-->

11 Jun 2020

Review Drama Korea - He Is Psychometric

Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,

Aku dah lama habis menonton Korean Drama He Is Psychometric ini, tapi baru sekarang ada masa nak buat review drama ni. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN, drama ini release pada 11 Mac 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 30 April 2019. Antara pelakon drama Korea He Is Psychometric ini adalah Jin Young (GOT7), Shin Ye Eun, Kim Kwon, Kim Da Som, Jeon Mi Sun, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Ko Yoon Jung, Kim Hyo Jin, Park Chul Min dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Crowned Clown dan kemudian akan diganti dengan drama Abyss. Awalnya masa menonton episod pertama drama ini aku ingatkan drama ni pasal cinta budak sekolah gitu, sebab banyak scene kat sekolah. Tapi tak sangka lepas - lepas tu jadi best pula drama ini, plus ada banyak scene suspen, plot twist serta banyak juga scene - scene yang menyedihkan gitu. Aku suka tengok bromance antara watak Lee An lakonan Jin Young dengan watak Kang Sung Mo lakonan Kim Kwon, comel giler, tapi tula ianya akan bertukar jadi tragedi di penghujung cerita huhuhu. Selain itu aku juga tak berapa berminat dengan kisah cinta antara Lee An dan Yoon Jae In lakonan Shin Ye Eun tu sebab aku lebih tertarik dengan kisah cinta tak berbalas or tak kesampaian antara Kang Sung Mo dan Eun Ji Soo lakonan Kim Da Som. Bila tengok drama ni korang kena sediakan tisu siap - siap okey sebab ada banyak scene sedih bermula dengan episod 11, 12 dan ke atas.
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Dalam banyak - banyak watak dalam drama He Is Psychometric ni, aku paling suka dengan watak Kang Sung Mo. Watak Kang Sung Mo lakonan Kim Kwon ni sangat misteri okey, banyak rahsia dan sukar untuk jujur sepenuhnya kerana dia ada menyimpan satu rahsia besar dalam hidupnya. Plus wataknya juga antara yang paling kesian sekali, serius sedih drama ni huhu. Drama Korea He Is Psychometric ini mengisahkan mengenai Lee An yang mempunyai kebolehan istimewa dimana setiap kali dia menyentuh seseorang, dia mampu membaca dan melihat memori mereka. Lee An anak yatim piatu setelah ibu bapanya mati dalam kebakaran yang berlaku di tempat mereka. Lee An masih kecil ketika itu dan diselamatkan oleh Kang Sung Mo. Kang Sung Mo ketika itu masih remaja dan Lee An menganggap Kang Sung Mo seperti abangnya sendiri. Namun tak lama kemudian Kang Sung Mo bertindak meninggalkan rumah anak yatim berkenaan dan juga Lee An. Lee An sedih dan kecewa apabila Kang Sung Mo meninggalkannya dan mula membesar menjadi remaja yang bermasalah dan suka memberontak. Kang Sung Mo kini sudah menjadi pendakwaraya dan kembali pada Lee An semula. Lee An gembira dan tinggal bersama dengan Kang Sung Mo. Perangai Lee An juga mula berubah menjadi baik dan Kang Sung Mo juga tahu mengenai kebolehan Psychometric Lee An itu. Lee An boleh melihat memori semua orang kecuali memori Kang Sung Mo.
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Manakala Yoon Jae In pula adalah pelajar baru di sekolah Lee An dan mereka sekelas. Banyak perkara yang berlaku dan akhirnya Yoon Jae In tahu mengenai kebolehan Lee An itu. Yoon Jae In juga menyimpan satu rahsia besar yang cuba disembunyikannya dari orang lain. Yoon Jae In kemudian berhenti sekolah dan menghilangkan diri akibat satu peristiwa. Namun dia bertemu semula dengan Lee An ketika dia sudah bekerja sebagai polis peronda. Lee An juga ingin menjadi polis dan menggunakan kebolehan istimewanya itu. Lee An juga sering membantu Inspektor Eun Ji Soo (Da Som) untuk menyiasat kes - kes yang sukar diselesaikan. Eun Ji Soo rapat dengan Lee An dan dia juga dah lama jatuh hati pada Kang Sung Mo. Namun Kang Sung Mo buat tak tahu saja mengenai hal tersebut, Eun Ji Soo dan Kang Sung Mo banyak bekerjasama dalam menyelesaikan kes - kes jenayah. Dalam banyak - banyak kes yang disiasat mereka, kelihatan Kang Sung Mo begitu obses dengan satu kes yang melibatkan Kang Geun Tae. Manakala Kang Geun Tae juga obses dengan Kang Sung Mo dan berazam akan mencederakan dan membunuh semua orang yang rapat dengan Kang Sung Mo seperti Lee An, Yoon Jae In dan Eun Ji Soo. Apa hubungan Kang Sung Mo dan Kang Geun Tae itu?. 
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Kang Sung Mo juga meminta pertolongan Yoon Jae In untuk membantu Lee An dalam meningkatkan kebolehan Psychometric Lee An itu supaya Lee An dapat membaca dan melihat memori Kang Sung Mo. Setelah Lee An mula dapat melihat sedikit demi sedikit memori Kang Sung Mo itu, kejutan demi kejutan berlaku. Lee An sukar untuk menerima kebenaran yang dilihatnya itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey itu serba sedikit sinopsis drama Korea He Is Psychometric ini. Manakala ending drama Korea He Is Psychometric ini bagi aku ada sad ending dan juga happy ending. Jadi pada yang belum tengok drama ni, bolehlah try tengok nanti sebab best walaupun sedih sikit. Apa pun aku bagi drama ni 8.9/10 bintang gitu.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary

4 ulasan:

  1. sis follow kat 8tv baru start main hujung minggu dua minggu lepas. Heee~

    BalasPadam
  2. tak layan lagi sbb mcm slow je ..tapi bila baca review ni..emm not bad gak, leh layan ni .. tq tq!

    BalasPadam
  3. Tak tengok sangat drama korea... tapi suanu suka betul tengok drama korea...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017