-->

17 Sep 2018

Review Vanishing Time : A Boy Who Returned - Korean Movie

Movie, Vanishing Time : A Boy Who Returned, Korean Movie, Korean Film, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned, 2016, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Korea Vanishing Time : A Boy Who Returned, Cast, Pelakon Filem Vanishing Time : A Boy Who Returned, Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo, Menang Anugerah Best New Director dan Best Music, Ending Vanishing Time : A Boy Who Returned, Misteri, Suspen, Fantasy, My Feeling, My Favorite, Poster,
Review Filem Korea - Vanishing Time : A Boy Who Returned

Kali ni tibalah giliran Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned untuk direviewkan, first time baca sinopsis Korean Movie ini memang dah tertarik untuk menontonnya. Sebab jalan ceritanya yang unik, misteri dan lain dari yang lain. Korean Movie  Vanishing Time : A Boy Who Returned ini release pada 16 November 2016 dan bergenre fantasi, drama dan misteri. Antara pelakon filem Vanishing Time : A Boy Who Returned ini adalah Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo dan ramai lagi. Pengarah filem ini turut menang anugerah "Best New Director" di 2017 Daejong Film Awards atau turut dikenali dengan Grand Bell Awards. Malah filem ini turut menang anugerah "Best Music" di majlis anugerah yang sama. Selain itu filem ini juga tak perlukan pelakon wanita yang cantik jelita untuk jadi heroin filem ini sebab heroin filem ini adalah pelakon kanak - kanak yang dipilih dari 300 peserta ujibakat. Malah lakonan Gang Dong Won sebagai Sung Min yang dewasa tapi masih terperangkap dalam dunia kanak- kanaknya itu juga sangat best dan menarik. 
Movie, Vanishing Time : A Boy Who Returned, Korean Movie, Korean Film, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned, 2016, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Korea Vanishing Time : A Boy Who Returned, Cast, Pelakon Filem Vanishing Time : A Boy Who Returned, Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo, Menang Anugerah Best New Director dan Best Music, Ending Vanishing Time : A Boy Who Returned, Misteri, Suspen, Fantasy, My Feeling, My Favorite, Poster,
Agak sedih sebenarnya dengan nasib Sung Min yang terperangkap dalam satu dunia lain yang masanya berjalan laju dan bila dia pulang ke dunia sebenar dia telah dewasa sebelum sampai waktunya. Maknanya dia hilang zaman kanak - kanaknya serta zaman remajanya kerana semua telah berlalu. Lebih sadis bila Sung Min terperangkap dalam dunia misteri tersebut sebanyak 2 kali bukannya sekali, sedih betul scene masa dia terperangkap untuk kali kedua tu, dah la terperangkap seorang diri. Masa terperangkap kali pertama tu, dia masih ada 2 orang kawan lain, jadi tak adalah sunyi sangat kan. Aku suka dengan cara diorang gambarkan dunia misteri tersebut, dimana semuanya masih sama, tapi pergerakan dan waktu semua manusia lain terhenti kecuali Sung Min dan kawan - kawannya saja. Bila Sung Min dapat pulang ke dunia sebenar, macam - macam dia terpaksa tempuh, dah la polis dok buru dia, ini ditambah lagi bila kawan baiknya iaitu Soo Rin tidak mengenali dirinya lagi. Nasiblah ada diari yang ditulis Sung Min sepanjang berada dalam dunia misteri itu akhirnya dibaca oleh Soo Rin dan Soo Rin mula percaya yang dirinya adalah Sung Min yang hilang beberapa hari yang lalu.
Movie, Vanishing Time : A Boy Who Returned, Korean Movie, Korean Film, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned, 2016, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Korea Vanishing Time : A Boy Who Returned, Cast, Pelakon Filem Vanishing Time : A Boy Who Returned, Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo, Menang Anugerah Best New Director dan Best Music, Ending Vanishing Time : A Boy Who Returned, Misteri, Suspen, Fantasy, My Feeling, My Favorite, Poster,
Sinematografi filem ini cantik sebab lokasi shooting banyak dekat dalam hutan, plus lagu latar dan OST Vanishing Time : A Boy Who Returned ini semuanya sedap didengar, maklumlah menang best music gitu kan. Relationship Sung Min dan Soo Rin ni sweet sebenarnya, dari Sung Min kanak - kanak lagi memang dah nampak diorang serasi, bila Sung Min dah dewasa pun nampak Soo Rin masih dihatinya gitu. Soo Rin pula memang muka dia tak berubahlah sampai ke remaja pun hehehe, manakala ending movie Vanishing Time : A Boy Who Returned ini agak open ending, tapi bagi aku rasanya endingnya happy ending juga cuma agak kesian dengan Sung Min, sebab banyak waktu berlalu dan masanya terbuang macam tu je. Bagusnya Soo Rin ini sebab tetap sabar dan setia menunggu kepulangan Sung Min buat kali kedua. Pada pendapat aku, memang tak rugi layan movie ni sebab jalan ceritanya yang menarik dan suspen gitu. Aku bagi 8.9/10 bintang untuk movie ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. Macam best je ni. .Dekat mana boleh tengok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak laman web yg boleh tgk movie ni cth mcm kissasian, dramanice, gooddrama dll..

      Padam
  2. alamak alamak alamak i need to watch this

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017