-->

10 Jan 2014

Juara Pencetus Ummah Musim Pertama Milik PU Hafiz

Tahniah buat PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang telah diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas bersaing dengan tiga peserta lain di pentas akhir yang  diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) sebentar tadi.
Hafiz, 32, yang berasal dari Selangor telah memilih tajuk Pendakwah: ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk kedua pula iaitu Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema ‘Cinta Rasulullah’.
Dengan kemenangan PU Hafiz sebentar tadi, dia telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Kemenangan PU Hafiz diambil selepas dia berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan mempunyai pengisian yang tepat selain mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana) serta juri jemputan Datuk Aznil Hj Nawawi.
Selain itu, Mimbar Akhir Pencetus Ummah turut dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Nazri bekas ahli kumpulan Raihan, Hijjaz, Aris Ariwatan, dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.
Program Pencetus Ummah telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106).
Layari www.pencetusummah.com.my untuk info terkini program Pencetus Ummah.
Read More »

8 Jan 2014

Video-Video Sekitar Fan Meeting Lee Kwang Soo (Running Man) Di Malaysia 2014



Disebabkan ada yang tanya pasal video LKS masa fanmeeting tu, so aku letakkan bbrp video yg aku jumpa ke dlm blog ini..credit untuk semua owner video tersebut..masa tengok video tu jangan terkejut lak sebab penuh dgn jeritan fanss hehehe enjoyy..

Lee Kwang Soo menyanyi lagu DBSK's yg bertajuk Hug


Opening Talk, Sweet bila Kwang Soo sebut perkataan anda comel hehe



Game Session With Fans- Game Tough, Gyiyomi, Catwalk and Romantic, x leh blah masa game gyiyomi tu, part paling best masa LKS jadi malu-malu tu.


Sesi Soal Jawab bersama Lee Kwang Soo
Suke part masa Kwang Soo secara x sengaja tercakap Korea dengan Hos Baki Zainal tu..dah la Hos tu orang melayu hehe sweet, Kwang Soo pun tergelakk besar. Tapi LKS ada ckp yg hos tu sgt friendly n buatkan die selesa n terus x sgaja ckp korea dgn die. Suka gak part bila LKS ckp i love Malaysia..

Lee Kwang Soo menyanyi sambil main piano


Gambar masa die tengah malu2 hehehe

Inilah video yang Malaysian Fans buat utk LKS sampai LKS sebak n nangis tengok video di bawah ini.

Gambar2 diatas credit to http://www.tianchad.com/
Artikel credit to Harian Metro.. Murai.com.my..
Video credit to semua owner video berkenaan..

Gambar kat bawah ni plak adalah gambar masa HaHa (Running Man) dan Skull datang ke Malaysia untuk buat Showcase pada Hujung Disember 2013 yang lalu.


credit to Astro Gempak.. dan minggu ni Gary pula yg datang ke Malaysia hehe.
Read More »

7 Jan 2014

Blog Bertukar Wajah Sempena Tahun 2014

Assalammualaikum..
Perasan tak perubahan blog ini, sebenarnya dah beberapa hari dah blog ni dah bertukar wajah, cuma hari ni baru sempat publish entry ini. Sebelum ni busy dengan entry pasal Kwang Soo tu hehehe. Sebelum ni Blog Miss BaNu Story ni berwajah dan bercolour macam gambar kat atas tu. Start guna design atas tu sejak tahun 2012 sampailaa 2013. Bila masuk tahun 2014 ni rasa nak tukar angin sikit, sebab dah rasa bosan tengok design lama jadi nak tukar yang baru. Kali ni warna tema blog yang aku pilih adalah biru.

Tapi bukan aku yang edit blog aku ni, sebab aku ni memang x berapa reti nak edit2 blog ni semua hehe. Aku tempah pada kat sorang blogger yang sememangnya terror dan kreatif bab2 edit mengedit ni. Sape lagi kalau bukan kat akak Cik Rose Cute.. kite ni. Sebelum ni dah pernah tempah header kat die, sekarang ni suruh die edit full blog pula. Orangnya sporting jer n senang nak bekerjasama dgn die. So pada yang nak edit blog masing2 bolehlaa tempah kat Cik Rose Cute.. Lagu dlm blog ni pun aku tukar juga hehe.

