-->

6 Mei 2016

Sinopsis Drama Mak Cun 2 TV3

Sinopsis Drama Mak Cun 2 Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Nampaknya drama Mak Cun kembali lagi dengan Mak Cun 2 yang telah disiarkan mulai 29 April yang lalu, menggantikan drama Jasmine yang tamat episodnya. Drama Mak Cun yang pernah menjadi kesukaan penonton kembali dengan musim baru dan masih dibarisi pelakon yang sama antaranya Eirma Fatima, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Azwan Kombos, Betty Rahmad dan ramai lagi. Terdapat juga pelakon lain yang baru berlakon di musim kedua Mak Cun ni iaitu Dafi, Norish Karman, Azrel Ismail dan beberapa bintang undangan lain. Drama Mak Cun 2 mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Nampak menarik gitu musim baru drama Mak Cun 2 ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..


Sekembalinya dari Bangkok, perniagaan Mak Cun semakin maju. Pak Akob mula memasang strategi menembusi pasaran luar negara. Dia percaya jika berjaya membawa bedak sejuk Mak Cun ke peringkat global, Mak Cun akan berkahwin dengannya. Walaubagaimanapun Mak Cun diuji lagi apabila dirinya ditipu dengan rakan kongsi barunya iaitu Dato Linda. Hal ini menyebabkan Mak Cun, Pak Akob, Atul terpaksa pergi ke KL untuk mencari Dato Linda. Namun hampa apabila kilang kepunyaan Dato Linda dah ditutup. Keadaan makin panas apabila Mak Cun merajuk dengan anak bongsunya Atun yang asyik memarahinya atas kelalaiannya. Manakala Kamarul asyik mendesak ibu tirinya Manisah untuk pergi meminang anak Mak Cun iaitu Atul. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017