-->

24 Mei 2019

Review Love Sonia - Bollywood Movie

Love Sonia, Movie, Filem, Bollywood, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie Love Sonia, Bollywood Movie Love Sonia, Filem Hindustan, Love Sonia Review, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Sonia Cast, Pelakon Filem Bollywood Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Hindi Movie 2018, Ending Movie Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Berdasarkan Kisah Benar, Inspired By True Events,
Movie Review - Love Sonia 

Okey hari ini nak buat review filem hindustan yang bertajuk Love Sonia. Pelakon utama filem Love Sonia ni adalah pelakon baru tapi pelakon lain dalam filem ni semuanya hebat -hebat belaka gitu. Hindi Movie Love Sonia ini release pada 14 September 2018 dan diarahkan oleh Tabrez Noorani serta filem ini diinspirasikan dari kisah benar. Antara pelakon filem Bollywood Love Sonia ini adalah Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore dan ramai lagi. Mrunal Thakur terpilih untuk melakonkan watak Sonia dari 2500 calon lain yang datang untuk ujibakat. Jalan cerita movie ni okey cuma agak geram dengan bapa Sonia dan Preeti tu, tu belum masuk dengan watak Faizal lakonan Manoj Bajpayee yang jadi bapa ayam tu. Selain tu agak kesian dengan nasib preeti dalam movie ni tapi aku suka dengan sikap Sonia yang sanggup buat apa saja untuk melindungi adiknya itu. Apa pun jom tengok sinopsis filem Love Sonia di bawah ini ye..
Love Sonia, Movie, Filem, Bollywood, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie Love Sonia, Bollywood Movie Love Sonia, Filem Hindustan, Love Sonia Review, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Sonia Cast, Pelakon Filem Bollywood Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Hindi Movie 2018, Ending Movie Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Berdasarkan Kisah Benar, Inspired By True Events,
Mengisahkan tentang Sonia (Mrunal Thakur) dan Preeti (Riya Sisodiya) yang tinggal bersama ibu bapa mereka di kawasan luar bandar yang terpencil. Bapa mereka bekerja sebagai petani namun tertekan dengan kemiskinan serta hutang yang berlambak. Satu hari samseng di tempat mereka iaitu Dada Thakur (Anupam Kher) mahukan bapa mereka membayar semua hutang - hutangnya. Akibat terdesak bapa mereka akhirnya menjual anaknya Preeti pada Dada Thakur itu. Memang nampak bapa diorang ni pilih kasih sikit, sebab dia lebih sayang sikit kat Sonia ni sebab Sonia ni rajin tolong dia bekerja, plus tak melawan cakapnya berbanding Preeti. Namun Sonia dapat tahu yang bapa mereka mahu menjual Preeti dan cuba menghalang bapanya. Namun semuanya sudah terlambat, Sonia sangat menyayangi Preeti dan tak mahu mereka berpisah, Sonia awalnya menyangka Preeti akan dihantar bekerja di bandar dan bertindak mahu mengikut jejak langkah Preeti. Sonia yang lurus bendul itu secara senyap - senyap pergi berjumpa Dada Thakur sebab mahu berjumpa Preeti. Sonia juga menawarkan dirinya untuk dihantar bekerja ke bandar, sekaligus dapat bersama Preeti semula. Dada Thakur kemudian memanggil Anjali (Sai Tamhankar) yang merupakan orang tengah atau ejen yang mencari gadis - gadis muda untuk dijadikan pelacur. Anjali kemudiannya membawa Sonia ke bandar, sampai di bandar, Sonia dihantar ke rumah pelacuran.
Love Sonia, Movie, Filem, Bollywood, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie Love Sonia, Bollywood Movie Love Sonia, Filem Hindustan, Love Sonia Review, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Sonia Cast, Pelakon Filem Bollywood Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Hindi Movie 2018, Ending Movie Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Berdasarkan Kisah Benar, Inspired By True Events,
