-->

6 Mac 2021

Review Drama Korea 365 : Repeat The Year

Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama Drama Korea 365 : Repeat The Year, Info dan Sinopsis Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama 365 : Repeat The Year Cast, Poster Drama Korea 365 : Repeat The Year, Pelakon - Pelakon Drama Korea 365 : Repeat The Year, Drama Baru Lee Joon Hyuk, Drama Baru Nam Ji Hyun,
Korean Drama Review 365 : Repeat The Year

Straight to the point, hari ni aku nak buat review drama Korea yang bertajuk 365 : Repeat The Year yang disiarkan di channel MBC bermula 23 Mac dan tamat episodnya pada 28 April 2020. Korean Drama 365 : Repeat The Year ini adalah berdasarkan Novel Jepun Repeat karya Kurumi Inui. Drama ini mempunyai 24 episod, iaitu setengah jam setiap episod, tapi kalau gabung jadi sejam, kiranya drama ini hanya mempunyai 12 episod je serta bergenre misteri dan fantasi. Antara pelakon drama Korea 365 : Repeat The Year ini adalah Lee Joon Hyuk, Nam Ji Hyun, Kim Ji Soo, Yang Dong Geun, Yun Ju Sang, Lee Yoo Mi, Ahn Seung Kyoon, Lee Sung Wook dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Welcome 2 Life dan kemudian akan digantikan dengan drama Dinner Mate. Aku suka dengan jalan cerita drama Korea 365 : Repeat The Year ini sebab kreatif, unik, suspen dan ada banyak plot twist okey, bagi yang suka tengok drama yang bergenre sebegini, memang harus tonton okey. Aku rasa ni kali pertama Lee Joon Hyuk memegang watak hero utama dalam drama, sebelum ini dia banyak berlakon watak pelakon pembantu gitu tak pun watak jahat. 
Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama Drama Korea 365 : Repeat The Year, Info dan Sinopsis Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama 365 : Repeat The Year Cast, Poster Drama Korea 365 : Repeat The Year, Pelakon - Pelakon Drama Korea 365 : Repeat The Year, Drama Baru Lee Joon Hyuk, Drama Baru Nam Ji Hyun,
Korean Drama Review 365 : Repeat The Year mengisahkan tentang 10 individu yang diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, iaitu pada tahun sebelumnya. 10 individu ini dipilih secara random dan Lee Shin lakonan Kim Ji Soo bertindak sebagai ketua dan memberi penerangan kepada 10 individu ini. Walaupun tak masuk akal pada mulanya, kesepuluh mereka ini mula mempercayai Lee Shin setelah Lee Shin berjaya membuktikan apa yang dikatakannya dan kesemua mereka setuju untuk mengambil bahagian dan kembali ke masa lalu. Salah seorang dari mereka adalah Ji Hyung Soo lakonan Lee Joon Hyuk yang merupakan seorang polis. Ji Hyun Soo mengalami masa yang sukar selepas kehilangan rakan setugasnya merangkap sahabat baiknya iaitu Park Sun Ho. Ji Hyun Soo ingin kembali ke masa lalu, untuk menghalang dan menyelamatkan Park Sun Ho dari dibunuh. Manakala Shin Ga Hyun lakonan Nam Ji Hyun pula seorang webtoon artist terkenal yang lumpuh dan tak dapat berjalan kerana kemalangan. Shin Ga Hyun ingin kembali ke masa lalu untuk mengelakkan dirinya dari kemalangan seterusnya dapat berjalan seperti biasa.
Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama Drama Korea 365 : Repeat The Year, Info dan Sinopsis Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama 365 : Repeat The Year Cast, Poster Drama Korea 365 : Repeat The Year, Pelakon - Pelakon Drama Korea 365 : Repeat The Year, Drama Baru Lee Joon Hyuk, Drama Baru Nam Ji Hyun,
Setelah mereka semua kembali ke masa lalu, mereka berjaya mendapatkan apa yang mereka mahu, namun kejadian misteri mula berlaku apabila seorang demi seorang dari mereka mula mati dibunuh. Ji Hyun Soo dan Shin Ga Hyun serta beberapa orang yang lain mula berusaha keras untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dan mencari pembunuh sebenar serta mengelakkan diri mereka dari menjadi mangsa bunuh yang seterusnya. Ketika menyiasat mereka menemui pelbagai perkara yang mengejutkan, apa sebenarnya yang berlaku?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea 365 : Repeat The Year ini. Walaubagaimanapun drama ini ada plot twist yang tak dijangka dan korang akan meragui semua orang dalam drama ini sebagai pembunuh hehe. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama ini, walaupun nampak Ji Hyun Joo dan Shin Ga Hyun macam saling menyukai antara satu sama lain. Malah diorang saling bergantung dan tolong - menolong sesama mereka. Bila korang dah tahu master mind sebenar dalam drama ini, memang korang akan geram, nasib baiklah Ji Hyun Joo ni bijak dan berani hehe. 
Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama Drama Korea 365 : Repeat The Year, Info dan Sinopsis Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama 365 : Repeat The Year Cast, Poster Drama Korea 365 : Repeat The Year, Pelakon - Pelakon Drama Korea 365 : Repeat The Year, Drama Baru Lee Joon Hyuk, Drama Baru Nam Ji Hyun,
Selain itu aku suka tengok kerjasama / teamwork yang bagus antara Ji Hyun Joo dan Shin Ga Hyun. Mereka berdua sama - sama menyiasat dan berjaya mencari pembunuh sebenar serta dalang sebenar. Ending drama Korea 365 : Repeat The Year ini memang sukar dijangka, malah episod akhir Korean Drama 365 : Repeat The Year memang penuh kejutan dan terbaik. Bagi korang yang sukakan drama yang penuh misteri, kejutan dan plot twist, korang memang harus tengok drama ini okey. Berbaloi tengok drama ini, malah para pelakon juga terbaik. Jadi secara keseluruhannya aku memang suka drama ini dan aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama ini.

5 ulasan:

  1. macam best je...
    cerianya blog.

    BalasPadam
  2. Yeahhh dah tengok drama ni mmg best gilaa!

    BalasPadam
  3. dah lama x tengok drama korea, macam dah x berapa minat macam dulu. cuma pelakon dia semua cantik2. hehehe

    BalasPadam
  4. ada jugak baca review positif untuk drama ni. Not bad lah nak layan nanti

    BalasPadam
  5. drama ni best gila๐Ÿ˜ญ walaupun underrated tapi tak sia2 tengok๐Ÿ˜❤️‍๐Ÿ”ฅ

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017