-->
Memaparkan catatan dengan label Japanese Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Japanese Movie. Papar semua catatan

24 Apr 2018

Movie Review - Erased (Japanese Movie)

Erased, Movie, Filem, Japanese Movie, Filem Jepun, 2016, Erased Film, Japanese Movie Erased, The Town Where Only I Am Missing, Boku Dagi Ga Inai Machi, Review Filem Erased, Sinopsis Erased (Japanese Movie), Erased Cast, Pelakon Filem Erased,  Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi, 2016, Based On Comic, Manga, Anime, Drama Erased Netflix, Filem Adaptasi Komik, Poster Filem Erased,
Review Filem Erased / The Town Where Only I Am Missing (Boku Dagi Ga Inai Machi)

Hari ini aku nak buat Review Filem Jepun yang best iaitu Erased atau tajuk lainnya The Town Where Only I Am Missing (Boku Dagi Ga Inai Machi). Filem Erased ini release pada 19 Mac 2016 dan diarahkan oleh Yuichiro Hirakawa serta bergenre suspen, time travel dan based on a comic. Antara Pelakon Filem Erased ini adalah Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi dan ramai lagi. Filem Erased ini diadaptasikan daripada komik, tapi selain komik dan filem terdapat versi lain seperti Anime / Kartun dan juga Drama Bersiri 12 episod yang disiarkan di Netflix. Antara sebab utama aku menonton filem Erased ini adalah aku tertarik dengan jalan cerita filem ini yang unik dan menarik. Plus hero filem ini iaitu Tatsuya Fujiwara ini juga terkenal dan dan aku pernah menonton filem - filemnya yang terdahulu seperti filem Death Note, Death Note 2 dan lain - lain lagi. Keseluruhan jalan cerita Japanese Movie Erased ini memang hampir sama seperti dalam komik mahu pun anime tapi ending versi filemnya memang sangat berbeza daripada komik, kartun dan juga drama kerana ending versi filem sangat sedih dan tragis okey.
Erased, Movie, Filem, Japanese Movie, Filem Jepun, 2016, Erased Film, Japanese Movie Erased, The Town Where Only I Am Missing, Boku Dagi Ga Inai Machi, Review Filem Erased, Sinopsis Erased (Japanese Movie), Erased Cast, Pelakon Filem Erased,  Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi, 2016, Based On Comic, Manga, Anime, Drama Erased Netflix, Filem Adaptasi Komik, Poster Filem Erased,
Disebabkan itu, ramai penonton yang tidak puas hati dengan ending filem Erased ini sebab tak ikut versi asal, malah endingnya jadi lebih sedih pula dan tragis betul. Mungkin juga pihak penerbit sengaja nak buat kelainan untuk versi filem jadi diorang sengaja buat ending sendiri hahaha. Alangkah baiknya kalau filem ini happy ending kan, walaubagaimanapun bagi aku filem ini masih seronok ditonton, plus barisan pelakonnya juga memang terbaik. Aku juga suka dengan pelakon kanak - kanak dalam filem ini, semuanya comel - comel dan qiut pula tu, malah pandai betul berlakon terutamanya kanak - kanak yang melakonkan watak Satoru Fujinuma ketika berusia 10 tahun itu. Jika korang rajin, maybe korang boleh tonton Drama Erased juga sebab dramanya hanya setengah jam untuk setiap episod dan jalan ceritanya memang ikut versi original gitu. Apa pun aku enjoy menonton filem Erased ini sebab jalan ceritanya suspen dan endingnya juga lain dari yang lain walaupun sedih sikit. Jadi keseluruhannya aku bagi 8/10 Bintang untuk filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis movie Erased ini di bawah ye. Selamat membaca okey.
Erased, Movie, Filem, Japanese Movie, Filem Jepun, 2016, Erased Film, Japanese Movie Erased, The Town Where Only I Am Missing, Boku Dagi Ga Inai Machi, Review Filem Erased, Sinopsis Erased (Japanese Movie), Erased Cast, Pelakon Filem Erased,  Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi, 2016, Based On Comic, Manga, Anime, Drama Erased Netflix, Filem Adaptasi Komik, Poster Filem Erased,
Sinopsis Filem Erased (Japanese Movie)

