-->

23 Apr 2014

Bride Of The Century - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni buat Review Drama Korea yang baru habis ditayangkan beberapa minggu yang lalu iaitu Bride Of Century yang dilakonkan oleh Lee Hong Ki dan Yang Jin Sung. Lee Hong Ki ni merupakan seorang penyanyi juga dan mempunyai groupnya sendiri iaitu FT Island yang sememangnya popular n suara L.Hong Ki bila menyanyi mmg sedap hehe. Drama ini merupakan drama pertama Yang Jing Sung memainkan watak utama, sebelum ini die banyak memainkan watak sbg pelakon pembantu saja. First time tgk Yang Jing Sung berlakon, masa drama City Hunter. Uniknya drama ini apabila heroin cerita ini iatu Y.J.Sung akan memainkan 2 watak utama yg mempunyai wajah seiras tapi berbeza personaliti iaitu sebagai Na Doo Rim dan Jang Yi Kyung.
Drama ini mempunyai 16 episod, First time tengok Lee Hong Ki memegang watak yang matang iaitu sebagai Choi Kang Ju Pewaris Taeyang Group yang dingin dan sukar didekati. Sebelum ni dah biasa tengok L.Hong Ki pegang watak yg happy go lucky n ceria jer mcm dlm drama You Beautiful tu. Drama ini ada misteri2 sikit n ada hantu juga serta kisah percintaan dan kelahiran semula. Jom layan Sinopsis drama ni..
Choi Kang Ju datang dari keluarga kaya raya (Choi Family) yg mempunyai Syarikat terkenal Taeyang Group  dan Choi Kang Ju telah ditunangkan dgn Jang Yi Kyung atas pilihan keluarga. Wbgaimanapun Keluarganya (Choi Family) terkena sumpahan selama 100 tahun yang mana Pengantin Perempuan untuk anak sulung dari keluarga Choi akan mati di hari pertama perkahwinan. Hal ini diketahui oleh ibu J.Yi Kyung dan dia cuba membuat agendanya sendiri dengan mencari penganti anaknya yg mempunyai muka seiras dgn anaknya untuk berlakon sbg J.Yi Kyung. Manakala Ibu C.Kang Ju sedaya upaya mahukan J.Yi Kyung menjadi menantunya sekaligus sebagai korban kepada sumpahan tersebut.
Akhirnya Na Doo Rim bersetuju untuk berlakon sbg Jang Yi Kyung atas sebab mahu melangsaikan kos perubatan neneknya. Abang tiri J.Yi Kyung iaitu Yi Hyun menjadi orang yang mengajar N.Doo Rim ttg gaya hidup org kaya. Dalam tak sedar Yi Hyun telah jatuh hati dgn Doo Rim disebabkan sifat Doo Rim yg baik hati dan sangat ceria tu berbeza dgn adiknya J.Yi Kyung yg dingin dan materialistik. Choi Kang Ju tidak sedar akan perbezaan dan perubahan yg berlaku pada tunangnya dan terus jatuh cinta pada tunangnya itu yg sebenarnya adalah Na Doo Rim bukannya J.Yi Kyung. Bermulalah cinta tiga segi kat sini antara Abang J.Y.Yung dan C.K.Ju pada N.D.Rim. Manakala N.D.Rim telah menolak cinta Yi Hyun sebaliknya die telah jatuh cinta pada C.Kang Ju. Akhirnya dia mahu menjadi isteri C.Kang Ju walaupun untuk sehari n sanggup menjadi korban sumpahan tersebut.
tu ler gambar hantu tu hihi dalam drama tu akan diceritakan juga pasal kisah hantu tu, kenapa die boleh jadi hantu dan kenapa die menolong dan mahu menyatukan Na Doo Rim dengan Choi Kang Ju. Apa yang akan jadi pada Na Doo Rim?adakah die benar2 mati lepas berkahwin dgn C.K.Ju? atau adakah Na Doo Rim akan terima Cinta Yi Hyun yg terlantar di hospital akibat mempertaruhkan nyawanya menyelamatkan Na Doo Rim dari dibunuh oleh mak tirinya? Jika Na Doo Rim tidak mati lepas berkahwin dengan Choi Kang Ju, adakah Mak Yi Kyung dan Yi Kyung akan berdiam diri?Bagaimana penerimaan Choi Kang Ju pada Naa Doo Rim dan Jang Yi Kyung lepas ditipu oleh mereka berdua? 
Mak dan nenek Choi Kang Ju juga mempunyai rahsianya sendiri apa yang akan jadi bila rahsia tu pecah? begitu juga nenek Na Doo Rim yang turut mempunyai perkaitan dengan keluarga Choi di masa lampaunya. Kalau nak tahu kena lah tengok drama ni, memang banyak misteri dalam drama ni dan semuanya akan terjawab di akhir2 episod drama ni. Misteri disebalik sumpahan tu juga menarik untuk diketahui. Pelik juga kenapa muka Jang Yi Kyung dengan Na Doo Rim seiras sedangkan mereka bukan kembar seiras pun dan datang dari keluarga berbeza rupanya kerja hantu tu. Hantu tu ada kuasa yang boleh tukar rupa Yi Kyung semasa bayi menjadi seiras dgn Na Doo Rim dan mereka diibaratkan sebagai matahari dengan bayang-bayangnya yang mana Yi Kyung akan sentiasa menjadi bayang-bayang pada Na Doo Rim.
Apapun lakonan heroin drama ini iaitu Yang Jin Sung memang terbaik die berjaya membawakan dua watak yang berlainan personaliti dengan amat baik sekali dan penonton dapat membezakan watak Na Doo Rim dengan Jang Yi Kyung dengan ketara sekali. Watak Jang Yi Kyung jarang tersenyum sebaliknya hanya memberikan senyuman sinis saja beza dgn Na Doo Rim yang murah dengan senyuman. Latar masa drama ni adalah dlm tempoh masa 100 tahun yang mana ada ditunjukkan kisah hidup keluarga Choi dari zaman dulu hingga zaman kini. 
Apapun drama ni memang menarik untuk ditonton, dari kisah misterinya hinggalah ke kisah percintaan diorang tu, ada gak scene2 kelakar dlm drama ni yang seronok ditonton. Apapun selamat menonton bagi yang nak menontonnya. Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang.
Baca Yang Ini Jugak- Klik pada tajuk entry dibawah untuk membaca entry berkenaan.

Review Drama Lakonan Lee Hong Ki Yang Terdahulu-
Review Drama Lakonan Yang Jin Sung Yg Terdahulu-

5 ulasan:

  1. tu la...cita nie mcm best..nak layan gak nanti.. :-)

    BalasPadam
  2. akhirnya dapat juga tajuk cerita ni, haritu tengok customer tengok cerita ni tapi tajuk bahasa cina..tak tau english nya. apa.. thanks u!

    BalasPadam
  3. mcm best je jelan cerita dier

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017