Sonia terkejut bila dapat tahu perkara sebenar, malah dia juga tidak berjumpa Preeti disitu. Sonia enggan menjadi pelacur, namun setelah diugut yang dia tidak akan berjumpa Preeti sampai bila - bila barulah Sonia mula mengikut arahan. Sonia kemudiannya berjumpa dengan Manish (Rajkummar Rao) yang menyamar sebagai pelanggan, tapi Manish sebenarnya ingin menyelamatkan semua gadis - gadis di situ dari terus menjadi mangsa sindiket pelacuran. Bapa Sonia pula tak sangka yang Sonia akan pergi cari Preeti di bandar tu, kemudian bapa Sonia tu turut ke bandar untuk mencari Sonia, tapi dia cuma cari Sonia saja, bukan cari Preeti okey, patutnya cari jela dua - dua anak dia tu. Kadang - kadang aku rasa bapa Sonia ni cuma rasa sedih sebab hilang pekerja yang rajin macam Sonia bukan sedih sebab hilang anak. Memang rasa kesian dengan Preeti, dah lah bapa dia jual dia, pastu dilacurkan pula tu, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Atas usaha Manish yang turut bekerjasama dengan polis, mereka berjaya menyerbu dan menumpaskan rumah pelacuran disitu dan Manish juga hampir - hampir dapat menyelamatkan Sonia tapi malangnya ketika itu Sonia sudah putus harapan setelah dia berjumpa dengan Preeti yang telah berubah kelakuannya. Sonia tidak berjaya diselamatkan sebaliknya Sonia bersama gadis - gadis lain telah dihantar ke negara - negara lain melalui kontena. Sonia telah pergi pelbagai negara, namun dia tidak mampu meminta bantuan dari sesiapa walaupun ada peluang disebabkan masalah komunikasi. Sonia langsung tidak tahu berbahasa Inggeris, apa yang dia tahu tu hanya buka dan baca email di komputer saja. Handphone pun Sonia tak tahu nak guna. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Sonia diselamatkan? bagaimana pula dengan nasib Preeti?
Love Sonia, Movie, Filem, Bollywood, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie Love Sonia, Bollywood Movie Love Sonia, Filem Hindustan, Love Sonia Review, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Sonia Cast, Pelakon Filem Bollywood Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Hindi Movie 2018, Ending Movie Love Sonia, Mrunal Thakur, Freida Pinto, Manoj Bajpayee, Rajkummar Rao, Richa Chadda, Riya Sisodiya, Anupam Kher, Sai Tamhankar, Mark Duplass, Demi Moore, Berdasarkan Kisah Benar, Inspired By True Events,
Lakonan para pelakon memang terbaik, banyak watak yang boleh buat penonton rasa geram dan benci. Masa tengok movie ni, memang aku tak perasan ada pelakon Hollywood juga dalam filem ni seperti Demi Moore dan Mark Duplass. Lepas tengok senarai pelakon movie Love Sonia ni barulah tahu ada Demi Moore dalam movie ni hehe, tapi Demi Moore tu hanya jadi cameo jela kan. Lagu tema / OST Love Sonia ni biasa - biasa saja bagi aku, manakala ending movie Love Sonia ni pula agak happy ending juga cuma sedih sikit tang part Preeti tu jela. Apa pun secara keseluruhannya aku bagi 7.8/10 bintang untuk movie ni.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. Best gak sinopsis cita Love Sonia ni..nanti bleh try tngok :)

    BalasPadam
  2. serious lama dah ray x layan cite bollywood

    BalasPadam
  3. baca sinopsis pun dah rasa best ^_^

    BalasPadam
  4. Dah lama tak tengok movie bollywood.

    BalasPadam
  5. macam best je filem ini......

    salam kenalan dari blog oohsenyum.com

    nak tanya ini, sudi ke tukar link dengan blog oohsenyum? (bloglist) tingkatkan lagi views blog ini insy Allah. Kalau sudi beritahu ye di comment www.oohsenyum.com saya tunggu.terima kasih

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017