-->
Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan

25 Feb 2017

Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Bernikah

Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

Assalammualaikum..
Masa tengok Facebook sebentar tadi baru dapat tahu yang Jep Sepahtu dan Sari Yanti dah selamat bernikah. Tak sangka pula, sebab perkahwinan mereka berdua ini tidak dihebohkan tup tup sudah bernikah. Apapun tahniah buat Jep dan juga Sari Yanti, akhirnya kahwin juga Jep dengan pilihan hatinya yang sememangnya cantik dan comel iaitu Sari Yanti. Jep dan Sari Yanti selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz beserta mas kahwin bernilai RM 1000 bersama tujuh dulang hantaran berbalas 9. 
Majlis Akad Nikah Jep dan Sari Yanti #JepSari
Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin atau popular dengan gelaran Jep Sepahtu kini sah bergelar suami kepada Sari Yanti Mohamad Nazari pada jam 11.50 pagi di majlis pernikahan mereka yang diadakan di  Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya dan majlis akad nikah ini disempurnakan oleh jurunikah iaitu Ustaz Nazmi. Ramai sanak saudara dari kedua belah pihak serta rakan-rakan artis kedua pengantin seperti Nazim Othman, Indan Ladyana, Mark Adam, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Hattan, Alif Satar dan ramai lagi turut hadir memeriahkan lagi suasana perkahwinan mereka.
Pernikahan Sari Yanti dengan Jep Sepahtu
Manakala, pengapit Jep pula terdiri daripada Tauke Jambu, Mark Adam, Rahim Sepahtu, Pak Ya, Shuib, Ropi Cecupak dan juga Ebby Yus.  Manakala, Elfira Loy pula turut mengiringi Sari Yanti sebagai pengapit bagi pengantin perempuan. 
Jep Sepahtu dan Sari Yanti Selamat Diijabkabulkan pada 25 Feb, Jep dan Sari Yanti Selamat Bernikah
Gambar - gambar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini credit to FB Sinar FM.
Read More »

4 Feb 2016

4 Kaftan New Styles

Assalammualaikum..
Akhir-akhir ini kaftan sering menjadi alternatif favourite ramai wanita yang ingin tampil bergaya untuk ke majlis-majlis istimewa. Apa yang digemari mengenai kaftan adalah ia berpotongan loose dan sememangnya memberikan keselesaan yang ideal kepada para pemakai. Bukan itu sahaja, koleksi kaftan ini juga sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira umur dan bentuk badan. Bagi anda yang juga menggemari koleksi kaftan, berikut merupakan 4 rekaan terkini atau kaftan new styles yang boleh anda temui di pasaran:
Style 1

Berikut merupakan rekaan asal kaftan di mana bahagian badan dan lengan adalah loose tanpa apa-apa ubahsuaian. Rekaan ini paling diminati ramai wanita dan sering digayakan untuk menghadiri majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.

Style 2

Rekaan kedua pula dengan sedikit ubahsuai pada bahagian lengan kaftan. Rekaan jenis ini lebih mudah digayakan oleh wanita bertudung kerana tidak memerlukan mereka untuk memakai inner untuk menutupi kawasan lengan yang terdedah.

Style 3

Bagi rekaan yang seterusnya pula adalah dengan penggunaan belt sebagai aksesori tambahan. Mungkin sesuai bagi wanita yang bertubuh langsing, namun bagi wanita yang bertubuh gempal, anda boleh mencabut belt tersebut untuk mengelakkan daripada anda kelihatan ‘besar’ ketika menggayakan kaftan tersebut.

Style 4

Dan rekaan yang ke 4 adalah koleksi kaftan pendek yang boleh anda gayakan bersama pemakaian jeans mahupun skirts. Rekaan jenis ini juga boleh anda pakai sebagai pakaian kasual anda. 

Read More »

10 Dis 2015

20 Gaya Rambut Yang Menjadi Kegilaan Orang Malaysia Masa Dulu Hingga Kini

Assalammualaikum..
Gaya rambut yang mengikut trend terkini memang menjadi ikutan pada lelaki juga wanita, Kalau kita imbau dan imbas balik (throw back) sekitar tahun 80-an, 90-an, tahun 2000 dan sehinggalah n sekarang kita dapat tengok pelbagai jenis gaya rambut yang menjadi ikutan pada setiap zaman. Kalau kita perasan setiap gaya rambut memang akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan juga trend terkini. Tak kurang juga ramai yang terikut-ikut gaya rambut selebriti/artis pujaan masing2. Zaman 80-an gaya rambut panjang dan kerinting serta bercermin mata hitam memang sangat popular ketika itu maklumlah zaman rock kapak gitu. Lelaki dan perempuan kebanyakannya berambut kerinting hehehe. 
Zaman 90-an pula memang popular dengan gaya rambut pelik macam tempurung tu pastu muncul pula gaya rambut belah tengah yang membuatkan seseorang tu nampak innocent jer hahaha. Kemudian sekitar tahun 2000 muncul pula gaya rambut macam buah Nenas tu, ala2 rambut cacak n pacak tu hahaha. Pastu bila David Beckham potong rambut jadi Botak tu ramai pula lelaki nak turut jadi botak gak, ikut trend kononnya hehehe. Tu belum masuk lagi gaya rambut ala2 Mohawk, gaya blonde dan banyak lagi. So kalau korang nak tengok lebih banyak gaya rambut yang best2 dan terkini bolehla klik kat sini k --> 20 Gaya Rambut Yang Menjadi Kegilaan Orang Malaysia Masa Dulu Hingga Kini.. 
Read More »

