-->

30 Sep 2015

Sinopsis Drama Lari Mira Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Terbaharu di slot Lestary, Lari Mira terbitan Frontrow Pictures Sdn. Bhd.yang diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip oleh Sofea J Rhyland bakal menemui peminat drama pada 9 September 2015, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam. Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh, drama bersiri 14 episod ini membariskan pelakon-pelakon popular Malaysia dan Indonesia seperti Nina Iskandar (Mira), Nazrief Nazri (Yusof), Erlandho Saputra (Adi), Airis Yasmin (Dr. Zuli) dan Umbu Abdullah (Rio). Jom tengok sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Lari Mira

Misi Menyelamatkan Diri Selepas Bencana Tsunami Dalam “Lari Mira”. Cemas dan buntu. Dia hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan mencari ahli keluarganya yang hilang selepas sedar diri dalam tragedi Tsunami yang melanda Banda Acheh. Dalam keadaan yang masih sedih dengan kehilangan ibu bapanya, dia diperdaya dan terperangkap dalam muslihat sindiket pemerdagangan manusia. Bagaimanakah dia menyelamatkan diri dan kembali ke tanah air? Mira sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman tetapi ibunya, Indah mahukan konsep yang berbeza iaitu tradisional Acheh. Tanpa pengetahuan Mira, ibunya telah memulakan persiapan mereka sekeluarga ke Acheh. Mira marah dan merajuk dengan ibunya. 


Pada masa yang sama, Mira bergaduh dengan tunangnya Yusof kerana mendapati Yusof masih berhubung dengan bekas kekasihnya. Mira bertolak ke Banda Acheh tanpa mendengar penjelasan daripada Yusof. Majlis perkahwinan di Acheh bertukar menjadi tragedi apabila dilanda Tsunami. Selepas sedar diri, Mira mendapati dirinya ditimbun dalam runtuhan bangunan. Mira bersendirian di lokasi yang dia tidak ketahui. Apa yang dilihat di sekelilingnya hanyalah mayat dan lumpur. Dalam keadaan yang tidak tentu arah, Mira didatangi oleh Rio yang berpakaian baju seragam penyelamat. Mira dibawa ke sebuah pusat untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan ke suatu tempat yang terpencil, Mira berasa pelik kerana dibawa jauh dari Banda Acheh. Namun, disebabkan keletihan dan kecederaannya, dia tidak banyak bertanya. Mira berkenalan dengan Muthia yang juga berada di dalam van yang dinaikinya. 

Sementara itu, Yusof tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Acheh mencari Mira walaupun dihalang oleh keluarganya. Setibanya dia di sana, dia bertemu dengan Dr Zuli dan menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara supaya lebih mudah mendapatkan maklumat tentang Mira. Pada suatu malam, Muthia terdengar perbualan Rio dengan seseorang bahawa ingin menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri bersama. Berjayakah Mira dan Muthia melarikan diri? Berjayakah Mira mendapatkan bantuan? Siapakah Adi yang ditemui oleh Mira? Bertemu kembalikah Mira dan Yusof? 

Read More »

28 Sep 2015

Kisah Seram Di Cyberjaya

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu Cyberjaya ni merupakan sebuah bandar yang pesat membangun dan Cyberjaya ni dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1997. Tahukah korang yang tapak asal sebelum Cyberjaya dibangunkan adalah merupakan kawasan Ladang Kelapa Sawit yang terletak di daerah Sepang Selangor. Faham2 jerla kan bila suatu projek pembangunan dibuat di suatu tapak yang dikatakan "keras" dan berpenghuni macam2 cerita seram lah yang kita dengar kan. Bukan kat Cyberjaya jer kat mana2 tempat pun serupa jugak kan. Nampak kelibat lah apalah dan macam-macam lagi. Ade sesiapa tak yang pernah mengalami kejadian misteri dan seram kat Cyberjaya ni? Apa pun jom kita baca Kisah Seram yang berlaku di Cyberjaya ni, just klik jer link kat bawah k..

