-->

29 Mei 2018

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (Akasia TV3)

Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Novel Halalkan Hati Yang Kucuri, Novelia Mia Kiff, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, 2018, Slot Akasia, TV3, Drama Bulan Ramadan, Cinta, Poster, OST Halalkan Hati Yang Ku Curi, Pelakon Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani,
Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi - Slot Akasia TV3

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Fatamorgana yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran sejak 23 Mei yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff. Antara Pelakon Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini adalah Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani dan ramai lagi. Selain itu drama 27 episod ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama Halalkan Hati Yang Kucuri ini memang nampak menarik jalan ceritanya, ada pengajaran gitu, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Novel Halalkan Hati Yang Kucuri, Novelia Mia Kiff, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, 2018, Slot Akasia, TV3, Drama Bulan Ramadan, Cinta, Poster, OST Halalkan Hati Yang Ku Curi, Pelakon Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani,
Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi - Akasia TV3

Mengisahkan tentang pasangan muda suami isteri, Faiq (lakonan Aliff Aziz) dan Delisha (lakonan Farah Nabilah) yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka. Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal (lakonan Shah Iskandar), bekas kekasih Delisha yang muncul semula.

Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Faiq dan Delisha bertemu keluarga mereka semula?

Lagu Tema / OST Halalkan Hati Yang Ku Curi
➔ Semakin nyanyian Siti Sarah

Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Halalkan Hati Yang Kucuri Bab 1 Hingga Bab 15
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017