-->

24 Okt 2016

Uncontrollably Fond - Review Drama Korea

Korean Drama Review - Uncontrollably Fond

Assalammualaikum..
Drama Uncontrollably Fond ni dah habis disiarkan pada 8 September yang lalu dan tarikan utama drama ni mestilah sebab pelakonnya sangat popular gitu iaitu Kim Woo Bin dan Suzy. Drama ni memang bergenre melodrama gitu dan mempunyai banyak scene2 sedih dan tragis, kiranya drama air mata gitu hehehe. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Kim Woo Bin, Suzy, Lim Ju Hwan, Lim Ju Eun, Jin Kyung, Lee Seo Won, Yu Oh Seong, Jun Sun Kyung, Ryu Won dan ramai lagi. Penulis skrip drama ni dah pernah menulis skrip untuk drama2 popular seperti A Love To Kill, The Innocent Man dan lain2 lagi. Kalau tengok dari drama2 yang terdahulu yang dihasilkan oleh penulis skrip drama ni, memang dah boleh agak yang penulis skrip drama ni gemar menghasilkan skrip2 yang sedih, tragis dan melodrama. Lakonan Kim Woo Bin sebagai watak Shin Joon Young juga sangat cemerlang dan menyakinkan sekali. Ada ramai juga pelakon yang jadi cameo dalam drama ni seperti Lee Joon Ho, Lee Yoo Bi, Yoon Park dan ramai lagi. Drama ini akan digantikan dengan drama On The Way To The Airport.
Apapun memang geram tengok watak jahat dalam drama ni iaitu bapa kandung Shin Joon Young iaitu Choi Hyun Joon dan isterinya tu iaitu Lee Eun Soo. Paling geram mestila kat Isteri Choi Hyun Joon tu, nampak jer baik n lemah lembut tapi sebenarnya jahat giler, sampai anak sendiri pun die sanggup sabotaj. Nasiblah masa penghujung cerita Choi Hyun Joon tu akan sedar kesalahannya dan serah diri pada polis. Tapi tulah isteri die terlepas plak, patutnya isteri die tu pun kena dapat pengajaran juga tapi senang2 terlepas. Dari awal cerita memang penonton akan tahu yang watak hero akan mati di akhir cerita disebabkan penyakitnya, namun ramai juga yang mengharapkan yang watak hero akan happy ending. Kalau kita imbas balik ending drama The Innocent Man yang mana watak hero juga menghidap penyakit dan akan mati, namun die berjaya hidup selepas pembedahan tapi berbeza dengan drama Uncontrollably Fond ni sebab watak hero memang akan mati cuma sebelum die mati tu semua masalahnya dah selesai dan die dapat hidup dengan tenang disamping gadis kesayangannya iaitu No Eul. Walaubagaimanapun agak stress tengok watak Mak Shin Joon Young yang layann anak die dengan teruk sekali selepas kecewa anak die tak nak jadi peguam sebaliknya jadi artis. Shin Joon Young pun satu, patutnya terus terang jerlaa dengan mak die, kan senang.
Selain tu tak leh blah tengok karakter Shin Joon Young yang tak tetap pendirian, awalnya bukan main lagi dok ngorat No Eul tu, lepas tu boleh plak tak hiraukan No Eul tu plak. Nasiblah No Eul tu dapat tahu tentang penyakit S. Joon Young tu secara tak sengaja. No Eul ni plak, die dari awal dah hidup susah sebab tu die sangat obses dengan duit dan sanggup buat apa saja asalkan dapat duit walaupun duit yang die dapat tu dari musuh ketat die tapi die still terima duit tu. Lim Ju Eun yang pegang watak sebagai Yoon Jung Eun tu sangat mirip dengan pelakon popular Park Shin Hye. Tak sangka ada ramai juga pelakon yang ada iras2 wajah Park Shin Hye ni. Selain tu tak leh blah plak tengok anak bongsu Choi Hyun Joon iaitu Ha Roo bercinta dengan adik No Eul iaitu No Jik sedangkan keluarga diorang ni kan ada sejarah hitam gitu. Apapun kisah percintaan diorang ni tergantung sebab dah putus disebabkan masalah keluarga diorang. Banyak juga pengajaran dalam drama ni, tentang bagaimana nasib orang miskin yang tidak terbela selagi orang kaya masih melakukan rasuah secara berleluasa dan sering terlepas dari undang2, sedangkan yang kaya akan terus kaya manakala yang miskin akan terus tertindas. Kagum tengok sikap Shin Joon Young yang cuba mencari keadilan buat No Eul walaupun dirinya menderita dengan penyakitnya serta kesalahannya pada No Eul.
Aku rasa semua pelakon dalam drama ni memang memberikan yang terbaik pada watak masing2, nampak real jer lakonan diorang tu. Lagu Tema / OST drama ni juga sedap didengar, aku tengok banyak lokasi shooting drama ni dibuat kat tempat yang cantik - cantik belaka, banyak pemandangan indah gitu, salji turunlah, daun - daun kering berguguranlah, kawasan perumahan tepi laut dan banyak lagi tempat2 yang cantik dalam drama ni. Aku selalu menonton drama ni kat TV jer hehehe malas nak tengok kat tenet, tapi kalau ada episod2 yang aku rasa best, aku akan tonton kat tenet. Ending drama ni memang dah dijangka tapi sedihla juga sebab No Eul akhirnya meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang dan mengingati S.Joon Young. Aku rasa akan lebih bagus kalau No Eul dan Shin Joon Young tu kahwin sebelum S.J.Young tu mati kan. Lagi bagus kalau diorang ada anak, kesian jugalah kat mak S.J.Young tu sebab anak die dah takde tapi nasiblah ada seseorang yang memang akan menjaga dan menyayangi mak S.J.Young tu. Scene masa Mak S.J.Young datang melawat S.J.Young kat rumah die tu sangat sedih juga bila S.J.Young dah tak kenal dengan mak die sendiri. Tapi lepas die makan masakan mak die tu semua baru die teringat semula dan diorang menangis semua. Last Scene die dengan No Eul tu pun sedih jugak.
Aku rase sesape yang suka tengok drama yang ada banyak konflik, melodrama semua memang patut tengok drama ni, walaupun ianya akan buat korang jadi geram sedikit, tapi berbaloi menonton cite ni. Aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ni. 

2 ulasan:

  1. kekadang stress dgn drama korea pnya conflict tapi addicted, hahaha

    BalasPadam
  2. kat mana nak tgk k drama ni tgk subtitle bm

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017