-->

20 Mei 2019

Review Drama Korea - Item

ITEM, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Item, Drama Korea Item, Sinopsis Drama Korea Item, Ending Drama Korea Item, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019 - Item, Item Cast, Poster Drama Korea Item, Pelakon Drama Korea Item, Ju Ji Hoon, Jin Se Yeon, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, Lee Dae Yeon, Shin Rin Ah, Kim Min Kyo, Park Won Sang, Oh Seung Hoon, Ulasan Drama Korea Item,
Item - Korean Drama Review

Hari ni aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Item pula, drama Korea Item ini adalah adaptasi daripada webcomic, mempunyai 32 episod dan disiarkan di channel MBC. Antara pelakon drama Korea Item ini adalah Ju Ji Hoon, Jin Se Yeon, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, Lee Dae Yeon, Shin Rin Ah, Kim Min Kyo, Park Won Sang, Oh Seung Hoon dan ramai lagi. Korean Drama Item ini mula disiarkan pada 11 Februari 2019 dan tamat episodnya pada 12 April yang lalu serta bergenre misteri dan fantasi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Less Than Evil dan kemudian akan digantikan dengan drama Special Labor Inspector Mr. Jo. Hero dan heroin drama Item ini iaitu Ju Ji Hoon dan Jin Se Yeon dan pernah terlebih dahulu bergandingan dalam drama Five Fingers (2012). Agak lama tak tengok Jin Se Yeon ni berlakon cerita moden selalu berlakon dalam historical drama saja (Saeguk Drama). Last aku tengok Jin Se Yeon berlakon adalah menerusi drama 50 episod camtu yang bertajuk Flower In Prison. Last aku tengok Ju Ji Hoon berlakon pula adalah menerusi drama Korea terbitan Netflix bertajuk Kingdom (season 1).  
ITEM, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Item, Drama Korea Item, Sinopsis Drama Korea Item, Ending Drama Korea Item, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019 - Item, Item Cast, Poster Drama Korea Item, Pelakon Drama Korea Item, Ju Ji Hoon, Jin Se Yeon, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, Lee Dae Yeon, Shin Rin Ah, Kim Min Kyo, Park Won Sang, Oh Seung Hoon, Ulasan Drama Korea Item,
Aku tertarik nak tengok drama Korea Item ini sebab konsep ceritanya yang unik, tak klisye dan tak sama dengan drama lain. Plus para pelakonnya juga boleh tahan popular dan terkenal gitu. Korean Drama Item ini mengisahkan tentang pendakwaraya Kang Goon (lakonan Ju Ji Hoon) yang tegas dan amanah dalam pekerjaannya. Dia mempunyai seorang anak saudara bernama Kang Da In yang tak boleh bercakap. Suatu hari ketika Kang Goon mengejar seorang gangster bernama Ko Dae Soo, dia telah melihat satu perkara aneh dan pelik bila Ko Dae Soo mempunyai kekuatan luar biasa dan kuasa itu  datangnya dari bracelet yang dipakainya. Namun dalam pergaduhan mereka, bracelet tersebut telah terjatuh ke dalam sungai / laut dan hanyut sampai ke satu tempat. Kebetulan Kang Da In berada di situ dan mengutip bracelet tersebut lalu memakainya. Kang Goon langsung tak tahu yang bracelet tu ada pada anak saudaranya. Dalam hal yang lain ada seorang pembunuh bersiri yang bermaharajalela dan membunuh orang - orang tertentu menggunakan kuasa luar biasa yang datang dari item / objek/barang ajaib tertentu. Manakala Jo Se Hwang pula adalah orang kaya yang merupakan Vice Chairman of the Hwawon Group yang gemar mengumpul objek - objek (item) ajaib yang mempunyai kuasa luar biasa untuk dijadikan koleksi dan ingin menjadi orang paling berkuasa di dunia. Jo Se Hwang akan membunuh sesiapa saja yang menghalang hasratnya itu. Bracelet tersebut asalnya adalah kepunyaan Jo Se Hwang namun ianya telah dicuri oleh Bang Hak Jae dan Ko Dae Soo.
ITEM, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Item, Drama Korea Item, Sinopsis Drama Korea Item, Ending Drama Korea Item, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019 - Item, Item Cast, Poster Drama Korea Item, Pelakon Drama Korea Item, Ju Ji Hoon, Jin Se Yeon, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, Lee Dae Yeon, Shin Rin Ah, Kim Min Kyo, Park Won Sang, Oh Seung Hoon, Ulasan Drama Korea Item,
Dengan menggunakan salah satu item ajaib kepunyaannya. Jo Se Hwang dapat tahu yang bracelet tersebut kini dimiliki oleh Kang Da In dan dia kemudiannya pergi merampas kembali bracelet tersebut dan turut membuatkan Kang Da In koma dan memerangkap roh Kang Da In dalam photo album yang ajaib itu. Kang Goon yang dibantu oleh seorang polis bernama Shin So Young (lakonan Jin Se Yeon) akhirnya dapat mengagak apa sebenarnya yang terjadi dan tahu Jo Se Hwang adalah dalangnya. Kang Goon berazam akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan anak saudaranya itu. Kang Goon dengan dibantu oleh beberapa orang yang lain berjaya mengumpul beberapa objek ajaib yang lain termasuklah objek yang telah dicuri dari Jo Se Hwang sebelum ini. Kang Goon cuba mencari jalan untuk menyelamatkan anak saudaranya dengan mengumpul semua objek - objek ajaib tersebut. Manakala Jo Se Hwang pula merancang pembunuhan besar - besaran untuk mendapatkan lebih banyak objek ajaib yang lain. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah Kang Goon menghalang rancangan jahat Jo Se Hwang itu sekaligus menyelamatkan anak saudaranya?. Okey tu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Item ini. Masa tengok awal - awal episod drama ni, memang konfius juga tentang kewujudan item / objek ajaib ni, terfikir juga macam mana setiap objek atau item itu boleh ada kuasa luar biasa, apa yang menyebabkannya mempunyai kuasa luar biasa itu dan sebagainya. Tapi semua persoalan ini akan terjawab juga di pertengahan cerita.