Satoru Fujinuma (Tatsuya Fujiwara) is an unpopular manga artist. He doesn't like having relationships with other people. He also works part-time delivering pizzas. Satoru Fujinuma also has the special ability of "revival." His special ability allows him to go back in time before terrible incidents occurred and right whatever wrong occurred. He goes back continually until the incidents are prevented. 18 years ago, a serial murder case took place with the victims being children. Satoru Fujinuma goes back to that time to catch the killer and to save his mother who faced the criminal. He does this in the body of an elementary school student.

Jom Baca Ini Juga ➔ Siri Filem Death Note Dari Dulu Hingga Terkini (Japanese Movie)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

28 Feb 2018

Tokyo Ghoul - Japanese Movie Review

Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Review Filem Jepun - Tokyo Ghoul

Kali ini aku nak buat Review Filem Jepun pula yang bertajuk Tokyo Ghoul / Tokyo Guru yang release pada 29 Julai 2017 yang lalu. Filem Tokyo Ghoul ini merupakan adaptasi daripada komik popular dan bergenrekan aksi, fantasy, sains fiksyen serta diarahkan oleh Kentaro Hagiwara. Antara Pelakon Filem Tokyo Ghoul ini adalah Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi dan ramai lagi. Kemungkinan besar filem ini akan ada sambungannya sebab komiknya pun ada banyak siri kan hehe. Aku pernah menonton lakonan hero filem ini iaitu Masataka Kubota dalam filem Jepun yang lain iaitu filem Prophecy (2015), tapi dia hanya pelakon pembantu dalam filem tersebut. Berdasarkan komen yang aku baca, ramai yang berpuas hati dengan movie Tokyo Ghoul ini sebab jalan ceritanya mengikul cerita asal seperti dalam komik, tidak ada banyak perubahan, malah CGI dalam movie ini pun nampak menarik gitu. Apa pun agak kesian dengan watak Ken Kaneki yang dilakonkan oleh Masataka Kubota ini sebab Ken awalnya merupakan seorang budak baik yang pendiam dan tidak ramai kawan tapi hidupnya berubah dengan mendadaknya apabila dia menjadi separuh Ghoul dan separuh manusia.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Ghoul adalah sejenis raksasa yang rupa bentuknya seperti manusia biasa tapi ada kuasa luar biasa, malah mereka juga mempunyai sayap dan ekor yang akan kelihatan jika mereka berlawan, memburu dan membunuh. Makanan Ghoul ini adalah daging manusia semata - mata, jadi mereka memang memakan manusia tapi mereka tidak dapat menikmati makanan lain seperti yang dimakan oleh manusia biasa. Namun mereka boleh minum kopi sahaja hehehe. Scene ketika Ghoul bertukar rupa dan keluar segala sayap dan ekor tu agak mengerikan juga, geli pun ada juga sebab diorang makan daging manusia kan, plus mata diorang juga akan bertukar jadi merah gitu. Namun masih terdapat Ghoul yang baik dan juga Ghoul yang jahat, Ghoul yang baik tidak akan membunuh manusia tapi mereka hanya akan makan manusia yang sudah mati saja, terutamanya manusia yang mati sebab bunuh diri. Lebih menarik apabila semua Ghoul ini akan berhimpun dan melepak di sebuah Cafe milik Kuzen Yoshimura ini. Perwatakkan dan personaliti Ghoul ini seperti manusia juga, cuma yang berbeza adalah mereka mereka mempunyai kuasa luar biasa dan makan daging manusia.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Disebabkan ada ramai Ghoul jahat yang memburu manusia membuatkan ada satu skuad polis khas yang dibentuk untuk memburu semua Ghoul yang berada di Jepun itu. Skuad tersebut memang mahir untuk memburu dan membunuh Ghoul. Tapi yang kelakarnya skuad untuk memburu Ghoul ini tak ramai mana, tak silap aku hanya 3 orang saja, tu pun hanya 2 orang saja yang paling mahir hehe. Hanya mereka bertiga saja yang akan keluar memburu Ghoul, manakala polis lain berada di dalam pejabat utama. Memang banyak scene lawan - lawan antara Ghoul dengan Polis pemburu Ghoul ini, tapi aku agak pelik jugalah kenapa pihak polis tak bersatu dan tangkap Ghoul tu ramai - ramai. Sama juga dengan Ghoul tu sendiri asyik berlawan seorang diri, kenapa tak bawa geng yang lain kan? hahaha. Selain itu, agak kagum juga dengan watak Ken Kaneki ini yang berusaha untuk kekal jadi baik walaupun dia kini adalah separuh Ghoul. Malah dia juga cuba untuk tidak membunuh mana - mana manusia lain termasuklah polis yang memburunya. Scene - scene suspen dalam filem ini memang gempak, begitu juga dengan lagu latarnya yang sangat sesuai dengan filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Sinopsis Tokyo Ghoul (Japanese Movie)

