-->

22 Ogo 2014

Bila Kajol Datang Malaysia


Assalammualaikum..
Tanggal 20 Ogos 2014 Rabu, Bintang Bollywood terkenal Kajol telah datang ke Malaysia. Kemunculannya di Malaysia adalah sempena perlancaran saluran baru Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD di saluran 251. Kajol kelihatan jelita dengan sari hitam putihnya itu, Ini merupakan kunjungan pertamanya ke Malaysia. Walaubagaimanapun Kajol datang kesini tanpa suaminya Ajay Devgan. Maybe sebab Kajol dtg ke Msia sekejap jer so suami die x ikut tambah2 Ajay tu pelakon gak n ada syarikat produksi sendiri mesti busy giler.
Majlis Pelancaran saluran baru Astro tersebut turut diserikan dengan artis Malaysia seperti Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Awal Ashaari. Lisa Surihani turut menjadi hos pada majlis tersebut dan turut menemubual Kajol gitu. Dah Kajol ada depan mata, mestilah para artis pun x melepaskan peluang untuk bergambar bersama Kajol. Untung Lisa dan Awal dapat bergambar dgn Kajol. Bukan senang nak jumpa Kajol betul tak hehe.
Lisa siap dapat hug lagi dari Kajol hehehe. Mengenai perkembangan terbaru Kajol, dia akan berlakon dalam filem terbaru Rohit Shetty bersama SRK dan sebuah lagi filem terbitan syarikat produksi milik suaminya dengan membawakan watak sebagai isteri Mafia. 
Gambar2 diatas credit to Instagram Lisa, Awal dan Femagonline.
Read More »

21 Ogo 2014

Cara Untuk Menjadi Kuat

Read More »

20 Ogo 2014

Sinopsis Drama Kalau Itu Jodoh Kita TV Al-Hijrah

Assalammualaikum..
Drama Kalau Itu Jodoh Kita adalah drama terbaru di Tv Al-Hijrah menggantikan drama Walau Sedetik Cuma. Tak silap aku drama ini adalah adaptasi dari novel yang bertajuk Kekasih Halal. Drama ini mempunyai 13 episod dan ditayangkan setiap Selasa pada pukul 10 malam di channel Tv Al-Hijrah. Drama Kalau Itu Jodoh Kita ini dilakonkan oleh Qi Razali, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Anzalna Nasir dan ramai lagi. Jom layan Sinopsis drama ini dibawah yer..

Sinopsis Kalau Itu Jodoh Kita

Lutfa Shirin Mawar. Seorang gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahannya dengan berfikir dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk dia bergelar seorang isteri.

“Mama awak kata, kalau awak nak keluar dengan saya, maknanya awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti semester nanti, kita kahwin.”

Lutfa memanglah tak nak Feroz. Tapi, seperti apa yang orang kata... tak kenal maka tak cinta, tak mengerti maknanya sebuah cinta, maka tak adalah pula rasa sayang. Membina rumah tangga atas dasar tuntutan keluarga membuatkan Lutfa jatuh cinta kepada suami sendiri. Cuma Lutfa tidak membuka mulut memberitahu dia sudah berkahwin. Orang bertanya pun, dia senyum. Kan dah letak status Married kat Facebook tu!

Jadi bila orang lain nampak Lutfa bersama Feroz (suami Lutfalah tu!), tanggapan mereka adalah Lutfa bercinta sahaja dengan Feroz. Kadang ada ke sana ke sini bersama. Bila ada nampak Lutfa tidur rumah Feroz, mulalah kata Lutfa perempuan begitu, perempuan begini. Lutfa pula bukan jenisnya buka mulut bercerita. Sebab kawan baik Lutfa dah jadi tukang cerita. Lutfa dan Feroz kekasih halal! Suami isteri!

Tapi, kalau orang dah tak percaya... Sungguh! Lutfa begitu mencintai suami yang begitu penyayang, yang menepati semua ciri-ciri lelaki yang dia pernah idam-idamkan. Namun, ada satu perkara yang dia tidak tahu.

Kecurangan si suami dalam dia tidak sedar!

Juga ada lelaki lain yang menyimpan rasa hati untuknya. Siapa Johan dalam hatinya?
Read More »

19 Ogo 2014

CPUV Nuffnang ~ IKEA - SISAN

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat CPUV dari Nuffnang iaitu IKEA - SISAN. Terima kasih pada pihak pengiklan iaitu IKEA kerana memilih blog ini. Kalau korang ada nampak iklan IKEA ni menari-nari kat blog ni, jangan lupa klik okey hehe. Thanks pada semua yang sudi dan rajin klik2 iklan di blog ni. 
Read More »

18 Ogo 2014

Lagu & Lirik Sesal Separuh Nyawa Nyanyian Alyah

Assalammualaikum..
Sape dah dengar lagu baru Alyah ni? best gak, Muzik video untuk lagu ni pun best siap ada pelakon Hisyam Hamid gitu, makna mendalam gitu..Apapun jom layan lirik lagu Sesal Separuh Nyawa dibawah ini. Kalau korang nak dengar lagu ini bolehlaa tengok muzik video dibawah ini juga.

Lirik Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu

Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Read More »

15 Ogo 2014

Sinopsis Drama Kristal Maya Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Kristal Maya adalah drama terbaru yg ditayangkan untuk Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan drama Ramadan Jangan Pergi. Bersiaran setiap Rabu dan Khamis, 10 malam dan dilakonkan oleh Shah Jaszle, Amyra Rosli, Amar Baharin, Ryzal Jaafar, Elly Mazlein, Hefny dan ramai lagi. Ramai pelakon best2 dlm drama ni, so jom layan dulu sinopsis drama ni k.

Sinopsis Kristal Maya
Maya(Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi(Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan.Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam(Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz(Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan(Hefny).Syukri(Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.
Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan  rahsia  tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.

Baca Yang ini Jugak yer..
Read More »

14 Ogo 2014

Truth & Lie


Read More »

13 Ogo 2014

Kata-kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017