Bila dah tukar design baru ni, semangat sikit nak update blog hehe..Ada yang tanya pasal video2 masa Fan Meeting Lee Kwang Soo kat Malaysia hari tu, nanti aku letakkan video2 tu kat blog ni, stay tune k..paling syok tengok video yang die buat Gwiyomi tu hehe sangat cute gilerr okey hehe.
Read More »

6 Jan 2014

Gambar-Gambar Ketika Lee Kwang Soo (Running Man) Berada Di Malaysia 2014

Assalammualaikum..
Satu lalu berlangsungnya Fan Meeting Lee Kwang Soo di Malaysia. Sambutan yang diberikan oleh peminat disini agak meriah gitu pada Kwang Soo ini. Sampai Berita Astro Awani pun turut menyiarkan mengenai kedatangan LKS ke Malaysia ini. Sempat gak aku tengok video2 yang diupload oleh Fans LKS di Media Sosial. Bila LKS menjejakkan kakinya di KLIA, terus fansnya menjerit-jerit siap panggil "Oppa, Oppa, Oppa" hehe ada gak yg cakap "Saranghaeyoo" amboii semua speaking korea okey hihi. Kemudian semua beramai-ramai melaungkan nama Lee Kwang Soo beberapa kali. Memang meriah dan kecoh.
Gambar diatas ni credit to kak @LadySherryda, LKS yang diiringi oleh polis berjalan agak laju dan cepat, jadi menyukarkan fans untuk tangkap gambarnya, kalau dpt tngkap gambar pun byk yg blurr jer. Namun LKS sempat melambai-lambaikan tangan kearah peminatnya dan senyum. Ada gak fans yang bertuah bila LKS memandang ke arah kameranya lalu buat peace hehe.
Ketinggian die ni mmg sangat tinggilah hehehe orang2 lain takat paras pinggang or bahu die jer ..
Sebelum Fan Meeting, Diorang ada sesi bertemu Media. Jadi masa inilah para wartawan boleh menginterview LKS ni.
Gambar ni credit to FB ERA- Rasanya ramai yang jeless tengok deejay Era iaitu Ira ni tangkap gambar dgn LKS kannn hihi..
Ini semasa Fan Meeting berlangsung..dengarnya LKS ada menyanyi beberapa buah lagu serta turut bermain piano sambil bernyanyi. Selain itu LKS juga turut bermain games diatas pentas bersama peminat bertuah. Tidak ketinggalan LKS juga turut menari tarian trademark die dan sebagainya. Gambar2 credit to http://www.tianchad.com
Banyak video yg telah diupload pasal Fan meeting LKS ni. Korang search jer nanti k. Sedap gak suara LKS ni bila die menyanyi tapi lagu korea lahh, patutnya die kena buat kejutan kpd fansnya dgn nyanyi lagu Melayu sikit, serangkap pun takpelah kan tu baru lagi best, betul tak?hehe.
ni tiru gaya die menari ker ek?hehe ntahlaa aku pun x tau...

Hehehe lawak muka LKS masa ni..

LKS juga turut update status Twitternya dan mengatakan "Thank You Malaysia"..bila agaknya Running Man nak shooting di Malaysia kan, konform gempaq punye. Selain tu pada mereka yang suka layan Running Man ni bolehlaa tengok di tv2 setiap Sabtu dan Ahad pukul 4 petang. Di Channel One HD Astro pun ade gak setiap Jumaat dan Sabtu. Tak pun layan kat tenet jer senang cite hehe..
Selepas Lee Kwang Soo, nanti tibalah giliran Gary (Running Man) pula datang ke Malaysia untuk Konsert Kump Lessang pada 11 Januari 2014 nanti. Sebelum ini HaHa (Running Man) & Skull telah pun dtg ke Malaysia, rasanya Disember 2013 kot. Kim Jong Kook juga dah pernah datang ke Msia tahun sudah.