Mengisahkan Ken Kaneki yang merupakan seorang pelajar universiti, dia seorang yang pendiam, nerd dan tidak mempunyai ramai kawan. Satu - satunya kawan yang dia ada adalah Hideyoshi Naga Chika. Ken Kaneki telah jatuh hati dengan Rize Kamishiro dan sering memandangnya dari jauh, kawan Ken iaitu Hideyoshi sentiasa menggalakkan Ken untuk pergi bercakap dengan Rize dan akhirnya Ken berjaya mengajak Rize Kamishiro untuk keluar dating. Ken sangat gembira dapat keluar dengan Rize dan kelihatan Rize juga turut menyukainya. Walaubagaimanapun segalanya berubah apabila Rize mula menjadi ganas dan mencederakannya, malah Rize juga cuba untuk membunuhnya serta memakannya. Ken begitu takut dan cedera parah, namun nasib Ken baik apabila Rize mati dihempap oleh objek besar. Ketika di hospital, doktor telah membuat keputusan untuk menyelamatkan Ken dengan memasukkan organ Rize dalam badan Ken Kaneki. Hal tersebut telah menjadikan Ken Kaneki menjadi separuh manusia dan separuh Goul kerana Rize adalah Ghoul.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Setelah sembuh, Ken mula sedar yang ada benda yang tak kena dengannya, dia dah tak dapat nak makan seperti biasa dan menyebabkan dirinya terlalu lapar. Ken juga merasakan dirinya nak makan daging manusia. Disebabkan terlalu lapar, Ken berjalan - jalan di suatu lorong dan melihat sekumpulan Ghoul tengah memakan daging manusia, hal tersebut membuatkan Ken melarikan diri. Tak lama kemudian kawan Ken mengajaknya untuk pergi berjumpa dengan seorang senior mereka yang bernama Nishiki Nishio. Ken amat terkejut berjumpa dengan Nishiki Nishio itu kerana dia tahu Nishiki itu adalah Ghoul yang dijumpainya ketika berjalan di lorong itu. Nishiki juga tidak sangka Ken berkawan baik dengan manusia, Nishiki kemudiannya mencederakan kawan Ken dan mengajak Ken untuk berkongsi memakan Hideyoshi yang merupakan satu - satunya kawan baik Ken. Ken Kaneki mula marah melihat kawannya dicederakan oleh Nishiki dan mula berubah sepenuhnya menjadi Ghoul dan membunuh Nishiki.
Tokyo Ghoul, Tokyo Guru, Japanese Movie, Filem Jepun, Review Filem Jepun, 2017, Review By Miss Banu, Based On Comic, Genre, Aksi, Sains FIksyen, Pelakon Filem Tokyo Ghoul, Tokyo Ghoul Cast, Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi, Yu Aoi, Hiyori Sakurada, Kai Ogasawara, Kunio Murai, Shoko Aida, Shunya Shiraishi, Tokyo Ghoul Poster, Suspen, Monster, My Feeling, My Opinion,
Ken yang berubah menjadi Ghoul mula keliru dengan dirinya dan berasa amat lapar dan hampir pula memakan kawannya sendiri. Tapi nasib Toka Kirishima dan rakannya datang tepat pada masanya dan menghalang Ken. Toka membawa kawan Ken ke hospital manakala Ken dibawa ke satu tempat untuk berjumpa dengan Kuzen Yoshimura. Di tempat itu, Ken mula diajar mengenai Ghoul dan apa yang perlu dilakukan oleh Ghoul untuk terus hidup. Ken terpaksa membiasakan diri dengan kehidupan barunya itu dan turut berdepan dengan ancaman polis pemburu Ghoul itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ending Movie Tokyo Ghoul ini agak tergantung sebab maybe akan ada sambungannya nanti. Bagi aku movie ini memang boleh layannn dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Tokyo Ghoul ini. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