Read More »

27 Sep 2015

Senarai Lagu-Lagu Untuk Konsert AF2015 Minggu Ke-8


Read More »

Sinopsis Filem Jwanita Lakonan Maya Karin

Assalammualaikum..
Filem Jwanita adalah filem terbaru karya Osman Ali dan merupakan filem seram kedua beliau selepas filem Puaka Tebing Biru. Filem Jwanita dibintangi oleh Maya Karin, Bront Palarae, Christina Suzanne, Marsha, Umie Aida dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan di Pawagam bermula 24 September 2015. Kalau tengok dari Trailer dan Sinopsis Filem Jwanita ni memang nampak laa boleh tahan seram juga filem ni hehehe. Mesti ramai yang akan pergi tengok filem ni nanti kan, selalunya filem seram ni memang syok gi tengok dengan kawan2 gitu. OST filem ini dinyanyikan oleh Alyah yang bertajuk Dendam Cinta. Apapun jom layan Sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Jwanita

Filem Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jwanita (Maya Karin). Jwanita mengalami gangguan mental yang agak serius akibat kerapkali didera fizikal dan mental oleh ibubapa angkatnya. Mereka berdua adalah pengamal ilmu hitam.
Kehidupan Jwanita mula bersinar kembali dengan kehadiran Farhan (Bront Palarae). Farhan merupakan doktor yang merawat Jwanita selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun hancur hati Jwanita kerana Farhan yang dicintainya itu, rupanya tunang kepada adik kandungnya bernama Julaika. Nasib Julaika jauh lebih baik dari Jwanita.
Jwanita menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika. Tetapi selepas itu dia kembali semula dengan perwatakan yang sangat berbeza. Dia kembali bersama dendam di jiwa.
Read More »

26 Sep 2015

Super Spontan All Stars - Jihan & Yasmin Hani Tersingkir

Assalammualaikum..
Super Spontan All Stars telah pun masuk minggu kelima dan menyaksikan Team Silat Dongibab yang diketuai oleh Zizan telah pun kalah pada minggu ini. Kekalahan team Silat Dongibab menyebabkan Jihan Muse dan Yasmin Hani tersingkir. Kini tinggal Uqasha jer laa sorang perempuan yang kekal dalam Super Spontan All Stars. Rasanya kalau minggu depan team Johan iaitu Kungfu Kipidup kalah kemungkinan besarlah Uqasha yang akan disingkirkan sebab yang tinggal dalam kumpulan tu memang hebat2 dah. Tapi kalau team Silat Dongibab yang kalah tak tahu la plak sape yang akan disingkirkan.
Mark Adam dan Noni menjadi selebriti jemputan dalam SS All Stars di minggu kelima ini. Apapun gelagat Mark Adam yg ala2 blur gitu membuatkan permainan menjadi lebih kelakar. Antara games yang diorang main di minggu ini adalah Beku, Skrip Rabak, Terteruk Di Dunia dan Di Ladang, Sidang Media Spontan dan Muzik Video Spontan. Apapun lepas ni makin sengitlaa SS All Stars kan.
Read More »

Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak Lakonan Keith Foo

Assalammualaikum..
Filem Girlfriend Kontrak lakonan Keith Foo, Nur Risteena Munim akan mula ditayangkan di pawagam bermula 24 September ini. Selain itu filem ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Fara Fauzana, Azad Jasmin, Dayana Roza dan ramai lagi. Filem Girlfriend Kontrak ini bergenre Romantik Komedi dan diarahkan oleh Virginia Kennedy. Jom layan sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak
Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisa lakonan Risteena Munim. Dia mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah projek pembangunan. Projek tersebut dimiliki oleh seorang jutawan bernama Umar, lakonan Keith Foo. Umar ini jenis lelaki buaya darat.
Hendak dijadikan cerita, berlakunya satu konflik di mana Alisa terpaksa menjadi teman wanita kontrak kepada Umar dan dia menerima bayaran upah RM3,000 seminggu.
Apa akan jadi seterusnya? Berjayakah Alisa dalam misi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya?
Read More »

25 Sep 2015

Star Wars Versi Malaysia Style

Assalammualaikum..
Sape yang tak pernah dengar nama Star Wars atau pun tengok sendiri filem Star Wars ni, Filem yang memang wowww gitu. Tapi cuba korang bayangkan kalau ada Star Wars versi Malaysia macam manalah agaknyer yer? mesti menarik, pelik dan juga kelakar hehehe.
Apapun kalau korang nak tahu lebih lanjut camnelah Star Wars versi Malaysia Style tu bolehlaa klik link kat bawah ni hehehe, lawak pun ade..
Read More »

24 Sep 2015

Salam AidilAdha Buat Semua

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017