-->

19 Mei 2016

Come Back Mister - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Come Back Mister

Assalammualaikum..
Kali ni tibalah giliran Drama Korea Come Back Mister untuk direviewkan, drama ini mempunyai 16 episod dan habis ditayangkan di Korea pada 14 April yang lalu. Drama Come Back Mister ini dilakonkan oleh ramai pelakon yang best dan popular, antaranya ialah Rain, Oh Yeon Seo, Lee Min Jung, Lee Ha Nui, Yoon Bak, Choi Won Young, Kim Soo Ro, Kim In Kwon dan ramai lagi. Bila ada ramai pelakon yang best2 ni mestilah teruja nak tonton drama ni kan, namun bila tengok episod pertama drama ni jer dah boring giler hahaha sebab di episod pertama diorang memfokuskan tentang kisah hidup 2 orang ini iaitu Kim Young Soo dan Han Gi Tak, dari diorang hidup hinggalah mati, bila masuk episod kedua dan seterusnya barulah muncul Rain dan Oh Yeon Soo tu. Drama ini juga turut mendapat rating yang rendah, disamping kena bersaing dengan drama popular kesukaan ramai iaitu Descendent Of The Sun. First time aku tengok Oh Yeon Seo kelihatan sangat cantik dan seksi dalam drama hahaha sebab dalam drama2 sebelum ni, watak die lebih sopan. Watak Oh Yeon Seo sebagai Han Gi Tak dan Han Hong Nan memang menjadi, kasar betul tapi cantik hehe. Gandingan die dan Rain memang serasi giler, aku sangat suka tengok adegan2 kelakar yang membabitkan Rain dan Oh Yeon Seo ni sebab mmg lawak habis.
Selain tu agak pelik juga tengok gandingan Oh Yeon Seo dan Lee Ha Nui yang terlalu rapat dan ala2 kawan baik dalam drama ni, sebab sebelum ni kedua-dua diorang bermusuh dan berebutkan lelaki yang sama dalam drama diorang berdua sebelum ini iaitu Shine Or Go Crazy. Aku memang terhibur dengan scene2 lawak dalam cite ni dan Lee Min Jung juga kelihatan sangat qiut dan cantik dalam drama ni n watak Lee Min Jung sebagai Shin Da Hye tu memang sangat sesuai dengannyer, cuma agak boring sikit bila die asyik sedih n menangis jer. Aku juga skip beberapa episod dan hanya baca recap episod2 tersebut di internet. Dari komen2 yang aku baca ramai juga yang suka dengan drama ni, tapi bagi aku entahlaa, aku rasa drama ni agak sendu dan boring bagi aku. Disebabkan aku dah tengok beberapa episod awal so aku teruskan jer laa tengok sampai habis, walaupun aku ada skip bababk2 yang tak best. Jalan cerita drama ni agak perlahan dan sedikit bosan, sayang juga sebab ada banyak pelakon2 best dalam cite ni tapi tak berjaya membuatkan drama ni menjadi drama kesukaan aku. Drama Rain yang sebelum ini iaitu My Lovely Girl juga tak best dan begitu juga dengan drama ni yang sedikit boring. Namun lakonan semua pelakon dalam cite ni memang gempak, cuma jalan cerita drama ni jer yang agak lembab.
OST drama ni bolehla tahan tapi takdelah sampai aku gi download ker aper kan hihi. Ending drama ni takdelah happy ending sangat tapi endingnyer kira logik n masuk akal lah hahaha. Ending die boleh dikatakan sedih juga bila Han Gi Tak dah melanggar syarat yang ditetapkan, yang mana die dilarang membalas dendam, tapi die buat juga, maka kewujudan dirinya dan segala kenangan mahupun memori tentang dirinya semasa hidup akan lenyap dan dihapuskan. Maknanya semua yang mengingati Han Gi Tak sebelum ni dah jadi tak kenal langsung dengan Han Gi Tak dah. Manakala watak Rain pula akan kembali semula ke alam lain. Sedih juga part Shin Dae Young yang macam boleh mengagak apa yang berlaku, die dah boleh agak yang di dalam badan Rain tu sebenarnya adalah suaminya yang telah mati. Sedih la jugak masa diorang berpisah tu, dan aku tak faham gak dengan perangai Kim Young Soo yang terlampau bekerja keras tu sampai keluarganya sedikit terabai. Walaupun die rajin, dan terlampau fokus dengan kerjayanyer tapi dirinya tidak dilayan dengan baik di tempat kerja, sentiasa dibuli oleh orang atasan, sampai die dah tak larat giler pun die masih lagi nak kerja keras yang tak bertempat. Boleh plak buat kerja bodoh nak tolong gi betulkan kain banner tu semua, last2 terjatuh dari tempat tinggi lalu mati.
Dalam drama ni ada gak twistnyer, yang mana Shin Da Young tu sebenarnya adik Han Gi Tak, maknanya suami Shin Dae Young iaitu Kim Young Soo tu adik ipar Han Gi Tak lah, kiranya ada kaitan antara satu sama lain. Tambahan lagi Han Gi Tak dan Kim Young Soo mati pada hari dan waktu yang sama dan mereka bertemu di alam yang lain, kemudian memohon untuk kembali ke dunia untuk menyelesaikan urusan yang masih belum selesai. Twist atau kejutan seterusnya apabila anak perempuan Kim Young Soo dan Shin Dae Young tu sebenarnya bukanlah anak kandung K.Young Soo, sebaliknya anak Shin Dae Young dengan bekas Boyfriend nyer yang juga merupakan kawan baik K.Young Soo iaitu Jung Ji Hoon. Semasa K.Young Soo masih hidup, die tak tahu langsung siapa bapa kandung kepada anak perempuannya tu, bila die dah jadi Rain baru die dapat tahu tu anak kawan baik die. Selain tu dalam drama ni ada juga isu berebut wang simpanan apa ntah yang merupakan rebutan oleh orang jahat dalam cite ni. Kalau takde isu pasal berebut duit tu pun takpe kot sebab macam tak penting jer nak diselitkan dalam drama ni. Apapun drama ni masih boleh ditonton sebab scene2 lawak dalam cite ni sememangnya best.
Selepas drama Come Back Mister ni tamat, drama Entertainer lakonan Ji Sung dan Hyeri akan disiarkan. Hero Kill Me Heal Me bergandingan dengan Heroin Reply 1988 gitu. Apapun untuk drama Come Back Mister ni aku bagi 6 Bintang dari 10 Bintang untuk cite ni.

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017