P/s- Jangan lupa LIKE Fanpage Blog aku di FB k ->
Read More »

5 Jan 2014

Lee Kwang Soo (Running Man) Baru Tiba Di Malaysia

Assalammualaikum..
Setelah kehadiran Kim Jong Kook di Malaysia tahun lalu, Kini tibalah giliran Asia Prince pula hehe iaitu Lee Kwang Soo. Dia bertolak dari Korea pada waktu petang dan telah pun selamat sampai di Malaysia pada 3 Januari 2014 sekitar jam 10.30 malam. Ramai peminat yang menantinya di KLIA. Dengarnya ramai Fans yang datang KLIA dan teruk gak Lee Kwang Soo tu ditarik oleh fans sampai takut sekejap die hehe. Apapun memang beruntung pada mereka yang dapat tengok die Live gitu. Gary pula akan buat concert di Malaysia menerusi kump Lessang pada 11 Januari nanti
Lee Kwang Soo di Airport Korea.
Lee Kwang Soo in KLIA Malaysia..
Lee Kwang Soo in KLIA Malaysia..
Lee Kwang Soo in KLIA Malaysia..

Lee Kwang Soo akan ada di KWC Mall pada 4 Januari 2014 untuk Fanmeeting bermula jam 6 or 7 mlm..
Read More »

2 Jan 2014

10 Personaliti/Perkara Paling Berpengaruh Dalam Dunia Hiburan 2013


Pencapaian karier muzik Yuna pada tahun 2013 di persada seni antarabangsa dianggap paling membanggakan. Di awal tahun 2013, beliau telah dilamar syarikat antarabangsa, Verve Music Group yang dipengerusikan komposer popular, David Foster. Album baru Yuna, Nocturnal telah dilancarkan Oktober lalu di bawah label Verve Music Group.
Seterusnya Yuna turut berganding bahu bersama artis Amerika Syarikat, Owl City membawa lagu Shine Your Way. Lagu tersebut merupakan soundtrack untuk filem The Croods yang turut dinyanyikan semula oleh peserta-peserta American Idol 2013. Satu lagi catatan manis yang telah dilakar apabila Yuna dan Owl City muncul dalam rancangan Tonight Show With Jay Leno dengan membawakan lagu Shine Your Way.

Yuna seterusnya membuatkan peminatnya di Malaysia bangga apabila muncul sekali lagi dalam rancangan Conan O’Brien dalam rangka promosi album barunya. Belum habis tentang itu, Yuna dikatakan bakal muncul tahun hadapan di program Jimmy KimmelLive pada Januari 2014. Hebat di persada antarabangsa dan di tanah air sendiri, lagunya –Lelaki baru sahaja memenangi kategori utama Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 20 baru-baru ini.
Selain itu kejayaan lagu ‘Terukir Di Bintang di Anugerah Juara Lagu ke 27 dan konsertnya yang julung kalinya diadakan di Istana Budaya turut disebut ramai. Pendek kata tahun 2013 menjadi tahun yang baik untuk gadis bernama Yunalis Zarai. Semoga terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak sememangnya layak diangkat sebagai ikon lawak tahun ini. Gandingan dua pelawak terus mendaki tangga populariti tahun demi tahun.
Keserasian mereka dilihat bermula apabila digandingkan sebagai pengacara rancangan Raja Lawak musim kedua sehingga kini. Kemudian menerusi pertandingan Maharaja Lawak mereka bergabung membentuk kumpulan Jozan. Jozan kemudian meniti kejayaan paling besar apabila dinobatkan sebagai juara di pertandingan  Maharaja Lawak Mega 2012, yang turut dibarisi nama-nama besar dalam arena komedi tanah air.
Semangat setiakawan dan silaturahim yang sangat kuat di antara Johan dan Zizan adalah antara sebab mengapa gabungan duo ini selalu menjadi pilihan peminat. Sebagai bukti, mereka mendapat undian tertinggi peminat untuk memenangi ‘Best On Screen Chemistry Award’ di Shout! Award.
Antara yang paling menarik untuk pencapaian karier Siti tahun ini juga adalah peluang berduet bersama penyanyi tersohor dunia, Babyface pada majlis amal sempena Grand Prix Formula One 2013. Seterusnya, menginjak ke pertengahan tahun Siti mengadakan konsert solo diiringi lebih 80 pemuzik bertaraf antarabangsa himpunan MPO di bawah pimpinan Kevin Field. Selang dua bulan, Siti melunaskan impiannya mengadakan Konsert Lentera Timur  iaitu konsert tradisional sepenuhnya di Istana Budaya (IB). Jualan tiket di IB pecah rekod, ini membuktikan kewibawaannya sebagai penyanyi yang bukan sekadar mengalunkan lagu, tetapi penghibur sejati.

