-->

9 Okt 2016

Sinopsis Telemovie Ketika Daun Berzikir

Sinopsis Telemovie Ketika Daun Berzikir Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Telemovie Ketika Daun Berzikir akan disiarkan di Slot Cerekarama Tv3 pada 8 Oktober ini. Telemovie ini dilakonkan oleh Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Telemovie yang berunsurkan keagamaan ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari iklan cite ni memang nampak best dan penuh pengajaran gitu. Gambar diatas credit to blog Infotaip, apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Ketika Daun Berzikir

Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka terlampau leka dengan duniawi. Muzir cuba mengubah kehidupan anak2 nya itu. Walaubagaimanapun menantu Muzir iaitu Tasha tidak suka dengan campurtangan Muzir dalam hidupnya dan juga Farid. Muzir kemudiannya berkenalan dengan seorang budak muda bernama Ali dan mula menganggap Ali seperti anaknya. Disebabkan satu kejadian, Muzir dan Ali akhirnya pulang semula ke kampungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017