-->
Memaparkan catatan dengan label Negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negeri. Papar semua catatan

29 Mac 2017

Penang VS Seberang VS Pulau Pinang?

Penang VS Seberang VS Pulau Pinang?, Perbezaan Penang Butterworth Pulau Pinang,
Penang VS Seberang VS Pulau Pinang?

Assalammualaikum
Kalau rujuk gambar diatas itu, diorang menerangkan perbezaan panggilan antara Penang, Pulau Pinang dan juga Butterworth. Memang betul pun, kalau kita sebut Pulau Pinang, bermakna ianya bermaksud seluruh negeri iaitu belah pulau dan juga Butterworth. Walaubagaimanapun ikut orang jugalah, kadangkala ada yang sebut Penang yang merujuk belah Pulau, atau pun ada yang panggil Belah Pulau je, ada juga yang panggil Tanjung. Manakala Butterworth pula, kita tak sebut Penang tapi Seberang, atau pun Seberang Prai or Butterworth. Kadang - kadang orang dari negeri lain memang agak konfius pasal benda ni. Lepas ini bila datang Pulau Pinang, korang dah boleh beza antara Belah Pulau dan juga Seberang ye hehe.
Read More »

21 Mac 2016

Clever Girl Malaysia - Ethel (Sarawak) Tersingkir


Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tidak menyebelahi peserta yang juga wakil negeri Sarawak iaitu Ethel kerana tersingkir di minggu kedua Clever Girl Malaysia. Ethel mendapat markah terendah bersama dengan peserta dari Perlis iaitu Aqeelah. Kedua-dua mereka akhirnya bersaing menjawab soalan2 kuiz yang diberikan bagi menentukan siapa yang akan tersingkir, dan akhirnya Ethel tersingkir. Macam-macam komen yang boleh dibaca di Twitter mengenai Clever Girl Malaysia ni. Dalam banyak2 komen aku tertarik dengan komen ni -->" Cer lah tiap2 minggu you all ubah2 cara pertandingan dia. Minggu ni choral speaking,minggu depan debate,pastu sembang pasal feminism! Baru clever!!!". Betul gak tu, kalau setiap minggu asyik jawab soalan kuiz jer, bosan gak kan. Kini hanya 13 peserta yang akan mewakili negeri masing2 dalam CleverGirlMy ni.

Profil Peserta Clever Girl Malaysia (Ethel dari Sarawak)
Read More »

14 Mac 2016

Clever Girl Malaysia TV3 - Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama


Assalammualaikum..
Clever Girl Malaysia adalah program realiti yang berbentuk gameshow yang menghimpunkan 14 gadis pintar yang mewakili negeri masing2. Awalnya aku konfius gak camnela format atau konsep program Clever Girl tu. Rupanya diorang ni akan menjawab soalan2 kuiz pada hari pertandingan, dan pertandingan tu akan terbahagi kepada 3 peringkat. Siapa yang dapat markah tertinggi akan dapat ganjaran setiap minggu seterusnya beroleh immuniti. Manakala yang mendapat markah terendah akan tersingkir. Di minggu pertama Clever Girl ni, peserta dari Johor iaitu Sofia hampir2 tersingkir namun nasiblaa tiada penyingkiran pada minggu ini. Selain pertandingan, para peserta juga dikehendaki melaksanakan aktiviti2 Khidmat Masyarakat. 

Alif Satar menjadi Hos / Pengacara untuk Clever Girl Malaysia ni. Penilaian para peserta Clever Girl Malaysia akan dibuat berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Tiada sistem undian dilakukan. Pada akhir musim, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. 

Gambar Peserta Clever Girl Malaysia
Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017