Bukan itu sahaja, untuk tahun 2013,Siti berjaya menerima dua anugerah iaitu Lagu Serantau Paling Popular  dan Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 untuk lagu ‘Muara Hati’ duetnya bersama Hafiz AF. Siti Nurhaliza juga diantara tiga nama besar menggalas tugas sebagai ‘inspirer’ untuk Akademi Fantasia musim ke 20 di samping Faizal Tahir dan Melly Goeslaw. Siti turut terpilih untuk mewakili negara dalam konsert berprestij, Festival Muzik Asean di Jepun. Tahun ini juga Siti dan produknya, Simplicity dilihat banyak membuat kerja-kerja amal membantu mereka yang tidak bernasib baik dibawah Kempen Simplicity. Siti dilihat turut membantu dan mengumpul dana untuk pesakit jantung serta yang terbaru, beliau turun padang menghulurkan bantuan untuk mangsa banjir di Pahang.
Untuk tiga tahun berturut-turut, Hafiz mengungguli kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).
Hafiz memulakan tahun 2013 dengan memenangi anugerah vokal terbaik untuk AJL 27 menerusi lagu ‘Ku Akui’ ciptaan Ajai. Satu pencapaian yang baik untuk pendatang muda sepertinya di dalam industri seni.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip, 23 turut melancarkan album keduanya ‘Luahan Hati Anak Seni’ pada tahun ini. Single dari album tersebut - Bahagiamu Deritaku menjadi kegemaran dan siulan peminat. Hafiz juga meraih gelaran Artis Serantau Paling Popular menewaskan nama-nama besar lain dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2013. Hafiz berkongsi trofi dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza untuk kategori Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Berkumpulan Terbaik untuk lagu Muara Hati dalam acara yang sama.

Artis kelahiran Astro ini juga turut mendominasi anugerah Shout! Awards apabila beliau membawa pulang dua anugerah, Popstar Award dan Power Vocal Award. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi Album terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni dan kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik yang ke 20. Terbaru lagunya Bahagiamu Deritaku tersenarai di antara 12 lagu yang akan bertarung di Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL28) tahun 2014.

Mungkin tahun 2013 adalah tahun yang baik untuk Nora Danish, selain bertemu cinta hatinya, kariernya juga dilihat semakin berkembang. Tahun 2013 juga melihat kemunculan paling banyak Nora di layar perak sebagai pelakon utama, antaranya adalah Lagenda Budak Hostel, Mencari Cinta, Dua Kalimah, Bencinta dan Suami aku Ustaz.
Mutu lakonan Nora juga nampak peningkatan berbanding seawal kemunculannya di industri seni. Di media sosial, pengaruh ibu beranak satu ini juga terbukti apabila video gerakan Gwiyomi yang dirakam beliau di YouTube menjadi video nombor lima paling trending pada 2013. Nora juga antara celebriti yang paling banyak pengikut di Instagram selain turut diangkat menjadi duta produk antarabangsa Uniqlo. Nora juga menjadi juri untuk pertandingan MLM2013.
Selain dari kejayaan demi kejayaan yang diperolehinya, tahun ini juga Shila tidak dapat lari dari gosip cinta yang melanda dirinya. Seperti semua sedia maklum, percintaan Shila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad terputus di tengah jalan. Namun begitu, kecemerlangan Shila dalam kerjayanya cukup membanggakan peminat-peminatnya.
Tahun lepas dia popular dengan lagu Patah Seribu, tahun ini sekali lagi Shila menyajikan lagu meletup – Masih Aku Cinta. Pada masa yang sama,  Warner Music Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang beroperasi di Malaysia dan di Shanghai, China.