ITEM, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Item, Drama Korea Item, Sinopsis Drama Korea Item, Ending Drama Korea Item, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019 - Item, Item Cast, Poster Drama Korea Item, Pelakon Drama Korea Item, Ju Ji Hoon, Jin Se Yeon, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, Lee Dae Yeon, Shin Rin Ah, Kim Min Kyo, Park Won Sang, Oh Seung Hoon, Ulasan Drama Korea Item,
Seronok juga tengok kegunaan setiap barang ajaib itu, tak silap aku ada dalam 10 hingga 12 item / barang ajaib yang menjadi rebutan dalam drama ini. Antaranya adalah Clown Hat, Duck Hat yang boleh menjadikan seseorang itu halimunan, bracelet yang membolehkan seseorang itu menjadi kuat, Stamp / Cop yang boleh menyembuhkan sebarang sakit mahu pun kecederaan yang teruk, Camera Polaroid yang boleh meramal masa depan, Compact Powder atau makeup mirror yang boleh duplicate barang jadi dua serta jadi storage untuk menyimpan sesuatu, cincin, flashlight, photo album, handphone, lighter, perfume. Manakala gabungan photo album + handphone boleh membuatkan orang sekeliling tidak bergerak / masa terhenti. Di hujung cerita pula akan muncul satu objek baru iaitu rantai yang boleh menukar rupa menjadi sesiapa saja. Rasanya ni first time aku tengok Kim Kang Woo jadi jahat dan sememangnya lakonannya berjaya sebab aku benci dan geram je dengan wataknya tu. Kemudian agak annoying juga bila watak utama drama ni asyik kalah je dengan orang jahat dari awal sampai dekat nak habis hahaha, tang hujung - hujung barulah nampak ada perkembangan sikit. Plus elemen suspen agak kurang dalam drama ni sebab watak jahat dalam drama ni iaitu Jo Se Hwang terlampau berkuasa serta sentiasa tahu gerak - geri Kang Goon itu dan agak mustahil untuk orang lain jatuhkannya, selagi dia memiliki barang - barang ajaib tu semua.
ITEM, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Item, Drama Korea Item, Sinopsis Drama Korea Item, Ending Drama Korea Item, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019 - Item, Item Cast, Poster Drama Korea Item, Pelakon Drama Korea Item, Ju Ji Hoon, Jin Se Yeon, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri, Lee Dae Yeon, Shin Rin Ah, Kim Min Kyo, Park Won Sang, Oh Seung Hoon, Ulasan Drama Korea Item,
Pastu penonton pula akan rasa kecewa bila watak hero asyik kalah memanjang hahaha dan jalan cerita pun akan jadi boring sebab dah boleh agak apa yang berlaku seterusnya. Aku juga mengalami kesukaran untuk tengok drama ni sampai habis sebab jalan cerita makin lama makin bosan. Antara scene  menarik dalam drama ni yang aku suka adalah scene ketika diorang menerangkan dengan lebih jelas mengenai semua objek tersebut, siapa owner asalnya, dan apa yang berlaku sebenarnya terhadap owner asal barang - barang ajaib tersebut. Selain itu scene ketika Jo Se Hwang yang terlalu overconfident serta masih tak serik, bila dia masih letak barang - barang ajaibnya itu di tempat yang sama dan buatkan barang tersebut dicuri buat kali kedua hahaha. Kang Goon dan kumpulannya memang selalu kena pukul dalam drama ni tapi nasiblah diorang ada barang ajaib iaitu stamp / cop yang boleh menyembuhkan kecederaan mereka tu dengan sekelip mata. Ending drama Korea Item ni memang benggong sikit sebab ianya open ending dan aku rasa last scene tu hanya mimpi saja. Boleh pula dalam ending drama ni muncul pula satu watak baru, seorang perempuan muda yang turut memiliki barang ajaib tu. Dahlah tak ada penerangan langsung tentang siapa perempuan misteri tu, tiba - tiba je muncul. Entah dari mana perempuan tu datang, siapa dia, apa niatnya, macam mana dia boleh memiliki barang ajaib tu semua masih belum terjawab. Plus penonton juga akan tertanya - tanya tentang apa yang terjadi sebenarnya pada Jo Se Hwang tu serta Kang Goon juga.

Selain itu tiada kisah cinta antara hero dan heroin drama Korea Item ini ye, walaupun nampak diorang sepadan dan serasi je. Kalau tengok dari ending drama ni, macam boleh buat musim kedua je sebab banyak persoalan belum terjawab tapi rasanya tak ada kot sebab drama ni pun dah agak boring jadi tak perlulah nak buat musim kedua hahaha. Secara keseluruhannya aku bagi 5.8/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini juga ➔ Review Filem Manmarziyaan

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. i wonder why it's called item ?

    BalasPadam
  2. Weh korang lebih baik layan doctor prisoner lagi best.ak dah tgok sampai episode 20 stakat ni mmg best layan.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017