-->

21 Mei 2018

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Novelis Suri Ryana, Novel Online, Astro Ria, 2018, Poster, Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Bulan Ramadan, Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain,
Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju (Drama Adaptasi Novel)

Drama Klik! Pengantin Musim Salju telah pun mula disiarkan di Astro Ria sejak 14 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam. Antara Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini adalah Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi dari Novel Klik! Pengantin Musim Salju hasil karya novelis terkenal Suri Ryana. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd. Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini juga telah berjaya menggandingkan semula Alif Satar dan Siti Nordiana selepas kejayaan Drama Dia Semanis Honey. Lebih best bila diorang shooting dekat Jepun tu dan kualiti gambar pun cantik sangat. Manakala OST drama ini juga dinyanyikan sendiri oleh Alif Satar dan Siti Nordiana. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra (lakonan Alif Satar) mengajak Kay / Kaseh Lateefa (lakonan Siti Nordiana), gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya iaitu Karlisha Zandra (lakonan Atikah Suhaime) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham (lakonan Lan Solo), mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra. Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. 
Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Novelis Suri Ryana, Novel Online, Astro Ria, 2018, Poster, Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Bulan Ramadan, Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain,
Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.
Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael (lakonan Adam Lee), sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Lagu Tema / OST Klik! Pengantin Musim Salju 
➔ Sebenarnya nyanyian Alif Satar & Siti Nordiana 

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. Hye! BW here :D

    http://koxtau.blogspot.my/2018/05/kurung-cotton-meletop.html

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum & selamat pagi dari Maznee. Singgah blogwalking blog sis mulan. Salam ramadhan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017