12 Ogo 2017

Siri Filem Death Note Dari Dulu Hingga Terkini (Japanese Movie)

Death Note, 2006, Death Note 1, Japanese Movie, Filem Jepun, Misteri, Seram, L, Ryuzaki, Lawliet, Light Yagami, Kira, Watari, Misa Amane, Senarai Pelakon Filem Death Note, Pelakon,  Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Asaka Seto, Yuu Kashii, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Siri Filem Death Note Yang Dulu Hingga Terkini (Death Note 1 - Light /Kira VS L)

Assalammualaikum..
Baru - baru ini aku ada menonton filem Jepun yang popular berjudul Death Note, lagipun Death Note ini akan diadaptasikan menjadi english Film kan, so better aku tengok yang original version dulu hehe. Ikutkan filem Death Note 1 ini dah lama release iaitu pada tahun 2006, baru sekarang aku menontonnya hehehe. Wow tak sangka best juga, aku ini jarang menonton Japanese Movie ni, sebelum ini pernahlah tengok filem Jepun dan terus tersuka dengan hero cerita itu iaitu Mizobata Junpei, sekarang ni suka pula tengok lakonan L dan Light Yagami / Kira dalam filem Death Note 1 ni. Death Note 1 ini dilakonkan oleh Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Asaka Seto, Yuu Kashii dan ramai lagi. Dalam filem ini korang boleh tengok bagaimana Light mendapat Buku Death Note itu dan kemudian dia menjadi Kira dan menghukum semua orang jahat. Namun setiap owner Death Note ini pastinya akan berubah jadi kejam apabila Light pada awalnya ingin menghukum orang jahat kemudiannya turut mengorbankan orang yang tak bersalah. Scene Light bertemu L buat pertama kalinya juga menarik, agak terkejut juga bila Light sanggup mengorbankan kekasihnya Shiori untuk mati. Ending Death Note berakhir dengan Misa Amane menerima buku Death Note yang kedua.
Death Note, 2006, Death Note 2 : Last Name, Death Note 2, Japanese Movie, Filem Jepun, Misteri, Seram, L, Ryuzaki, Lawliet, Light Yagami, Kira, Ryuk, Remo, Watari, Misa Amane, Senarai Pelakon Filem Death Note 2, Pelakon,  Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Death Note 2 : The Last Name

