-->

17 Jan 2014

Lagu Dan Drama Mawar Putih Tanda Perpisahan

Assalammualaikum..
Ada sesape yang pernah tengok drama terbaik Anugerah Skrin 2013 iaitu Mawar Putih Tanda Perpisahan yang dilakonkan oleh Rosyam Nor, Nad Zainal dan ramai lagi. Seriously Drama ni memang sangat best patutlah sampai menang Drama Terbaik gitu. Sape yang dah tengok drama ni mesti perasan lagu tema cite ni yang tajuknya sama dengan tajuk drama ni iaitu lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan. Rasanya pas dengar lagu tu majoriti akan suka dengan lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ni sebab memang sangat sedap didengar, mendayu-dayu gitu. Sesuai dengan jalan cerita drama tersebut yang sangat sedih. 
Dah lama tak tengok drama Melayu yang best macam ni, pelakon hebat, jalan cerita yang menarik, lagu tema yang best, sinematografi yang indah. Pendek kata drama yang berkualiti gitu. Dalam drama ni suka tengok Rosyam Nor tulis diari dalam jawi memang terbaik. Pada yang tak tengok lagi drama ni bolehlaa godek2 tenet kot2 ada link yg boleh tengok online ker kan. Berbalik pada lagu tema drama ni yang sedap tu sebenarnya adalah lagu lama yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Kemudian lagu ni dinyanyikan pula oleh Monoloq dalam irama yang lebih segar dan terkini. Versi terbaru dinyanyikan oleh Baby Shima dengan lagu ni ditukar ke irama malaysia memang sedap sangat.

jom tengok lirik lagu dan videonyer k..
Lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan..

Sekuntum Haruman Hadiahmu
Di Hari Terakhir
Bunga Mawar Yang Putih
Tanda Hati Bersih Suci Mewangi
Kedinginan Malam
Seolah Mengerti Perasaan
Dua Insan Bertemu
Dalam Sendu Mengiring Perpisahan

Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Menanti Penuh Setia
Demi Kasih Illahi
Ku Pasrah Terima
Dinda Doa Kan Aman Sejahtera

Pilu Sebak Dada
Melepaskan Kanda Bersendirian
Namun Aku Berjanji
Kan Ku Sanjung Dewata Cintaku
Bunga Mawar Putih
Tanda Kasih Sayang Mu
Dinda Cuma Berdoa
Moga Kanda Menanti Di Syurga

Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Disini Kan Setia
Demi Kasih Illahi
Ku Pasrah Terima
Dinda Doa Kan Aman Sejahtera

Dari Riak Pandanganmu Yang Sayu
Aku Tahu Kesedihanmu
Aku Jua Rasa Terkilan Dihati 
Namunku Pendamkan Dijiwa

Senyumlah Kanda Buat Azimat Dinda
Semoga Sepikan Terhibur


Salam Maulidur Rasul untuk semua yer..

6 ulasan:

  1. Abak prnah tngok... sdih kan...

    Salam Maulidur Rasul...Abak nak ajak join segmen :

    http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

    BalasPadam
  2. x penah tgk la..tp rasa mcm nk tgk jer ... mesti sedih citer dia kan..

    BalasPadam
  3. Cinta bersih 2 insan....

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017