Nama Shila juga popular di Shanghai setelah dia berjaya memenangi pertandingan rancangan realiti nyanyian Asian Wave 2012Selain pengiktirafan ini, Shila turut dicalonkan dalam tiga kategori dalam World Music Awards 2012/2013 - World's Best Female Artist, World's Best Entertainer of the Year 2013 dan World's Best LIVE Act 2013. Shila juga dianugerahkan Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik ke 20 tahun ini.
Filem KIL,  filem yang menampilkan teknik sinematografi hebat serta jalan cerita yang mengenepikan klise filem Malaysia bukanlah filem pilihan rakyat Malaysia ketika mula ditayangkan pada awal Februari tahun ini. Biarpun gagal menang dari segi kutipan tiket, filem arahan Nik Amir Mustapha itu berjaya memenangi banyak anugerah sebagai menghargai kualiti yang ditampilkan pengarahnyaMenerima empat anugerah daripada tujuh pencalonan asal termasuklah Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2013 membuktikan filem KIL bukan filem biasa.

Filem ini juga berjaya memenangi kategori ‘Breakthrough Local Feature Award’ di Anugerah Shout Award. KIL yang merujuk kepada singkatan Akil atau kill, mengisahkan seorang pemuda bernama Akil (lakonan Redza Minhat) menghadapi kemurungan serta cenderung untuk membunuh diri. Akil kemudiannya mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara (lakonan Cristina Suzanne) dan mula ragu-ragu tentang niat asalnya untuk membunuh diri.
Projek Ikal Mayang merupakan antologi 15 filem pendek arahan pengarah dari pelbagai latar belakang. Projek besar ini dibuat sempena Hari Wanita Antarabangsa 2013 yang diraikan pada 8 Mac, namun hanya 10 daripada 15 filem tersebut yang diterima untuk disiarkan sebagai tontonan umum menerusi saluran televisyen. Projek ini merupakan projek yang paling disebut-sebut tahun ini terutamanya di media sosial kerana ianya di hasilkan oleh 15 pengarah yang tidak kurang hebatnya. Barisan sutradara ini antaranya pelakon terkenal tanahair seperti Datin Sofia Jane, Nanu Baharudin, Sharifah Amani, Fauziah Nawi, Mislina Mustaffa, Vanidah Imran, Dira Abu Zahar, Susan Lankester, Melissa Saila dan Ida NerinaPerjalanan Ikal Mayang bermula apabila seramai 800 orang bersama-sama meraikan Hari Wanita Sedunia 2013 dengan menghadiri tayangan Ikal Mayang. Himpunan filem pendek yang menampilkan kisah wanita Malaysia ini juga telah ditayangkan ke layar antarabangsa di Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-18 (BIFF 2013).
Rasanya tahun 2013 nama Nabila Huda paling disebut-sebut apabila dia dilihat mula bersifat terbuka dan tidak lagi merahsiakan aktivitinya di mata peminat. Nabila sememangnya tidak kisah dianggap liar atau dimarahi peminat apabila mula memuatnaik gambar-gambar percutiannya di media sosial dengan pakaian yang agak seksi.
Namun Nabila merasakan sudah tiba masanya dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak lagi berselindung di hadapan peminat. Disebalik kontroversi yang melanda, Nabila masih disokong peminat setianya apabila sering tampil dengan mutu lakonan yang semakin baikBakatnya tidak perlu dipandang enteng dek kerana keberaniannya di media sosial. Nabila turut memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Tahun ini juga kebanyakkan drama lakonan Nabila menjadi antara yang paling banyak di tonton. Antaranya adalah Jodoh Itu Milik Kita, Teduhan Kasih dan Sangkar.
Tahun ini nama Sharifah Amani atau dikenali sebagai Nani lebih menyerlah setelah satu masa dahulu pernah popular dengan filem Sepet. Tahun ini selain berlakon filem, Nani menjadi salah seorang pengarah yang berkolaborasi menghasilkan filem pendek dalam projek Ikal Mayang. Selain itu, Nani turut membintangi beberapa filem seperti Psiko: Pencuri Hati, Kolumpo dan Jalan PintasNani turut menjadi salah seorang juri tetap untuk rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke 10Turut terlibat dalam teater, Nani mencuba nasib berlakon di bawah arahan Nam Ron dalam teater 'Laut Lebih Indah Dari Bulan'.

Read More »

1 Jan 2014

Salam Tahun Baru 2014

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017