Death Note 2 : Last Name masih mengekalkan pelakon yang sama serta pertambahan beberapa watak dan filem ini turut release pada tahun 2006. Aku bukan penggemar komik, manga mahupun anime, jadi aku memang hanya menonton versi filem saja dan aku memang terhibur dengan filem Death Note 1 dan 2 ini. Apa pun filem Death Note 2 : The Last Name pastinya lebih suspen kan, bila Misa kini menjadi second Kira dan turut join Light dalam misinya untuk membunuh L. Light tidak tahu nama sebenar L membuatkan dirinya tidak dapat membunuh L. Light sengaja mengaturkan perjumpaan L, Misa Amane dan dirinya sendiri untuk memberi peluang pada Misa untuk mengetahui nama sebenar L. Namun segala perancangan Light tidak menjadi kenyataan bila L akhirnya menahan Misa kemudian mengurungnya di suatu tempat. Aku suka dengan keyakinan L bila dia memang yakin dari awal lagi yang Light adalah Kira namun dia tidak ada bukti. Manakala Light pula sudah menjangka segala kemungkinan dan telah membuat rancangan rapi. Banyak benda yang terjadi sampailah Watari yang merupakan orang yang disayangi L mati. Light juga cuba membunuh bapanya sendiri menggunakan Death Note itu tapi tak berjaya kerana L telah menukar Death Note asal dengan yang palsu. Light juga tidak dapat membunuh L, kerana L sendiri telah menulis namanya sendiri serta tarikh kematiannya pada 23 hari kemudiannya di Buku Death Note itu. Ending Death Note 2 : Last Name sangat sedih okey, bila Light Yagami / Kira akhirnya mati begitu juga L selepas 23 hari kemudian.
Death Note Spin Off, L Change The World,  2008, Japanese Movie, Filem Jepun, Misteri, Seram, L, Ryuzaki, Lawliet, Light Yagami, Kira, Ryuk, Watari, Misa Amane, Senarai Pelakon Filem Death Note 2, Pelakon,  Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Death Note Spin Off : L Change The World

Selepas filem Death Note 1 & 2, watak L yang dilakonkan oleh Kenichi Matsuyama sememangnya disukai oleh ramai penonton, personalitinya yang unik membuatkan L disukai dan akhirnya ada filem khas untuk L yang mengkhususkan tentang watak L dan apa yang berlaku dalam 23 hari sebelum kematiannya. L memang unik habis, dari gaya duduknya, serta cara dia menaip dalam laptop / komputer, gaya berdirinya yang sedikit bongkok, serta corak pemakanannya yang gemarkan makanan manis namun stil kurus hahaha serta suka memakai baju berwarna putih. Dalam filem ini korang dapat tengok L terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya sekaligus terpaksa menjaga 2 kanak - kanak hahaha, seorang lelaki dan seorang perempuan. Korang juga dapat tengok gelagat L naik tren, naik basikal, berlari, melompat, serta part paling best bila L berdiri tegak hahaha. Dalam filem ini diperkenalkan juga watak Near yang merupakan kanak - kanak lelaki yang dijaga L itu. Walaubagaimanapun jalan cerita filem ini yang memfokuskan tentang penyebaran Virus, Antidote dan sebagainya itu sangat boring okey, rasanya semua tengok filem ini sebab L je dan filem ini release pada tahun 2008.
Death Note : New Generation, Sequel kepada Filem Death Note 2 : Last Name, Prequel kepada filem Death Note : Light Up The New World, Prequel Death Note 2016, 3 Watak Baru, Tsukuru Mishima, Yuki Shien, Ryuzaki, Ryuzaki Pengganti L, Pelakon, Masahiro Higashide, Sosuke Ikematsu, Masaki Suda, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Death Note : New Generation (Mini Series 3 episode)

