-->

17 Okt 2016

W - Korean Drama Review

Review Drama Korea - W (Two World)

Assalammualaikum..
Hari ni giliran drama W pula untuk direviewkan, aku yakin ramai yang dah tonton drama W ni sebab drama ni sememangnya sangat popular di Korea dan juga di negara2 yang lain termasuklah kat Malaysia ni. Jalan cerita drama W ni memang sangat unik dan menarik serta lain dari yang lain dari kebiasaannya membuatkan penonton tertunggu - tunggu apa yang akan jadi seterusnya serta ternanti - nanti akan kesudahan drama ini. Drama W ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Lee Jong Suk, Han Hyo Joo, Jeong Eu Gene, Lee Tae Hwan, Lee Si Un, Kim Eui Sung, Park Won Sang, Heo Jung Do serta ramai lagi. Drama ni disiarkan pada 20 Julai hingga 14 September 2016 menggantikan drama Lucky Romance yang telah tamat episodnya dan kemudian drama W ini akan digantikan pula dengan drama Shopping King Louis. Han Hyoo Joo memang kelihatan sangat cantik dalam drama ni dan drama W ini menjadi drama terbaru yang dilakonkannya selepas 6 tahun tak berlakon drama sebab hanya berlakon dalam filem je sebelum ini, drama terakhir yang dilakonkannya adalah Dong Yi (2010).
Pengarah drama W ni pernah mengarah drama - drama popular sebelum ini seperti drama She Was Pretty (2015), Cunning Single Lady (2014),  Arang and The Magistrate (2012) dan banyak lagi. Begitu jugak dengan penulis skrip drama ni yang pernah menulis skrip untuk drama2 best seperti The Three Musketeers (2014), Nine Times Time Travel (2013), Queen In - Hyun's Man dan lain lain lagi. So apabila diorang bergabung memang meletop lah kan hehehe, tertarik gak dengan idea kreatif drama ni yang menggabungkan dunia realiti dan juga dunia komik (Webtoon). Ilustrasi jalan cerita W dalam bentuk kartun / komik memang comel habis. Bagi aku hero drama ini laitu Lee Jong Suk, memang pandai pilih drama2 yang best2 untuk dilakokannya seperti drama2 die sebelum ini seperti I Hear Your Voice, Pinocchio dan banyak lagi. Agak mengerikan jugak bila bapa Oh Yeon Joo iaitu Oh Sung Moo hilang mukanyer hahaha, habis mata, hidung dan mulut xde, paling best masa bila tengok reaksi Park Soo Bong yang terkejut giler lalu menjerit hehehe. Watak Oh Sung Moo tu agak menarik juga bila die akan berubah jadi watak jahat gitu, watak jahat kedua dalam drama ni adalah Han Chul Ho yang memang tak habis2 cari pasal dengan Kang Chul.
Agak terhibur gak dengan gelagat doktor Park Min Soo yang merupakan orang atasan kepada Oh Yeo Soo tu, die ni memang fanatik dengan Komik / Webtoon W tu dan sering complain tentang ketidakpuasan hatinya sebagai pembaca setia komik W tu, terhadap watak Oh Yeon Joo yang ada dalam komik tu hehe. Lagu tema / OST W ni memang sedap2 belaka dan sesuai dengan jalan cerita drama ni. Gandingan Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo juga nampak sweet dan serasi. Nasib ending drama ni happy ending jugalah bila Kang Chul akhirnya dapat hidup di dunia realiti, cuma aku konfius gak, Kang Chul tu nanti kerja ape ek sebab die di dunia webtoon memang die kaya raya, tapi bila die di dunia realiti die tak punya apa2 pun. Walaubagaimanapun ending untuk bapa Oh Yeon Joo memang agak sedih jugalah sebab die akan lenyap dari dunia webtoon tu dan juga dari dunia realiti. Apapun bagi yang nak berjinak - jinak menonton drama Korea tu, harus jadikan drama W ni drama harus tonton korang. Apapun aku bagi 9.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Read More »

16 Okt 2016

Park Shin Hye In Malaysia (2016)

Pelakon Popular Korea, Park Shin Hye Di Malaysia

Assalammualaikum..
Nampaknya makin ramai dan makin kerap artis popular Korea Selatan berkunjung ke Malaysia, ada antaranya datang untuk buat konsert, fan meeting, tak lupa juga yang jadi duta produk dsbnya. Selepas Song Ji Hyo, kini tibalah giliran actress Park Shin Hye datang ke Malaysia buat pertama kalinya sempena pelancaran pembukaan Mamonde di Malaysia kot kalau aku tak silaplah hehehe.
Park Shin Hye tiba di Malaysia pada 13 Oktober yang lalu, memang ramai yang datang kat 1 Utama tu, dekat Airport pun ramai gitu, maklumlah bukan senang nak tengok pelakon popular Korea datang Malaysia gitu. Rasanya sape2 yang layann drama Korea pasti kenal dengan Park Shin Hye ni. Tambah2 drama terbaru lakonannya Doctor baru saja habis disiarkan.
Antara drama lakonan Park Shin Hye adalah seperti Your Beautiful, Flower Boy Next Door, The Heirs, Pinocchio, Doctor, The Royal Tailor (Film) dan banyak lagi. Semua gambar2 dalam entry ni credit to owner2 picture tersebut yer, aku ambil gambar2 ni dari Twitter.

