lagu Seruan Jiwa yang sedap dan bernada tinggi tu. Dah 3 minggu kedudukan top 3 menjadi milik Azharina, Siti Sarah dan Zarul Umbrella. Diorang bertiga ni sentiasa berada di kedudukan Top 3 gitu. Persembahan Zarul memang Wow minggu ni sangat bertenaga dan gempak gitu bila menyanyikan lagu Generasiku (OAG). Persembahan Sarah juga best dengan kehadiran Shuib disitu, Apapun minggu ke-4 nanti bertemakan Duet, dan semua peserta akan berduet dengan Artis2 Gegar Vaganza Musim Pertama dan Kedua.
Read More »

29 Okt 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Memang Berkesan

Minyak Herba Asma Mujarab Memang Berkesan

Assalammualaikum..
Baru - baru ni aku ada mengunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni untuk selsema, batuk dan Asma. Yup aku memang ada Asma sejak dari kecil lagi dan pernah 2 kali masuk hospital sebab Asma ni jer. Jadi Minyak Herba Asma Mujarab ni memang satu keperluan bagi aku, tambahan lagi aku ni juga jenis senang nak Selsema. Bila dah Selsema tu mulalah die start batuk-batuk n then ada gelema / kahak. Part ada kahak ni lah yang paling tak suka sekali sebab ianya memang mengganggu betul, pastu ada bunyi semua. Lepas sapu Minyak Herba Asma Mujarab kat tempat2 yang disarankan seperti dada, leher dan lain-lain tu, akan rasa berangin gitu dan melegakan plus tidak rasa panas pun berbanding minyak2 lain, malah melancarkan penafasan gitu. Bukan aku jer yang guna minyak herba asma ni malah Mak aku pun guna sekali untuk sapu di kakinyer yang sakit dan lenguh-lenguh tu. Minyak Herba Asma Mujarab ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi hinggalah ke orang tua.
Minyak ini dijamin halal dan selamat kerana ianya diproses oleh seorang Pakcik di Kampung yang sentiasa mengamalkan Perubatan Tradisional Asli. Maknanya ianya diproses 100% secara homemade sejak 40 tahun yang lalu dan dipasarkan secara Online lebih setahun. Proses penghasilan Minyak Herba Asma Mujarab ini secara tradisional dan ianya telah melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara dan bebas dari sebarang bahan merbahaya. Selain itu minyak ini juga tidak pernah diproses daripada kilang bertaraf GMP atau di R&D semula di bawah Syarikat SDN. BHD. Ini kerana ingin menjaga kualiti ramuan herba rahsia warisan turun temurun. Minyak Herba Asma Mujarab ni sesuai untuk bayi berkahak, Muntah-Muntah, Lelah, Semput, Selsema, Kembung Perut, Sakit Perut, Sakit Gigi, Terseliuh, Sakit Urat, Terkena Api, Digigit Serangga atau Binatang Berbisa dan lain-lain lagi. Cara penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah dengan sapu minyak di bahagian dada, leher, tengkuk, atas belakang tiap kali selepas mandi dan sebelum tidur, lagi kerap sapu lagi baik. 
Minyak Herba Asma Mujarab ni mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia dan di luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India. Jadi pada yang belum cuba menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni, aku rekomenkan korang try Minyak Herba Asma yang berkesan ni. Tapi sebelum beli tu korang kena berhati - hati, pastikan korang beli Minyak Herba Asma yang Original / Asli bukannya Fake / Tiruan. Tambahan lagi minyak ini mendapat sambutan hangat di Malaysia dan juga di luar negara menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Mereka menggunakan labels dan design yang sama, malah mereka juga cuba membuat R&D daripada kilang tanpa kebenaran pemilik asal. Maka dengan itu kita kenal pasti terlebih dahulu perbezaan Minyak Herba Asma Mujarab tu sama ada Asli atau Tiruan?.
Cara Untuk Mengenalpasti Antara Produk Asli dan Tiruan

Tiruan Peringkat Pertama
Tiruan Peringkat Kedua
Tiruan Peringkat Ketiga


Untuk memastikan Minyak Herba Asma Mujarab yang korang beli tu Original, korang boleh lihat di setiap botol Minyak Herba Asma Mujarab ini mempunyai HOLOGRAM, QR CODE & NOMBOR SIRI di BELAKANG BOTOL. Lihat contoh gambar di bawah.
Korang boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website. Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.
Untuk lebih mudah dan lebih faham, korang boleh rujuk video di bawah ni k..
Testimoni Pengguna Minyak Herba Asma Mujarab



Kalau Korang berminat nak mencuba Minyak Herba Asma Mujarab ni bolehla hubungi:-

--> HQ Encik Hafis : 0134806787 (Bahagian Pemasaran)
--> Puan Nurul : 0176239935 (Produk Owner)

Laman Web --> http://herbaasma.com/
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017