Death Note : New Generation adalah mini drama yang mempunyai 3 episod dan setiap episod hanya berdurasi 20 minit saja. Kiranya kalau campur kesemua episod, ianya cukup 1 jam. Mini drama Death Note : New Generation ini adalah sequel kepada Filem Death Note 2 : Last Name dan juga merupakan Prequel kepada filem Death Note terbaru yang release pada tahun 2016 yang bertajuk Death Note: Light Up The New World. Jadi disarankan korang untuk menonton mini drama ini terlebih dahulu sebelum korang menonton filem terbaru Death Note (2016) itu. Seperti korang tahu Light Yagami dan L telah mati dalam filem yang terdahulu, maka dalam mini drama ini diperkenalkan 3 watak baru yang akan menghidupkan jalan cerita Filem Death Note yang terbaru. 3 watak tersebut adalah Tsukuru Mishima yang merupakan leader of the death note task force yang dilakonkan oleh Masahiro Higashide, Watak baru yang kedua adalah Ryuzaki yang merupakan Pengganti Original kepada L yang dilakonkan oleh Sosuke Ikematsu. Akhir sekali adalah watak Yuki Shien yang merupakan cyber terrorist yang memuja dan menyanjung Kira / Light Yagami. Watak Yuki Shien ini dilakonkan oleh Masaki Suda
Death Note : Light Up The New World (2016), Filem Jepun, Japanese Movie,  Death Note : New Generation,  Sequel kepada Filem Death Note 2 : Last Name, Misa Amane, Light Yagami, L, 3 Watak Utama Baru, Tsukuru Mishima, Yuki Shien, Ryuzaki, Ryuzaki Pengganti L, Senarai Pelakon Filem Death Note Light Up The New World (2016), Pelakon, Masahiro Higashide, Sosuke Ikematsu, Masaki Suda, Erika Toda, Sota Aoyama, Ryuk, Beppo, Arma, Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Death Note 2016, Misteri, Horror, Seram, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Neo Kira,
Death Note : Light Up The New World (2016)

Filem Death Note : Light Up The New World adalah filem terbaru siri Death Note ini yang release pada tahun 2016 yang lalu. Mengekalkan pelakon yang sama seperti dalam Drama Death Note : New Generation itu serta pertambahan beberapa watak. Terdapat 2 watak dari filem terdahulu yang turut muncul dalam filem ini seperti Misa Amane yang dilakonkan oleh Erika Toda dan juga Tota Matsuda yang dilakonkan oleh Sota Aoyama yang merupakan detektif yang pernah menyiasat kes Kira bersama L pada 10 tahun yang lalu. Selain itu Tatsuya Fujiwara dan Kenichi Matsuyama yang melakonkan watak Light Yagami / Kira dan juga L turut jadi cameo dalam filem ini, namun scene diorang sikit sangat okey. Tak puas dan rasa kehilangan gitu bila L dan Light / Kira tiada dalam banyak scene dalam filem ini sebab watak diorang dah mati kan, jadi dalam filem ini kalau ada diorang pun untuk scene - scene flashback dan lain - lain lagi. Jalan cerita filem ini memfokuskan tentang persaingan antara Yuki Shien dan juga Tsukuru Mishima serta Ryuzaki dalam merebut dan mengumpulkan kesemua 6 Buku Death Note yang ada di bumi. 4 buku Death Note ada pada Yuki Shien serta 1 buku ada pada Ryuzaki yang tidak pernah digunakannya dan 1 buku lagi ada pada polis yang diketuai oleh Mishima. Yuki Shien awalnya mempercayai yang dirinya telah dipilih oleh Light / Kira untuk menjadi Next Kira atau Neo Kira. Namun Misa Amane telah menyakinkan dirinya yang Light / Original Kira telah mati dan membuatkan Yuki ingin membunuh Neo Kira yang sebenarnya.

Akhirnya di penghujung filem ini, Yuki, Ryuzaki dan Mishima bertemu dan merungkai segala persoalan tentang siapakah sebenarnya Neo Kira itu. Aku tak naklah letak spoiler tentang ending Death Note : Light Up The New World ini, apa pun korang kena tengok sendirilah filem ini nanti ye hehehe. Apa pun pastikan korang tengok filem ini sampai habis credit ye, sebab lepas credit itu akan muncul Light / Kira yang original itu hahaha. Ada juga Death Note versi drama 11 episod yang disiarkan pada tahun 2015 tapi aku tak tengok lagilah yang versi drama tu.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017