Ketika di Airport KLIA
Park Shin Hye ni juga pernah muncul beberapa kali dalam gameshow popular Running Man

Read More »

15 Okt 2016

Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Assalammualaikum..
Filem Aliff Dalam 7 Dimensi sudah ditayangkan di pawagam bermula 8 September yang lalu dan sememangnya filem ini mendapat sambutan daripada penonton. Filem Aliff Dalam 7 Dimensi ini dilakonkan oleh Izzue Islam, Juliana Evans, Alif Satar, Kaka Azraff, Man Kadir, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan dan ramai lagi. Filem bergenre seram, aksi dan mistik ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd. Memang best tonton filem ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?
Read More »

14 Okt 2016

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Suri Hati Mr Pilot sudah pun mula disiarkan di Astro Ria bermula 10 Oktober yang lalu menggantikan Drama Abang Bomba I Love You yang telah tamat episodnya. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Suri Hati Mr Pilot karya Novelis Dyla Dyna dan dilakonkan oleh Fattah Amin, Neelofa, Ben Amir, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Azar Azmi, Fahad Iman, Aleza Shadan, Nina Juren, Eina Azman serta ramai lagi, Drama 16 episod ini diarahkan oleh Michael Ang dan merupakan terbitan Cube Film Sdn Bhd. Memang nampak best drama ni, tambahan lagi dah lama tak nampak Neelofa berlakon drama kan. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah ..
Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda. Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Lagu Tema / OST Suri Hati Mr Pilot
--> Selamanya Cinta Nyanyian Shila Amzah & Alif Satar
Read More »

11 Okt 2016

Baca Online Novel Suri Hati Mr Pilot

Baca Online Novel Suri Hati Mr. Pilot

Assalammualaikum..
Novel Suri Hati Mr. Pilot karya novelis Dila Dyna telah diadaptasikan menjadi drama bersiri dan tengah hangat disiarkan di Astro Ria. Novel Dia Semanis Honey juga merupakan hasil tulisannya yang turut diadaptasikan menjadi drama sebelum ini. Fattah Amin akan memegang watak Ejaz Fakhri dan Neelofa pula akan memegang watak Warda Erina. Jadi sambil2 menonton drama tu, boleh gak baca secara online novel Suri Hati Mr Pilot ni, just klik jer link2 kat bawah ni k. Selamat Membaca.
--> Bab 1..
--> Bab 2 Hingga 7 - Takde Link..
--> Bab 8..
--> Bab 9..
--> Bab 10..
--> Bab 11..
--> Bab 12..
--> Prolog..
Read More »

10 Okt 2016

Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Assalammualaikum..
Filem Radhi Rudy Bin Dadu arahan Arjin Uppal ini, sudah pun ditayangkan di Pawagam pada 8 September 2016 yang lalu. Filem ini dilakonkan oleh Soffi Jikan, Taiyuddin Bakar, Usop Wilcha, Puteri Sarah Liyana, Ezzaty Abdullah, Khatijah Tan, Roslan Abdullah, Ramesh, Allahyarham Datuk Aziz Satar dan ramai lagi. Filem Radhi Rudy Bin Dadu ini bergenre Aksi serta Komedi dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd yang pernah menerbitkan filem2 lain seperti Rasuk, Kerat 14, Darah Panas dll. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Mengisahkan tentang duda, Tuan Kassim dan dua orang anak lelakinya yang sering membawa masalah iaitu Radhi dan Rudy. Tuan Kassim sangat mengambil berat dan risau dengan kerenah anak-anaknya yang menunjukkan mereka tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam kehidupan akan datang. Konflik bermula apabila anaknya masing- masing telah berjumpa dengan pasangan mereka sendiri Tasha dan Rita. Namun Zakiah, ibu kepada dua wanita Tasha dan Rita yang ingin dikahwinkan adalah buah hati Tuan Kassim dan setelah berjumpa kembali Tuan Kassim ingin berkahwin dengan Zakiah. Sejak Radhi dan Rudy mengetahui perkara itu mereka cuba menghalang Tuan Kassim dari berkahwin dengan Zakiah sehingga berlaku satu kejadian yang tidak disangka iatu ugutan dari seorang gangster. Ugutan itu berpunca kerana Radhi dan Rudy telah menipu anak ketua gangster itu dengan jumlah duit yang banyak. Radhi dan Rudy terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikannya setelah keluarga mereka diculik oleh gangster itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya??..
Read More »

9 Okt 2016

Sinopsis Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

Sinopsis Drama Nasi Minyak Kuah Cinta Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Nasi Minyak Kuah Cinta ini adalah drama terbaru di Tv3 yang akan disiarkan di Slot Dahlia, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Emma Maembong, Nazrief Nazri, Aishah Ilyas, Shah Jaszle, Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Rizman Khuzaimi, Ieka Simone, Fara Mendoza dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

 Sinopsis Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

Mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah. Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis. Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha. Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’. Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?


Lagu Tema / OST Nasi Minyak Kuah Cinta
---> Hanya Dirimu Nyanyian Eleena Harris & Mark Adam
Read More »

Sinopsis Telemovie Ketika Daun Berzikir

Sinopsis Telemovie Ketika Daun Berzikir Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Telemovie Ketika Daun Berzikir akan disiarkan di Slot Cerekarama Tv3 pada 8 Oktober ini. Telemovie ini dilakonkan oleh Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Telemovie yang berunsurkan keagamaan ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari iklan cite ni memang nampak best dan penuh pengajaran gitu. Gambar diatas credit to blog Infotaip, apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Ketika Daun Berzikir

Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka terlampau leka dengan duniawi. Muzir cuba mengubah kehidupan anak2 nya itu. Walaubagaimanapun menantu Muzir iaitu Tasha tidak suka dengan campurtangan Muzir dalam hidupnya dan juga Farid. Muzir kemudiannya berkenalan dengan seorang budak muda bernama Ali dan mula menganggap Ali seperti anaknya. Disebabkan satu kejadian, Muzir dan Ali akhirnya pulang semula ke kampungnya.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017