-->

3 Jun 2016

Neighborhood Hero - Korean Drama Review

Neighborhood Hero - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Ikutkan dah lama dah tengok drama Korea Neighborhood Hero / Local Hero ni, sekarang baru ada masa nak buat Review cite ni. Drama ini disiarkan di Korea pada 23 Januari - Mac 2016 dan mempunyai 16 episod serta dilakonkan oleh Park Shi Hoo, Lee Soo Hyuk, Kwon Yuri (Girls Generation), Jo Sung Ha, Yoon Tae Young dan ramai lagi. Lama tak tengok Park Shi Hoo ni berlakon, tambahan lagi die dilanda kontroversi yang teruk sehingga mengambil masa untuk die buat comeback. Last tengok die berlakon dalam drama Cheongdamdong Alice bersama Moon Geun Young. Drama ini bergenre Aksi, Thriller, Misteri dan Jenayah. Episod pertama cite ni maybe sedikit bosan namun ianya jadi makin best masuk episod kedua dan seterusnya. Lee Soo Hyuk dapat watak yang sesuai dengannyer, aku suka tengok watak die dalam cite ni berbanding drama die sebelum ni yang die jadi pontianak jahat ker ape ntah hehehe. Ni kali pertama gak aku tengok Yuri dari kumpulan Girls Generation berlakon. Park Shi Hoo banyak melakukan adegan aksi dalam cite ni.
Drama ini mengisahkan tentang Baek Shi Yoon (Park Shi Hoo) yang merupakan bekas Agent / Spy Rahsia yang baru keluar dari penjara selepas mision di Macau gagal disamping rakannya juga mati disebabkan misi itu. Dia kemudian membeli sebuah Bar yang diberi nama Neighborhood Bar dan menyembunyikan identitinya dari semua pekerja dan pelanggannya di situ. Dia kemudiannya menjadi rapat dengan bekas owner bar yang dibelinya itu dan akhirnya die mengetahui yang ex owner tu pun bekas spy juga dan rupa-rupanya Neighborhood Bar ini menjadi tempat lepak bekas2 agen rahsia yang lain dan kesemuanya mempunyai rahsia mereka yang tersendiri. B.Shi Yoon juga mempunyai agendanyer yang tersendiri, dimana dalam diam, dia cuba menyiasat sekaligus ingin membalas dendam terhadap dalang / "orang dalam" yang menyebabkan kegagalan misinya di Macau dan juga kematian kawan baiknyer. Di samping itu Baek Shi Yoon juga menyamar sebagai "Shadow" dan mengguna kemahirannya dalam berlawan untuk menolong orang2 yang ditindas atau diganggu oleh orang jahat di kawasan terbabit. Choi Chang Gyu (Lee Soo Hyuk) pula bercita-cita ingin menjadi pegawai polis, suatu hari die diupah oleh Detektif Im Tae Ho untuk memantau secara rahsia mengenai aktiviti harian beberapa bekas agen / spy rahsia yang telah bersara.
Walaubagaimanapun semua ex - agen / spy yang dipantau oleh Choi Chang Gyu akhirnya dibunuh oleh seorang yang tidak diketahuinya dan menyebabkan C.Chang Gyu menjadi suspek utama kes pembunuhan tersebut namun akhirnya dibebaskan. Kemudian C.Chang Gyu ditugaskan untuk memantau aktiviti Baek Shi Yoon dan menyebabkan C.Chang Gyu harus sering berada di Neighborhood Bar kepunyaan Baek Shi Yoon. Disitu juga C.C.Gyu telah jatuh cinta dengan Bae Jung Yeon (Yuri) yang bekerja disitu. B.Shi Yoon dapat mengagak yang dirinya kini dalam perhatian, dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dalam suatu kejadian lain, Choi Chang Gyu telah mengetahui rahsia Baek Shi Yoon yang lain iaitu The Shadow yang menjadi sebutan ramai itu. Kemudian C.Chang Gyu merayu kepada Baek Shi Yoon agar mengajarnya ilmu mempertahankan diri supaya die dapat mengikut jejak langkah B.Shi Yoon sebagai "Shadow" yang seterusnya. Agak geram juga bila tahu yang dalang semua ni adalah orang atasan Baek Shi Yoon juga. Memang banyak aksi lawan2 dalam cite ni dan jalan ceritanya makin best dan suspen episod demi episod. Selain itu drama ini juga tak memfokuskan tentang cinta tiga segi ker apa ker cuma diselitkan sedikit tentang percintaan B.Shi Yoon dengan ex-girlfriend die dulu yang juga merupakan seorang agen rahsia.
Walaupun Park Shi Hoo dan juga Yuri adalah hero dan heroin drama ni namun watak diorang takkan bercinta kerana watak Yuri akan bercinta dengan watak Lee Soo Hyuk. Manakala hubungan watak Yuri sebagai Bae Jung Yeon dan Baek Shi Yoon hanyalah sekadar pekerja dan majikan, namun setelah B.Jung Yeon mengetahui identiti sebenar Baek Shi Yoon iaitu sebagai bekas agen rahsia dan juga "Shadow"die makin mengagumi B.S.Yoon dan menganggap B.S.Yoon sebagai wira gitu. Walaubagaimanapun aku agak kurang gemar dengan bekas girlfriend B.S.Yoon yang tiba2 muncul balik dalam hidup BSY tu, rasanya watak die kalau tak dipanjangkan pun takpe kot hihihi. Muka pelakon yang memegang watak Yoon Sang Min tu sangat familiar bagi aku, fikir punya fikir baru teringat yang nama dia adalah Yoon Tae Young, dan die ada berlakon dalam drama The Night Watchman sebelum ni, patutlah muka die familiar lagipun dalam drama Neighborhood Hero ni, watak die ala2 gangster moden gitu, pakaian pun cantik2 hehe. OST drama ni boleh tahan gak laa, manakala ending drama ni kira okeylaa cuma ending die tak dijangka jugalah terutamanya untuk watak Baek Shi Yoon tu.
Ingatkan selepas semua selesai B.Shi Yoon tu akan terus stay di kawasan Neighborhood Bar tu tapi tidak, die masih teruskan penyamarannya menjadi "Shadow" dan menolong orang2 di tempat lain, disamping disitu takde siapa yang mengenalinya. Manakala C.Chang Gyu pula dah berjaya jadi polis begitu juga dengan Bae Jung Yeon yang dah berjaya jadi penulis buku terkenal. Namun kisah percintaan antara C.C.Gyu dan B.Jung Yeon tu macam tergantung sikit, setelah sekian lama pun masih macam tu jer hubungan diorang berdua ni. Tapi aku rasa best bila B.Shi Yoon tu dapat menarik 2 bekas spy yang lain untuk bekerjasama dengannya untuk menyiasat dan mencari bukti tentang dalang yang menyebabkan pembunuhan ex agen yang lain. Apapun aku rasa drama ni best dan seronok ditonton, ditambah dengan jalan ceritanya yang suspen dan aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
P/s - Kalau korang nak baca Review Drama Korea yang lain jangan lupa Klik kat Menu Tab Review Korean Drama kat belah atas blog ni ye..

1 ulasan:

  1. nice review!
    haritu tengok first episode macam slow je, in the end tak jd tgk :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017