1 Jan 2015

Perkahwinan Pelakon Filipina Marian Rivera & Dingdong Dantes

Assalammualaikum..
30 Disember 2014 adalah hari bersejarah buat pasangan popular ini yang juga merupakan pelakon popular Filipina iaitu Marian Rivera dan Dingdong Dantes. Mereka turut dikenali dengan nickname DongYan Couple. Rasanya banyak drama lakonan mereka berdua ditayangkan di Malaysia seperti Marimar, Dyesebel, Dangerously In Love. Marian Rivera turut popular dengan watak Angeline dalam drama Temptation Of Wife. Pasangan ini memang sama cantik sama padan kan. Marian Rivera memang sangat jelita dengan gaun pengantinnya yang curlazz gitu. Apapun jom layan gambar2 perkahwinan diorang kat bawah ni k.

Read More »

17 Dis 2014

Miss World 2014 Milik Rolene Strauss Dari Afrika Selatan

Assalammualaikum..
Inilah Rupa Miss World yang baru untuk tahun 2014 nyer..lawa ke tidak? hehehe dah jadi juara mestilah lawa kan. Acara Miss World ini diadakan di London pada 14 Disember yang lalu. Rolene Strauss ini berumur 22 tahun dan merupakan pelajar dalam jurusan perubatan gitu. Kiranya beauty with brain gitu. Dengar cite dalam acara Miss World itu, Aishwarya Rai yang merupakan Miss World 1994 turut hadir bersama suami dan anaknya. Khabarnya Aishwarya Rai juga sudah mula aktif berlakon semula. 

P/s- Filem Bollywood Happy New Year lakonan Shah Rukh Khan dan lain-lain memang sangat best untuk ditonton. Lawak, suspen semua ada.
Read More »

1 Dis 2013

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2013

Assalammualaikum
Semalam telah berlangsungnya Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Awal Ashaari & Nad Zainal. Aku sempat tengok dari pukul 9-10 mlm pas pukul 10 mlm tu aku tgk MLM2013 pula hehe so aku x sempat tengok ASK2013 ni sampai habis. Kelihatan Nora Danish juga muncul dan menjadi penyampai anugerah di ASK tu. Terpikir gak Nora ni x dtg kot kat MLM sebab die salah seorang juri tup tup masa MLM start Nora Danish ada. Sempat Nora berkejar dari ASK ke MLM2013, mesti kelam kabut nora masa tu. Pembukaan ASK ni dimulakan dengan babak dari filem KL Gangster dan Adi Putra turut kelihatan disitu kemudian diselang selikan dengan nyanyian Hazama menerusi lagu Simetri. Gandingan Awal, Faizal dan Nad boleh tahan juga.
Jom tengok Senarai Pemenang ASK2013 ini.

1. Anugerah Rancangan Hiburan Terbaik -> Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
2. Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik -> Salam Muslim (Astro Oasis)
3. Laporan Khas Berita Terbaik -> Buletin Utama- Kanta K-Pop TV3
4. Lakon Drama TV Terbaik -> Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
5. Lakon Layar Terbaik -> Nik Amir Mustapha (KIL)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama -> Izreen Azminda- Perempuan Itu Ibuku
7. Videografi Terbaik -> Mohd Faizal bin Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)

8. Rancangan Realiti Terbaik -> Maharaja Lawak MeGa 2012
9. Bual Bicara Terbaik-> Bella NTV7
10. Rancangan Muzikal Terbaik -> Anugerah Juara Lagu 27
11. Drama Komedi Terbaik-> Mentua vs Mentua
12. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem -> Khir Rahman (Rock  Oo)
13. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem -> Miera Liyana (Pecah) 
14. Lakon Layar Terbaik -> Nik Amir Mustapha (KiL)
15. Artis Harapan Pantene- Shasha Al Khred
16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama -> Hasnul Rahmat (Tunggu Sekejap)
17. Pelakon Wanita Terbaik Filem -> Christina Suzanne (Kil)
18. Pelakon Lelaki Terbaik Drama -> Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Filem -> Shaheizy Sam
20. Pelakon Wanita Terbaik Drama -> Umie Aida (Aku Bukan Malaikat) 
21. Filem Terbaik -> KIL
22. Pengarah Terbaik Drama -> Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
23. Anugerah Khas Anugerah Skrin -> Sebenarnya Saya Isteri Dia
24. Drama Rantaian Terbaik -> Surat Dari Langit Biru
25. Drama Terbaik -> Mawar Putih Tanda Perpisahan.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017